Bab 32 : Usrah

22 3 0
                                    

Minggu ini merupakan minggu terakhir aku bekerja disini. Dengarnya, Kak Mel akan mula lapor diri pada hari Isnin ini. Tak sampai esok lusa dia akan masuk kerja semula. Mujurlah tidak banyak mana barang yang perlu diangkut keluar.

Keychain kesukaanku ditenung sebentar.

Kerja-kerja diteruskan seperti biasa.

"Syasya, this is your task. Settle down by today."

"Sorry, Kak Hani. I have a lot work yang kena rush before pass dekat Kak Mel nanti."

Aku menolak sopan.

"How selfish you are? Kawan you EL tau harini, takkan you takleh nak buatkan untuk dia?"

Kak Hani mempersoalkan penolakanku tadi.

"Yes, kak. I knew it. Ini kan grouping task, you boleh mintak dekat siapa-siapa yang free."

Aku cuba menolak dengan sebaik mungkin. Sepertinya, she keep refusing to pass that to other people.

"Now you try teach me?" Sinis saja senyuman itu.

"Anna. Explain to me function of teammates?"

Kebil-kebil saja mata wanita itu sebelum memberikan jawapan spontan.

"Syasya?" Senyumannya sinis.

Aku menganguk malas.

***

"This Saturday you free or not?"

Hah kau, manglish terus perempuan ni sebat.

"Free je. Why?"

"Jom ikut aku esok."

Sara mengajakku mengikutnya pergi usrah. Tak nak join untuk next session pun takpe, saja buat teman untuk harini.

Aku okay je, boleh lupakan masalah yang ada sebelum ini. Masalah yang tidak pernah berkesudahan.

Usrah.

Satu perkumpulan untuk mengukuhkan kefahaman tentang Islam dan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan isu semasa yang sedang berlaku.

Secara jujurnya, kali terakhir mengikuti usrah begini semasa berada pada Tahun 7.

Kelihatan Naqibah sedang sibuk mengisi borang kehadiran ahli masing-masing.

Naqibah, berperanan sebagai petani yang menyemai baja pada pokok-pokok yang bukan hanya bergantung pada air dan cahaya fotosentesis semata-mata. Pokok-pokok ini memerlukan baja yang molek untuk menjadi pokok yang kukuh serta membiakkan biji benih yang baru. Jika petani tidak cakna dengan pokoknya, maka pokok-pokok akan layu tanpa setuhan ajaib sang petani.

Begitulah dengan iman seseorang yang boleh diibaratkan seperti sepohon pokok.

Bermula dengan akar, ranting dan juga daun.

Katakanlah,

Seorang muslim diibaratkan seperti sebatang pokok berserta akar yang mewakili aqidah. Diikuti pula dengan dahan sebagai kepercayaan pada rukun islam dan rukun iman. Disebalik ranting yang menjalar, itulah amal berdasarkan lima perkara beserta enam perkara wajib percaya. Kini, pokok ini mula ditumbuhi dengan buah. Jika banyak melakukan amal, pasti ia berbuah lebat.

Perkara yang terakhir, perkara yang selalu dipandang remeh.

Daun.

Pada dahan tadi, terdapat dua dahan yang berbeza. Pada bahagian kanan mewakili dahan rukun islam dan pada bahagian kiri pula dahan rukun islam. Diantara dedaun kanan dan kiri, ada beberapa daun yang bila-bila masa boleh jadi kritikal.

PUDARWhere stories live. Discover now