KRINGG!!!!
AZHAR melangkah keluar dari bilik pengawas. Tugasnya berakhir setibanya tamat waktu rehat tingkatan 4 dan 5. Pengawas kadang rasa tugas ni membebankan. Yeah, aku mengakui kerja pengawas sekolah kelihatan remeh bagi pelajar bermasalah atau pelajar cemerlang. Walaupun kemas berpakaian serba biru, tidak begitu megah pada nama.
Berpanas jaga pagar pintu sekolah waktu balik, kena himpit pelajar masa beli makanan, pelajar berdendam pada pengawas tu, pengawas ni. Adui.
Mujur saja aku bukan pengawas yang didendam tu." Azhar!. Lajunya kau jalan!. Kau tak pergi beli makanan?" Zahiri menjinjit beg plastik berisi kuih pau coklat. Kuih kegemaran dua sahabat baik ini. Azhar menggeleng. Lupa.
" Sorry. Aku lupa nak makan. Sibuk sikit hari ni". Dahi berpeluh dilap. Ketawa kecil disoal kenapa tak makan?. Meskipun bukan soalan lucu, Azhar tertawa kerana dia merasakan memang patut mentertawakan diri sendiri mengapa boleh mengabaikan kesihatan diri sendiri. Mereka jalan beriringan ke kelas, di blok A. Zairi juga seorang pengawas sekolah. Elok saja ada masa untuk makan, berkawan, bersosial. Tidak seperti Azhar yang selalu menyibukkan diri apabila diajak makan di kantin.
" Kau pun satu. Bawa bekal lah. Dah tahu kau jenis tak turun kantin, berlapar sampai balik sekolah. Mesti kau makan banyak dekat rumah. Mak cik Aina kan pandai masak?. Mak kau pernah masakkan kita spageti bolongnese. Sedap!. Mengidam pula. Heheh". Zairi terliur mengingati spageti bolongnese Aina. Aina cuba-cuba saja. Nak bagi kawan anaknya makan sebab Zairi datang belajar dengan Azhar. Belanjalah sikit skil memasak belah Barat pula. Hohoho.
Di meja Azhar, sekeping bar coklat Kit Kat diletakkan di atas. Pengirimnya tidak dikenali. Sama ada perempuan atau lelaki, Azhar melihat kepingan bar coklat tersebut. Sticky note warna pink ditampal pada permukaan coklat.
Azhar, coklat ni untuk awak
- Adila
4 USM
Zahiri yang ternampak nama pengirim itu Adila, seorang pelajar bercermin mata bulat, comel dan pengawas pustakawan sekolah itu, terus saja menepuk bahu Azhar.
Good job, bro
Kau dah makin dewasa :^)
"Adila Imani?. Student paling cute tu suka pada awak?. Awak apa lagi?. Confess pada Adila cepat-cepat. Bawa dia jumpa bakal ibu bapa mertua". Azhar mengetuk kepala Zahiri. Bakal mertua apa?. SPM belum lagi. Cinta monyet boleh lah.
" Aku belum ready lagi" Dagu ditopang sebelah tangan, memandang tingkap menghala ciptaan Tuhan yang
sangat indah." Adila suka orang lain, jangan menyesal" Zahiri tersenyum sendiri. Dia juga salah seorang list 50 pelajar paling kacak yang nak jadi teman lelaki Adila Imani. Yes, aku ada peluang!.
**************
" RAFIQ, mana kerja sekolah Math kamu?. Keluarkan. Saya hendak tengok". Arah Puan Fazilah, guru Matematik kelas Rafiq. Rafiq lambat-lambat mengeluarkan buku latihannya. Dia memandang rakan sebelah, Fauzi. Fauzi satu kepala dengan Rafiq : tak suka buat homework, tidur, markah cukup-cukup makan. Pendek kata, mereka berdua pelajar bermasalah. Rafiq pernah dikaunseling kerana markah Matematiknya tidak pernah meningkat. Doktor Zaril sedikit kecewa anak lelakinya telah memalukan namanya sebagai doktor.
Hendak mengambil laporan sekolah juga terpaksa menebalkan muka dipandang pelajar lain. Mereka akan berkata : "anak doktor, tapi fail Matematik!". Lalu, Doktor Zaril mendenda Rafiq sebulan tiada duit belanja sekolah. Azhar sebagai abang, baik hati berkongsi bekal makanan separuh daripada nasi lemak tanpa pengetahuan Doktor Zaril. Untung bukan Rafiq ada abang macam ni?. Namun, Rafiq merasakan perkara ini tidak adil dan berasa iri hati kerana Azhar selalu mendapat tempat dalam hati Aina dan Doktor Zaril.
" Saya belum siap, cikgu" Mata Puan Fazilah membesar. Tak siap?!. Budak bertuah ni!!!!!!!!. Rakan sekelasnya ada menyindir, mengejek. Baik mahu pelajar perempuan atau pelajar lelaki. Rafiq tidak disukai kelas 3 USM. Kerana Rafiq, imej kelas tiga terbaik hancur!. Kerana Rafiq juga, kelas 3 USM dipandang hina pelajar senior dan junior!!!.
"Kamu buat apa?!. Anak doktor tapi malas!. Saya dah muak dengan perangai malas kamu!. Cuba contoh Azhar!. Dulu abang kamu sepuluh terbaik mentor mentee subjek Bahasa Melayu, Inggeris, Matematik!. Giliran kamu, habuk tak dapat!. Malu sikit, Rafiq!". Rafiq tertunduk, tangannya mengepal geram. Abang Azhar saja!!!. Nasihat Puan Fazilah tidak berkesan, berlalu pergi memeriksa buku latihan pelajar lain pula.
Aku report Pengetua kalau Rafiq terus berdegil!
"Berani kau lawan Cikgu Fazilah?. Aku pun tak berani. Hahahah!". Leher Rafiq dipeluk.
"Lelaki sejati, Bro. Aku lelaki sejati. Aku tak takut pada sesiapa". Rafiq berlagak. Dia terlupa siapa yang perlu patut kita takutkan : Allah S.W.T
YOU ARE READING
DIA GIRLFRIEND DOKTOR 2
RomansaSetelah 3 tahun melayari bahtera perkahwinan semanis madu, kesetiaan Zaril mula goyah dengan kehadiran Alisa. Alisa yang pemalu dan lemah lembut itu menarik hati Zaril meskipun dia sudah berjanji mencintai Aina. Aina bertambah gundah apabila rakan-r...