KEDUA wajah menunduk lantai. Edrina menangis teresak-esak meskipun Zaril tidak memarahi gadis itu. Azhar menggeleng kepala mengenangkan sikap adiknya mula rosak hanya kerana seorang perempuan. Rafiq berpeluh-peluh jika Papanya mengherdik. Aina menggosok belakang tubuh Edrina.
" Aunty, Uncle.... tolong percayakan Ina. Ina pengsan masa tu. Masa cikgu dengan pengawas lain masuk stor, baju Edrina memang dah terbuka.... . Rafiq sengaja nak cabul Edrina!" Aina menarik Edrina masuk dalam pelukan.
" Papa kecewa dengan kamu, Tengku Rafiq. Papa tak pernah ajar anak-anak Papa cabul maruah wanita!!!"
Bergema banglo dua tingkat ini. Jantung Aina berdebar Zaril menengking budak-budak itu. Rafiq tetap menegakkan kesalahan yang dilakukannya itu sebenarnya perkara yang tak bersalah.
" Pa, Rafiq cuma nak Edrina. Dah dia suka Abang Azhar, Rafiq cuba lah"
"Cuba?!. Kamu nak cuba apa?!" Muka Zaril menampakkan begitu garang. Aku yang menjadi orang tengah turut menggigil.
" Papa kahwinkan je lah Afiq dengan Edrina"
Edrina menguatkan cengkamannya pada baju kurungku. Dia seolah memberitahu aku, dia tidak mahu mengahwini Rafiq.
" Senang kamu cakap?. Kamu ingat kahwin ni macam main pondok-pondok?. Kamu tak faham erti perkahwinan!. Kamu kena sara makan minum pasangan kamu!. Kamu kena bekerja!. Umur kamu macam ni, susah nak cari kerja!. Tak ada apa-apa sijil kelayakan!. Syarikat tak yakin nak ambil kamu kalau tak ada sijil!"
BOMM!!!
Anak teruna aku di'bom'. Terselit senyuman sinis Azhar. Ikut kepala. Ni lah jadinya. Tak fikir padah di penghujung. Aina meminta izin membawa Edrina naik ke bilik aku. Kesian gadis ini. Terlampau tertekan dengan perbuatan jijik Rafiq. Dengar kemarahan Zaril, pasti gadis ini makin tertekan.
" Abang, Aina bawa Edrina masuk bilik ya"
Zaril mengangguk. Azhar turut mengikut aku. Ini perbincangan Rafiq dan Zaril. Dia nak dengar sampai habis?. Bukan dia yang buat salah.
*********
" Aunty... saya tak bersalah.... " Edrina diselimuti Aina memberi kehangatan tubuh. Aina mengusap bahu Edrina. Kesian gadis ni. Masih sekolah lagi. Rafiq pula sanggup menyakitinya. Berdosanya Rafiq. Bertaubat lah anakku.
" Aunty tahu Ina tak bersalah. Aunty gagal didik Rafiq"
" Ina tak nak kahwin dengan Rafiq!. Ina sanggup mati dari bersuamikan dia!!!" Jeritnya. Azhar hanya memerhati dua wanita itu berdiri di depan katil sambil menyilangkan tangan di dada.
" Ina kena jaga maruah keluarga Ina.. keluarga Aunty juga terkesan dengan perbuatan Rafiq. Kami akan bela Edrina depan Ayah Edrina" Edrina memelukku.
" Jangan!. Ina takut, Aunty!. Ayah Ina garang!. Ina tak nak Aunty kena marah!" Edrina dah anggap Aina seperti ibu kandungnya. Dia sudah lama kehilangan ibu sejak kecil. Lepas Ayah Edrina, Encik Lufti menziarahi Zaril dan kami semua ketika hari raya puasa 2 tahun lepas, keluarga kami menjadi rapat. Apatah lagi Encik Lufti kawan baik Zawani dan Zaril. Aku juga sudah anggap Edrina umpama anak gadis aku.
"Insyaallah kalau Aunty cakap baik-baik dengan Ayah Ina, Ayah Ina akan faham"
Edrina pengsan sekali lagi. Kami menjadi panik. Azhar memangku Edrina.
" Ina?! Ina?!"
