BAB 4

60 6 0
                                    

BENDA PERTAMA  aku buat waktu pagi, solat subuh. Berdoa kepada Tuhan agar aku dapat menjalani kehidupan yang lebih baik daripada semalam. Aina bangun, melihat suaminya yang masih lena di sisinya. Hampir tiga tahun berkahwin. Dikurniakan dua anak lelaki menjadikan Aina bahagia,  bersyukur kerana dijodohkan Doktor Tengku Zaril. Pejam celik mata, lahirlah Tengku Azhar dan Tengku Rafiq. Dalam keadaan lena, Aina tetap berhijab. Jika dia meninggal dunia, dia sudah selamat daripada ditatap mata orang luar. Jenazahnya sempurna menutup aurat.

" Abang, dah masuk waktu solat subuh. Aina mandi dulu ya?"

Zaril menggeliat mengeluarkan bunyi "hurmm????". Matanya dipisat-pisat macam budak kecil liat bangun tidur pergi sekolah. Aku tersenyum kecil. Dah umur berapa dah. Malu anak-anak aku kalau Papa mereka masih mengada-ngada tunggu aku kejutkan dia. Hahah. Zaril duduk, menunggu matanya segar. Aku pula mengambil tuala dan bajuku dalam almari. "Rajin isteri abang kejutkan solat subuh. Ni buat abang makin sayang". Namun Zaril masih duduk macam patung berfikir.

"Abang tunggu apa?. Nanti habis waktu subuh".

Aku ngantuk lah................. . Zaril gagahkan matanya  buang segala perasaan mengantuk.

Kami berempat menunaikan solat subuh secara berjemaah. Syahdu. Air mataku mengalir tika Zaril mengucup lembut dikepalaku.

" Ampunkan dosa abang?"

"Abang ada buat apa-apa belakang Ain ke ?" Hatiku terasa ada sesuatu tidak kena pada Zaril. Kecurigaan aku terhapus kerana Rafiq dan Azhar mahu menyalami Zaril.

" Papa... Rafiq nak minta maaf?" Zaril mengangguk tanpa berkata banyak.

Eh?. Semua orang nak minta maaf?. Hahah. Macam dah hari raya pula. Giliran Azhar pula minta maaf. Azhar buat salah juga?.

" Papa... Azhar pun nak minta maaf"

"Semua orang emosional sangat hari ni. Pelik Mama" Geleng ku. Kedua-dua anak dan suamiku tertawa kecil. Tak ada masa nak bersedih lama-lama!.

Persoalan suami ku mengapa meminta maaf tidak terjawab.

***********

"Sayang......." Pinggang Aina dipahut lembut tangan sasa Zaril. Zaril menyembamkan wajahnya pada bahuku. Aku masih mencuci pinggan di sinki. Suami ku pula tiba-tiba bermanja seperti seekor kucing meminta perhatian tuannya.

Aina mengeringkan tangan, berpaling ke belakang. Aina tersenyum. Zaril sudah banyak meluahkan rasa sayang, dan cintanya terhadap aku.

"Abang ada buat apa-apa yang Aina tak tahu ke?" Soalku. Zaril sedikit terkejut.

"Abang... cuma sayangkan Ain saja. Abang takkan berpaling  pada orang lain. Abang janji akan menyayangi sayang". Kedua belah tangan ku dipegang, kemudian dikucup.

Rafiq termenung melihat Papanya makan nasi lemak sambal ikan bilis. Sedangkan Azhar lahap menambah lagi nasi lemak ke pinggannya. Aina hanya menggeleng. Meskipun Azhar mempunyai badan yang kurus, Azhar kadang makan sehingga dua pinggan. Namun, perkara ini tidak perlu dirisaukan. Sebab, Azhar aktif bermain bola sepak bersama anak jiran sebelah, di sekolah pula, Azhar akan bertakraw  bersama kawan-kawannya. Berbanding si adik yang terlalu menjaga pemakanan. Rafiq memiliki badan sedikit besar. Dia akan terasa jika Zaril, Azhar atau aku secara tak sengaja tersentuh isu berat badan. Rafiq akan terasa dirinya gemuk walaupun pada mata kami, Rafiq tidak segemuk mana. Badannya berisi saja.

