SE: Pulang

46 13 0
                                    

Come back home, really come back home


🙤 · ┈┈┈┈┈┈ · ꕥ · ┈┈┈┈┈┈ · 🙦








"Perhatian kepada pelajar yang bernama Afaaf Syafiyyah, yang bernama Afaaf Syafiyyah. Sila pergi ke dataran Falah untuk berjumpa dengan keluarga anda sekarang juga. Terima kasih."

Aku yang baru menapak di dewan makan berasa pelik. Kening berkerut mengingatkan mana-mana info yang mungkin terlepas pandang. Umi dengan abah tak cakap apa pun nak pasal datang sini haritu. Ke sebab aku yang dah lama tak call diorang?" Aku mencebik.

Dewan makan yang tadi lenggang kini mula dipenuhi dengan pelajar yang berasak beratur mendapatkan makanan daripada petugas kantin. Boleh dikatakan ramai juga pelajar yang mula menunjukkan muka di kantin kerana hari ini. Selalunya tidak akan seramai ini kerana hari ini merupakan hidangan yang paling simple dalam minggu ni – lauk ikan singgang.

Anak mata mula meliar mencari-cari kelibat seseorang. Sahabatnya itu awal-awal lagi telah turun usai sahaja mandi. "Dasar lo, tinggalin member!", desisku.

Sara melambaikan tangan apabila melihat Syafiyyah seperti tercari-cari sesuatu. Kedudukannya di hujung meja memudahkan pergerakannya.

Aku terus menuju ke arah hujung penjuru kantin. Sara yang baru meletakkan bontot disapa, "Weh aku keluar kot, nak pesan pape tak?"

"Tak de benda kot. Kau beli jela apa yang kena dengan tekak kau. Tu la makanan aku." Sara menepuk-nepuk bahuku.

"Cun, lupa pulak sama taste."

"Oh lupa aku takut tak balik kot malam ni. Tengok lah macam mana. Dont wait for me." Dia segera meninggalkan dewan makan tersebut.

Nun kejauhan,  aku dapat melihat wajah umi dan abah.

Aduhai, lama sungguh tidak berjumpa. Usahkan bertemu empat mata sebegini, dengar suara mereka sahaja sebulan sekali sudah cukup. Cukup untuk menghilangkan perasaan rindu ini.

"Assalamualaikum." Tanpa sempat mendengar jawapan salam dari mereka, aku terus bersalaman dengan umi. Kami berpelukan erat. Umi mencium pipiku. Selepas itu, abah pula. Aksi yang sama juga berlaku diantara kami.

"Lamanya tak jumpa anak sendiri, dah besar dah awak."

"Itulah, jom gerak sekarang." Apabila merasakan kami sudah mula diperhatikan oleh warga-warga asrama yang hanya boleh pulang ke rumah sebulan sekali sahaja. Diulangi semula ya, sebulan sekali je.

***

Bunyi kata dan cengkerik bagai menghiasi suasana malam itu. Tambahan pula, hujan baru sahaja berhenti. Berita yang disampaikan tadi amatlah memeranjatkan aku. Patutlah umi dan abah beria-ria datang ke sini. Bukannya aku tidak tahu, bos besar seperti abah pasti sibuk dengan urusan kerjanya.

Akhirnya, perkara yang paling dinanti-nantikan selama ini tiba jua. Aku berkira-berkira sambil membelek kalendar di tepi dinding. Lebih kurang 3 bulan sahaja lagi menjadi warga madrasah. Tempoh yang ditunggu dengan penuh teruja, mungkin? Tetapi perasaan sedih mula timbul apabila mengenangkan kawan-kawan yang ada disini. Perasaanku mula bercampur aduk.

"I had to get away from here.."

Sebuah buku yang memang terletak di tepi meja bersebelahan katil dicapai. Aku membelek-belek buku tersebut tanpa membaca sinopsis yang berada di belakang buku tersebut. Satu-persatu muka surat itu dibaca sekilas lalu sehinggalah matanya terpaku disitu.

Wahai diri yang lemah,

Ingatlah!

Kejahatan itu bukan suatu kebetulan,

Tetapi daripada perbuatan tabiat insan biasa, (bermula daripada perbuatan biasa yang menjadi tabiat)

Wahai iman yang naik dan turun,

Kuatkan dirimu!

Padukan tekadmu!

Andai kau lemah, carilah Dia,

Saat kau goyah, mohonlah dariNya,

Tatkala kau kecundang, mintalah pimpinanNya.

Duhai diri, hati, jiwa dan iman,

Bersatulah kalian dalam mentaati Allah,

Kuatkan peranan kalian dalam mencari redha dan kasih Ar Rahman Ar Rahim,

Kuatkan semangat dalam meraih cinta dan rahmat As Somad.

-          Ketuk Hati, Nurul Farhana Zakaria

Dan sekali lagi, aku menangis. Air mata yang membasahi bantal boleh menjadi saksi bahawa terlukanya insan yang bernama Afaaf Syafiyyah.

Pagi itu, nenek menyediakan pulut ayam sebagai hidangan. Istimewa buat orang jauh katanya. Dek kerana kesibukan mencemburui waktu bercuti abah, mereka terpaksa pulang ke bandar hari ini juga. Jadi disinilah aku sekarang, depan pagar asrama.

Usai menghantar pemergian ibubapaku, Beg dijinjit kesana menuju ke bilik yang menjadi tempat istirehatku selama ini. Bilik Mawar.

"Hi geng, tengah buat apa tu?". Tekun betul minah ni buat kerja, barang-barang tadi terus diletakkan di tepi loker. Susun barang.

Pen segera diletak dan dia memandangku, "Heyy, awal la datang. Tengah buat summary. Dah nak siap dah pun".

"Tell me why time ceni dah balik? This is not Fiya kot." Sara memetikkan jari dihadapanku.

"Hahahaha", tangannya ditepis. "My parents ada urgent things dekat bandar. Need to back as soon as possible."

"Lapar tak? We can eat together"

"Later lah, nak settlekan ni dulu. Sikit je lagi ni"

"Okey then" Aku meneruskan aktivti yang terbantut tadi. Katil yang bertanda dengan sticker rainbow dituju. Fikiran mula melayang kepada perbincangan semalam.

"Kenapa umi dengan abah tiba-tiba datang ni? So sudden you know?" aku menghirup air bikarbonat tersebut. Milkshake.

Umi senyum, lah salahke nak buat surprise dekat our own daughter.

No, tak salah. Cuma pelik.

We get teka-teki for you. Want to hear now or later? Abah mula bersuara

Nowlah, fries dihadapanku diambil pula.

Ok we try ehem umi membetulkan suaranya

It a news good news or bad news

The good one lah. Ofcourse good news

"Alright then. U nanti akan transfer school dekat rumah. No need to school at madrasah anymore!" Teruja umi bersuara.

Fries dalam mulut terasa berpasir. Oh really? Wow thats great, but why?

The bad news is, umi dengan abah saling berpandangan. Abah need to transfer at dubai.

Whatt? Aku terkejut, sumpah.

That great lah. Why bad news pulak?

Abah need to go there without bringing us together. 1 year jauh from u alls

Alah dont worry, dont sad sangatlah.

But umi, can i just stay here? Like u said only 1 year right?

"Why? U dah sayang dekat sana ke?" umi yang tadi ceria sudah mula tegas

Eh no, just asking

Hmmm aku mengeluh.

"Done! Jom makan."

"Jom."

PUDARWhere stories live. Discover now