Aku lihat Edrina lencun dengan air mata. Baju pengawasnya sudah basah. Aina segera mengambil bajunya di almari menukar pakaian Edrina. Azhar menepuk-nepuk pipi Edrina.
" Ina!!!. Tolong lah sedar!!"
********
" PUAS hati kau. Kau memang nak sangat kan Edrina jadi hak kau?" Soal Azhar sinis terhadap Rafiq. Rafiq menggelabah abang dibencinya itu menyoal semula perbuatan jijiknya. Handphone dikeluarkan. Berita Rafiq mencabul Edrina telah tersebar dalam group whatsapp kelas, sekolah dan kawan-kawan.
Study sampai berjaya (69 )
Smk ***** ( 30 )
Sahabat selamanya ( 140 )
🌟🌟🌟 Sahabat Selamanya 🌟🌟🌟
33 pesertaAmirudin
Korang tahu tak Rafiq kacau Edrina! Pengawas sekolah paling cute tu!
Amiera
Hah?. Biar betul?. Jauh benar Rafiq nak kacau perempuan tu! Aku tak nak kacau pulak 🤪
Amirudin
Kau lambat lagi dia nak kacau. Berani kan dia tu? 😏😏😏. Anak doktor sanggup cabul kehormatan perempuan 😂😂😂
Rafiq tersentak. Kawan baiknya itu menikam belakang. Depan cakap baik, belakang, buat cerita!. Tapi memang betul pun.
Rafidah
Aku meluat pulak dengan Rafiq. Rosak imej kelas kita 😠
Amirudin
Kan 🤪🤪. Aku rasa nak sepak jer muka dia. Hahahah 😂😂
Haikal
Dah dah. Korang student 10 terbaik form 2 . Mulut korang tuuu..... tak padan dengan akademik 😏😏😏
Thanks Haikal. Kau memahami aku. Aku kena serang bertubi-tubi, kau sanggup pertahankan aku.
Zaril menguak pintu bilik anak terunanya. Wajahnya garang. Azhar segera berdiri. Handphone masih terlekat dalam genggaman Rafiq.
" Bertuah punya anak!. Papa dah uruskan kan semuanya!. Esok kamu dan Edrina akan bernikah!"
Mata Azhar membulat. Edrina akan jadi hak Rafiq?!. Azhar tidak berpuas hati di situ. Senang-senang adiknya ambil orang dia suka?. Berapa lama Edrina tu simpan perasaannya terhadap dia?. Dulu Edrina berusaha memenangi hatinya. Kini, gadis itu bakal menjadi adik iparnya pula.
Rafiq bersorak dalam hati. Bibirnya tersungging sinis akhirnya Azhar jatuh tersungkur. Nak hebat dari aku kan, wahai abang ku sayang?. Aku lebih hebat!.
********
IZHAM berjengket-jengket masuk bilik Datin Habibah. Geran tanah bakeri dicari merata tempat. Setiap laci dibuka, termasuk lah di almari. Hampa. Kesemua tempat tiada. Kepala digaru. Jika geran tanah itu dijumpai, dia akan membawa geran tersebut untuk dilelong.
" Papa?. Buat apa Papa masuk bilik Mama?"
" Hei, anak Papa! Papa rindu bilik Papa lah" gadis itu terlihat bingung dengan perbuatan mencurigakan Izham. Izham mencari akal membohongi gadis itu.
" Kamu lapar? . Papa belanja makan KFC ?"
" Papa nak curi geran bakeri Mama kan?"
" Ap... apa pula? Papa nak buat apa?"
Zarina harus menyiasat apa tujuan lelaki itu datang ke sini. Tak mungkin Papanya itu boleh muncul semula lepas 25 tahun?. Zarina mencuba pula taktik lain membuatkan Izham membuka pekung dada.
" Ouhhhh ya ke? Zarin ingat Papa nak geran bakeri. Kalau Papa nak, Zarin boleh bagi" Zarina tersengih.
Bagus, budak ni masih mentah!
YOU ARE READING
DIA GIRLFRIEND DOKTOR 2
RomanceSetelah 3 tahun melayari bahtera perkahwinan semanis madu, kesetiaan Zaril mula goyah dengan kehadiran Alisa. Alisa yang pemalu dan lemah lembut itu menarik hati Zaril meskipun dia sudah berjanji mencintai Aina. Aina bertambah gundah apabila rakan-r...