ZARIL memeriksa pesakit berusia yang baru saja selesai menjalani pembedahan ketumbuhan otak, Ibu Rafida. Ditangan Zaril terdapat laporan Ibu Rafida tentang peningkatan kesihatan, selera makan dan pembacaan tekanan darah. Zaril seorang yang sangat teliti. Dia akan melihat perkembangan semua pesakitnya. Jika pesakit itu mengalami muntah-muntah selepas pembedahan, Zaril akan membantu mereka.
"Ibu macam mana?. Dah sihat?. Ayah akan datang jaga Ibu ya?". Meskipun Ibu Rafida dan Ayah Rahmat bukan keluarga kandung, Zaril sangat menyayangi mereka. Sejujurnya, dia amat merindui Papanya yang menghilang sekian lama. Tangan Zaril berhenti menulis. Ibu Rafida kehairanan. Lalu, dia tersenyum.
" Aril rindukan Ayah Rahmat?". Ibu Rafida menyangka jejaka itu merindukan suaminya. Zaril menggeleng. Dia memberitahu perkara sebenar. "Aril... teringat Papa Aril, Ibu. Papa Aril dah lama tak jenguk Aril, Zarina dengan Mama". Ibu Rafida menepuk sebelah katil, menyuruh anak lelakinya itu duduk di sisi. Zaril menurut.
Ibu Rafida mengusap atas tangan Zaril. " Ayah dengan Ibu ada untuk kamu. Kamu ada isteri dan anak-anak yang memerlukan kamu. Kuatkan semangat. Ibu tahu anak ibu kuat".
Terima kasih Ibu ;)
Alisa menolak troli berisi makanan pesakit : asam pedas ikan patin, ayam goreng dan sayur kangkung. Sedap kan menu hospital?. Hari-hari makan sedap. Alamatnya buncit lah semua pesakit hospital lepas discharge. Haha. Kakinya terhenti melihat Zaril sedang berbual dengan seorang mak cik. Itu mak Doktor Zaril ke?. Alisa membetulkan tudung jururawatnya, bersedia berjumpa dengan bakal ibu mertua. Troli makanan ditolak, pura-pura tanya : " doktor dah makan?". Rancangnya macam tu lah. Tapi Doktor Zaril lansung tak endahkan aku!.
" Hai, mak cik. Hari ni Lisa bawakan mak cik asam pedas". Pek nasi bungkus dihulur. Alisa menjeling Zaril, bibir Alisa mengukir senyuman agar Zaril mengetahui dia sedang menaruh hati buat jejaka itu. Ibu Rafida memuji budi bahasa Alisa. Alahai.... buat menantu bagus ni!. Opss, aku tak ada anak. Anak-anak aku semua sudah meninggal dunia.
" Cantiknya Lisa. Muka berseri-seri. Jangan-jangan sebab ada Zaril?". Bertambah lebar senyuman Alisa. Mata Zaril berpusing ke atas. Jangan pula disuruh aku kahwin lagi satu!. Ibu Rafida hanya ingin bergurau. Tetapi, Alisa mengambil gurauan itu terlalu serius.
" Ibu, Aril minta diri dulu. Aril nak siapkan kerja"
Ibu Rafida mengangguk, Alisa kecewa. Hurm, dia dah nak pergi. Sejurus Zaril pergi, Alisa tidak mahu melayan Ibu Rafida. Ibu Rafida mahu berbual lagi dengan Alisa.
" Nak, duduklah. Suami mak cik kejap lagi datang. Temankan mak cik sementara tunggu dia datang"Pintanya. Alisa berat hati sama ada hendak menolak atau menerima permintaan Ibu Rafida. Dia akhirnya menolak beralasan sibuk. Bukan saja memberi alasan sibuk, tetapi percakapan Alisa turut berubah menjadi sedikit kurang sopan.
" Saya minta maaf, mak cik. Saya nurse hospital. Bukan pengasuh mak cik. Suruh orang lain duduk dengan mak cik"
Eh, kenapa sikap dia berubah?. Masa ada Zaril tadi lemah-lembut. Alisa memberi pek makanan pada pesakit lain dengan kasar. Campak atas tilam, ada yang tak beri pada pesakit, menengking pelawat menyuruh pesakit makan. Ibu Rafida saksikan semuanya.
***********
BILIK RAFIQ berselerak, makanan bertaburan atas lantai. Haih... kalau aku tak kemas, ada lipas terbang satu rumah, menjerit suami aku!. Badan sasa, muka handsome, tapi lipas yang kecil itu saja pun boleh terjerit!. Buat malu anak-anak aku saja Papa mereka jerit mengalahkan perempuan!. Aina membongkok mengutip kepingan potato cips yang mungkin sudah beberapa hari terbiar. Kemudian, dia ambil pula baju-baju Rafiq yang dia sendiri malas nak gantung di almari.
Perangai Rafiq makin teruk!. Abang dia okey . Kenapa Rafiq teruk benar perangai?. Nak kata ikut perangai Zaril, suaminya tu sejak mula-mula kenal, dah tahu macam mana. Azhar dan Rafiq adik-beradik. Allah nak tunjukkan perbezaan sikap manusia kut?. Keputusan peperiksaan pertengahan tahun Rafiq dijumpai. Aina sangat terkejut. Rafiq gagal dalam semua mata pelajaran!.
Aina segera mencari Rafiq di ruang tamu. Drama Korea sedap ditonton Rafiq sambil kakinya bersilang, berbaring di sofa. Petang-petang begini Azhar ulang kaji. Hanya Rafiq saja terlebih 'rajin'!.
" Rafiq!. Mama tak pernah tengok Rafiq gagal semua subjek!. Kamu ada belajar atau tidak?!. Papa dapat tahu Rafiq gagal, Papa hukum Rafiq!"
Rafiq yang terdengar Mamanya membebel, dia menguatkan audio televisyen.
" Rafiq!. Mama tengah bercakap dengan Rafiq!" Sadis bila anak sendiri keras kepala, tidak mahu mendengar kata!.
Rafiq mengalah, terpaksa dengar apa mahu dikatakan Mamanya.
"Mama nak cakap apa?. Afiq gagal?. Gagal lah. Nak buat macam mana lagi. Abang Azhar bukan pandai sangat nak ajar Afiq. Tak faham langsung cara budak pandai ajar budak lembap macam Afiq. Mama tak payah lah susah-susah nak ajar Afiq. Masa depan Afiq dah gelap dah pun"Aina menggigit bibir anaknya yang satu ini kurang ajar.
"Afiq tak nak belajar tidak apa!. Tapi jangan malukan Papa!"
" Ma, Afiq tak suka belajar"Rafiq bangun, berlalu masuk ke biliknya tanpa melihat Aina yang sudah mencurahkan air mata. Aina terduduk. Menangisi sikap Rafiq. Ya Allah, bantulah Hamba!.
YOU ARE READING
DIA GIRLFRIEND DOKTOR 2
RomanceSetelah 3 tahun melayari bahtera perkahwinan semanis madu, kesetiaan Zaril mula goyah dengan kehadiran Alisa. Alisa yang pemalu dan lemah lembut itu menarik hati Zaril meskipun dia sudah berjanji mencintai Aina. Aina bertambah gundah apabila rakan-r...