BAB 5

65 7 0
                                    

ZARINA terus menghimpit aku di sofa. Mak Habibah membuatkan ku air teh o panas dengan jemput-jemput ikan bilis. Syukur Zarina sudah pulih. Proses penyembuhan Zarina mengambil masa yang sangat lama
Namun, Mak Habibah dan Zaril selalu berdoa agar dia sihat seperti dulu. Begitu juga dengan aku. Ikut pangkat keluarga, Zarina ni.... adik ipar aku. Hehehe. Aku tak ada lah nak anggap dia adik ipar aku. Kami sebaya. Hanya tarikh lahir jauh sikit. Zarina, 12 haribulan. Aku, 10 hari bulan.

Ha, jauh ke tak jauh tu awak?

" Bahagia dengan Abang Zaril?"

Aku singgah ke rumah Zarina setelah selesai menyempurnakan tugas ku sebagai seorang ibu. Hantar Azhar dan Rafiq pergi sekolah, siapkan Zaril. Eh?. Zaril bukan budak yang manja nak perhatian aku ke?. Laa... aku ingat dia anak aku. Hahah. Perangai Zaril tu mengalahkan Azhar dan Rafiq.

Aina angguk. Berseri-seri bak kaca.

" Aku bahagia, Zarin. Kau dengan Mak Habibah yang uruskan perkahwinan aku. Kalau bukan sebab kau dengan Mak, mesti aku tak terima lamaran Abang Zaril". Kejap, dia panggil abang aku apa?. Abang Zaril?. Zarina tersengih.

"Abang Zaril?????" Zarina melanggar bahu Aina. Aina merona. Apa yang salah?. Kami suami isteri.

"Dah lah. Aku ada benda nak bagitau kau ni"

Zarina meletak tangannya pada telinga berlapiskan tudung bawal."Kau nak bergosip ya?. Hishh, Aina...... . Kau kakak ipar aku. Berhenti lah gosip-gosip ni. Tak elok!".

Aku mencubit peha Zarina

"Bukan lah!. Ni pasal Abang Zaril"

"Kenapa dengan abang aku?. Dia cuba duakan kau?".Tidak ku angguk, tidak juga aku menggeleng. Keliru. Aku tak tahu apa sebenarnya Zaril cuba sembunyikan dari aku.

"Pagi tadi masa solat subuh, Zaril adalah minta maaf pada aku. Aku tanya, abang ada buat apa-apa belakang Ain ke?. Dia tak jawab. Dia cuma cakap, dia sayangkan aku"

"Baguslah abang aku sayangkan kau. Kau nak bagitau apa sebenarnya?"

Naluri seorang isteri takkan salah, Zarin. Aku luahkan apa aku rasa.

"Kau tak rasa ke... dekat hospital sana, ya lah sebelum kedatangan Syazira Umi, sebelum aku, mesti ada crush yang sukakan dia"

Zarina berat hati membuka mulut. Akhirnya, dia memberitahu aku juga.

"Aina, aku tak bermaksud nak pisahkan kau dengan abang aku. Tujuh  tahun lepas kami hilang jejak Papa kami, Abang Zaril terima tawaran jadi doktor pelatih. Biasa kan kalau ada doktor handsome macam Abang Zaril. Mestilah ramai yang nak. Tambah lagi mukanya dulu macam Amar Bahrin"

Tujuh tahun lalu ......

Zaril mengambil suhu pesakit kanak-kanak perempuan yang demam. Ditemani Ghazali merupakan  doktor paling awal masuk dalam bidang pendoktoran, Zaril tidak segan meminta pertolongannya.

Tit ! Tit !

37.6 ° C

"Alhamdulillah. Suhu dia dah turun. Awak dah catat?" Zaril merekod pembacaan suhu budak perempuan bernama Amira setelah diminta Ghazali. Kepala diangguk menunjukkan sesi pemeriksaan selesai. Budak ni cepat betul sembuh. Tak ada kawan lah lepas ni. Amira selalu berbual dengan aku, dan Ghazali. Dia dah anggap kami sebagai abang dia. Kerana Amira tiada mempunyai adik-beradik lain, dia rasa sunyi. Ibu bapanya juga sudah meninggal dunia. Amira dijaga datuk dan nenek yang berusia. Ibu saudara Amira yang menghantar dia ke sini selepas mendapati Amira demam tak kebah selama seminggu.