" Afiq, kenapa termenung ni, sayang?. Mama dah masak nasi lemak kegemaran kamu" Ada sesuatu merisaukan Rafiq. Kemungkinan Papanya akan marah kerana keputusan peperiksaan jatuh merudum. " Papa... Afiq dah belajar sehabis baik untuk Mama dan Papa". Suapan terhenti. Zaril pandang aku, aku pandang Zaril. Azhar tersenyum kecil, menghela nafas. Dia tahu apa hendak dihasratkan Rafiq.

"Afiq dah buat apa?. Kamu ada buat kesalahan di sekolah?" Zaril mengawal suaranya agar tidak menakutkan Rafiq. Zaril amat mengambil berat pada Rafiq dan Azhar. Mereka sakit, Zaril pantas bertindak membawa kedua-duanya ke hospitalnya. Sewaktu Azhar dan Rafiq masih bayi, mereka demam panas. Kerana terlalu bimbang akan mendapat sawan, Zaril terus mendapatkan rawatan terbaik untuk kedua-dua anaknya. Pada waktu itu, aku masih dalam pantang. Mak Habibah menjagaku di samping Zarina yang sudah sembuh sepenuhnya.

" Afiq.... Afiq gagal semua mata pelajaran. Afiq dah kecewakan Mama dan Papa... "Kami terdengar Rafiq menangis?. Mungkin saja Rafiq dalam keadaan sangat tertekan kerana terlalu memikirkan status Zaril yang bergelar doktor. Zaril bangun, memeluk Rafiq. Pipi Rafiq basah.

" Papa tak minta Afiq semua tu. Papa hanya mahu  anak-anak Papa berjaya untuk akhirat"

"Tapi Papa... Papa doktor.... Cikgu sekolah semua marahkan Rafiq sebab tak jaga imej Papa..." Kepala Rafiq dipegang. Zaril berbisik lembut.

"Kenapa Afiq fikir macam itu?. Papa hanya manusia biasa. Walaupun Papa seorang doktor, Papa tetap Papa kamu. Kamu berdua anak kesayangan Papa..., nyawa Papa...." Gugurnya air mata Zaril demi anaknya. Aina menggosok belakang Zaril dan Rafiq, menenangkan mereka daripada terus menyalahkan diri sendiri. Mereka sudah cukup sempurna pada mataku. Jika orang luar melihat kami tidak sempurna, biarlah mereka. Ini cerita keluarga kami.

"Terima kasih.... Papa.... "

***********

Doktor Zawani tersengih. Zaril kelihatan gembira pada pagi hari Rabu yang mendung. Dia jatuh cinta sekali lagi?. Tak pelik pun. Zaril dah kahwin dengan perempuan dia paling sayang, Aina, cucu angkat arwah Tok Ghaffar.

"Amboi Aril......"

" Apa?"

" Buat tak tahu pula......"

" Tak faham. Kau nak cakap apa?"

" Kau dengan Aina tidur lambat ya semalam?"

" Tak ada lah. Kau merepek apa?. Bukan malam pertama lagi". Cemburu. Cemburu dengan Zaril yang sudah mengecapi bahagia bersama Aina. Mengapa dia lepaskan gadis yang sudah menjadi milik Zaril itu dulu?. Gadis itu sangat istimewa. Lain daripada lain. Memang patut arwah Tok Ghaffar sangat sayangkan Aina. Aina,  satu dalam berjuta.

Roti coklat. Alisa memberi roti itu kepada Zaril.

" Untuk... awak"

" Saya?. Awak tahu tak saya dah kahwin?" Bukan dia tak tahu Alisa menyimpan perasaan nya semenjak bertunang dengan Umi. Sudah berkahwin dengan Aina, gadis itu masih mengejarnya.

" Saya tahu, Aril. Tapi saya dah lama sukakan awak"

Penampilan Alisa sudah berubah. Menjadi lebih ayu. Aku dengar daripada staf hospital, Alisa mahu mengubah sikapnya menjadi dirinya yang dulu, lemah-lembut dan sopan-santun bak gadis melayu. Adakah semua ini kerana dia?.










































DIA GIRLFRIEND DOKTOR 2Where stories live. Discover now