1 SYAWALDATIN Habibah memotong ketupat nasi, menyediakan rendang ayam dan sayur lodeh di ruang makan. Malah, keluarga mereka akan mengadakan jamuan keluarga pada malam hari raya pertama . Pagi raya pertama disambut dengan linangan air mata!. Haha. Suasana di ruang makan meriah dengan suara Zarina, Aina dan pembantu-pembantu rumah mereka. Mujur majlis itu buat waktu malam. Pagi raya buat jamuan, huru-hara lah.
" Kawan-kawan kita ada jemput?"
" Kawan-kawan kita?. Lupa lah. Siapa?" Macam nak jemput pergi kenduri kahwin. Raya bukan jemput orang datang rumah. Semua orang boleh datang. Air laici ais dituang dalam gelas tinggi. Lauk Mama sedap-sedap. Puding kastard Mama lagi tak boleh tahan!. Ada buah dalam tu!. Disirami kuah susu cair, fuhh!. Untung tetamu nanti!. Dapat makan!.
" Alah... kau ni"
" Apanya?. Kau macam nak jemput orang pergi majlis nikah jer"
"Ha'ah. Majlis nikah kau " Jawab Aina selamba sambil tersengih . Zarina menyekeh siku Aina. Zarina belum jawab, dia dah jawab dulu. Jawapan merepek pula tu!. Ada pula dia gurau macam tu sekali?. Tampor jugak kakak ipar aku ni!
" Kau diam tu, kau kutuk aku ya?" Pandai pulak minah ni teka aku tengah kutuk dia. Haha.
Kami gaduh-gaduh sayang ketika kami menyediakan makanan untuk tetamu pagi raya. Katering untuk jamuan malam kami sudah memberitahu mereka agar datang pada pukul 5 petang. Waktu pagi, kami mungkin agak sibuk dengan kehadiran tetamu , kenalan dan keluarga Zaril.
" Amboi anak dara dua orang ni. Kerja dah siap?" Tegur Datin Habibah. Masya-Allah. Bergaduh sampai alas meja senget-benget.
" Aina masih anak dara lagi ke , Mama?. Dia kan dah beranak dua" Zarina ketawa mengutuk. Sempat perli aku!.
" Pergi mandi. Suka Zarina usik Aina?. Kamu bila nak bagi Mama cucu?. Mama dah tua"
Diam terus Zarina. Ketawa kan aku lagi. Lol.
"Belum ada jodoh" Zarina tersengih. Kami berdua naik ke bilik masing-masing. Aku dan Zarina menarik-narik tudung ketika menaiki tangga.
Ketika aku melalui bilik Azhar dan Rafiq , aku rasa sedih. Rafiq dah selamat bernikah dengan Edrina. Anak aku itu sudah berpindah ke rumah sewa atas arahan Zaril. Semenjak daripada tu, komunikasi aku antara Rafiq, terputus kerana Zaril tidak mengizinkan aku.
Zaril menutup pintu bilik. Segak berpakaian baju melayu cekak musang berwarna peach berserta samping bunga tabur. Penampilan suamiku sangat handsome!. Kaki Aina kaku di koridor. Zarina sempat mengusik aku. Dah halal pun. Kenapa tenung lama-lama?.
" Hai sayang. Kenapa tak siap lagi?. Kejap lagi kawan-kawan kita nak datang" Zaril mengucup pipi ku di depan Zarina. Pipi Aina merona merah Zaril sudah buat perangai pagi raya.
" Ewahh abang..... . Tunggu lepas orang balik raya lah baru bermesra. Hehehe" Aina mahu menrik tudung Zarina, Zarina sudah berlari masuk dalam bilik. Kedengaran Zarina tertawa. Siap lah kau lepas orang semua dah balik!!!.
*******
ALISA mendekati Zaril yang duduk bersama kawan-kawannya di ruang tamu. Ayu berjubah merah jambu lembut, dan tudung shawl putih dililit. Mata kawan-kawan Zaril tak berkedip melihat Alisa. Rugi pula tak layan perempuan tu dulu. Sekarang dah cantik!
" Zaril, boleh saya duduk sini?" Muka comel + suara melentok-lentok manja.
Zaril lambat-lambat mengangguk." Err.... sini ramai lelaki. Tak kisah ke awak duduk dengan saya?. Isteri saya dekat belakang tu" Zaril ketawa buat-buat menyedapkan hati. Bimbang Aina akan menyerangnya tiba-tiba.
" Bagi jer lah Lisa duduk , Zaril" Ujar Rashid.
" Ha'ah. Korang kan pasangan paling ideal kat hospital" Tambah Nabil. Zaril menggosok belakang leher. Habislah kalau Aina nampak!.
Alisa masih menunggu. Lambatnya dia nak fikir!. Bagi lah aku duduk!. Izham yang memerhati Alisa berada dekat dengan Zaril, terus mencelah. Perempuan tu boleh tolong aku!. Aku kena jauhkan Zaril dengan isterinya!.
" Alisa?. Duduk saja lah dengan anak Uncle tu. Bini dia pun tak nampak. Nanti Uncle back up Alisa"
"Lisa takut Uncle" Izham menolak Alisa terduduk bersebelahan Zaril. Alisa malu-malu kucing.
Aina nampak bapa mertuanya buat pada Alisa. Bapa mertuanya lebihkan Alisa!. Baru kenal kejap, dah boleh terima!. Aku menantu dia , tak nak pula layan macam tu?.
" Ainaaa.... makin comel awak ni ya sejak jadi isteri Zaril"
" Eh, Zawani!. Hehehe. Tak ada apa sangat. Comel setakat biasa-biasa jer" Aina mengemas mangkuk dessert yang kotor di atas meja. Datin Habibah, Zarina dan tetamu-tetamu lain sedang bersantai di tepi kolam. Tinggal aku dan Zawani tak masuk mana-mana komuniti. Haha.
" Sepadan kan tengok Alisa dengan Zaril?"
Krakk! hati Aina retak Zawani berkata benda tak sepatutnya dia dengar.
" Ouh?. Diorang couple senyap-senyap belakang saya?" Aina menduga Zawani. Zawani lebih tahu apa suaminya buat di hospital. Dah ada isteri masih nak bercouple !.
" Lebih kurang macam tu lah. Saya tak boleh buat apa. Dah kawan-kawan saya jodohkan diorang. Diorang akhirnya couple "
Aina menghentak mangkuk dessert. Terperanjat Zawani. Eheh. Dia dah cemburu. Aku boleh ambil peluang ni!.
" Saya kan ada?"
" Maksud awak?"
" Saya rasa rugi lepaskan awak dulu. Kalau saya bertindak lebih awal, awak mesti tak terima lamaran Zaril"
Zawani nakkan aku balik?.
" Sayang?" Zaril memeluk pinggang Aina. Zawani cemburu.
" Abang!" Aina kaget Zaril muncul tiba-tiba. Zawani meminta diri. Nanti-nanti jer lah rancangan aku tu.
" Zawani dah nak balik?. Cepatnya" Aina memusing tubuhnya menghadap Zaril oleh kerana suaminya itu memeluk pinggangnya dari belakang.
" Abang suka Alisa ke?"
YOU ARE READING
DIA GIRLFRIEND DOKTOR 2
RomanceSetelah 3 tahun melayari bahtera perkahwinan semanis madu, kesetiaan Zaril mula goyah dengan kehadiran Alisa. Alisa yang pemalu dan lemah lembut itu menarik hati Zaril meskipun dia sudah berjanji mencintai Aina. Aina bertambah gundah apabila rakan-r...