Amira disahkan demam denggi. Dengan perubatan moden, dia akhirnya sembuh selepas dua bulan dirawat di hospital. Kes Amira berada di bawah tugas Zaril untuk melihat prestasinya sama ada layak atau pun tidak menjadi doktor. Zaril berjaya merawat pesakit meskipun masih dalam  latihan. Kebolehan Zaril merawat pesakit pada tahun yang sangat awal menjadi seorang doktor sebenar, mendapat perhatian para staf hospital. Termasuk Alisa. Nama Zaril Ar-Rasyid terus menjadi bual mulut orang.

"Lisa, doktor pelatih baru masuk tu, boleh tahan!. Baru dua bulan kerja dekat sini, dah berjaya rawat sorang pesakit!" Hebat doktor tu. Doktor-doktor lain masa latihan dulu, tidak sehebat Doktor Zaril. Mereka ambil masa untuk menghafal nama ubat, rawatan dan cara-cara kendalikan ragam pesakit. Biasanya, pesakit kanak-kanak sukar mendengar kata. Doktor Zaril mungkin banyak bersabar melayan karenah budak-budak tu?. Pengarah hospital nampaknya hendak menguji  Doktor Zaril. Sebab itu dia letak Doktor Zaril di wad kanak-kanak.

" Doktor pelatih?. Betul ke dia hebat sangat sampai budak yang dirawatnya sembuh dengan cepat?. Demam denggi kan?. Orang demam denggi ni, berbulan-bulan nak semhuh, Zira" Alisa tidak percaya Zaril yang baru dalam bidang kedoktoran, sudah mampu menyembuhkan pesakit denggi?. Budak pula tu. Azira hanya mendengar. Awalnya dia juga memang tidak percaya.

Alisa terpijak air mop lantai yang belum kering. Dia tergelincir. Kakinya terseliuh.

" Aduh.... "

" Lisa!. Awak tak apa-apa?!"

" Kaki saya terseliuh"

Mak cik tukang cuci meminta maaf kepada dua jururawat itu kerana tidak meletakkan papan tanda AWAS, LANTAI LICIN.

" Tidak mengapa, Mak cik. Saya yang cuai. Mungkin saya tak nampak lantai basah" Alisa menjeling Azira. Jika Azira tahu jalan mereka lalui ini sedang dicuci, sepatutnya Azira memberitahunya.

" Boleh bangun tak, Lisa?"

" Tak boleh. Saya tak boleh berdiri"

Zaril, Ghazali kebetulan melalui jalan yang sama. Mereka hendak menuju ke pejabat untuk menghantar laporan Amira, kepada Pengarah hospital.

" Doktor!!" Azira memanggil Zaril

Dua doktor itu berpaling ke Azira.

" Doktor tolong kawan saya!. Dia terseliuh!"

Mereka segera ke tempat Alisa yang terduduk kesakitan. Mak cik tukang cuci menemani Alisa sementara Azira mendapatkan pertolongan.

" Awak tak apa-apa?. Sakit?" Zaril membuka kasut Alisa, memeriksa buku lima kakinya. Alisa melihat wajah Zaril seakan Amar Bahrin. Dia tersipu malu. Zaril mengangkat Alisa,  di bawa ke klinik pakar tulang di tingkat 1.

Alisa mula jatuh hati pada Zaril.

Beberapa bulan selepas itu

Alisa kerap kali mencari Zaril di wad tingkat 8. Di tingkat 8 , di sini lah Zaril bertugas. Wad yang penuh dengan wanita tidak kira muda atau tua. Alisa menjadi cemburu Zaril merawat mereka. Alisa hendak meluahkan perasaannya. Namun, setiap kali mahu berjumpa dengan Zaril, lelaki itu menolak kerana mereka hanya rakan sekerja.

Apabila mendapat tahu Zaril sudah bertunang dengan Syazira Umi, Alisa rasa tercabar.  Dengar khabar,  tidak sampai seminggu mereka bercinta dan  buat keputusan untuk berkahwin.

Argh!. Dengan aku tak ada pula dia nak ajak kahwin!.

























DIA GIRLFRIEND DOKTOR 2Where stories live. Discover now