Focus Group

134 26 18
                                    

[Kamus]

Ameer Ketua

Ameerah Ketua(perempuan)

Ikhwan Lelaki

Akhwat Perempuan

🙤 · ┈┈┈┈┈┈ · ꕥ · ┈┈┈┈┈┈ · 🙦





"Gengggg." Bakul yang berisi penuh dengan baju yang telah dikeringkan dari bilik dobi diletakkan ke tepi katil dengan segera.

"Wehhh, bapak ah student baru. Hensem sia", Sara menggeletis di tepi aku yang sedang melipat baju.

"Dia tinggi."

"Tengok je ada tarikan."

"Dengar-dengar dia dari pondok. Mesti banyak menghafal ni."


Aish Sara ni, dia tak tahu ke minggu first-first ni lah kena schedule semua benda. Nanti bila dah mula busy.. Haa tahulah kau bila pakai tudung lain, baju lain. Sebagai sahabat, aku cuba melayannya.

Malam itu, Sara nampak bersemangat menceritakan tentang crush barunya. Tidak lain tidak bukan, mamat petani itulah. Memang telah menjadi rutin, setiap malam minggunya Syafiyyah akan sibuk menguruskan hal-hal peribadinya sebelum menyambung mengulangkaji pelajaran. Bukan Sara tidak tahu, malah semua orang pun tahu habit baru Syafiyyah sejak akhir-akhir ini. Cuma malam ini, dia sengaja berbuat begitu kerana seorang lelaki.


Pek! Tanpa menunggu lama, aku menjerit kesakitan. Kulit yang dipukul tadi terus memerah, tindakan refleks sel membran. Auch.

"Sakitlah saiton." Lengan yang sakit automatik digosok.

"Hehe sorry, kau dengar tak apa aku cakap tadi?"

"Ye, dengar. Kau rasa kau dah start crush dekat dia. Pastu kau nak suruh aku buat apa?"

"Takdelah, saja share story dengan kau."

"Amboi seronoknya, bersembang pasal apa tu?" Azila, salah seorang dari bilik Mawar menyampuk percakapan kami berdua. Kedudukannya yang terbaring menghadap dinding dipusingkan kearah kami.

"Ni haa, sibuk bercakap pasal budak baru tu. Aku yang sekelas pun tak tahu muka dia macam mana."

"Lawak apa kau, meja dia tepi kau je. DODOL." Sara memandangku dengan riak tidak percaya.

"Iya, betul. Takkan aku nak tipu kau pulak." Kain tersusun tinggi di letakkan ke tepi. Aku membetulkan sila di atas katil.

Sehelai kain tuala kecil diambil dan ditutupkan pada bahagian kepala. Aku memulakan pembacaan surah al mulk. Rutin yang biasa aku buat sebelum tidur, setiap kali pada malam minggu.

**


"Bro, sorang je ke?" Imran menegur jiran baru merangkap pemilik katil dihadapannya itu. Lelaki itu agak kurang bercakap daripada kelas tadi. Jadi, apa salahnya kalau hulurkan conversation dulu. Kan?

"Haa, sorang je." Mata masih tertancap ke arah buku di tangannya. Komik bahasa melayu should be exact. Sengaja dia membeli buku ini bagi memudahkan dirinya sendiri pada masa yang akan datang nanti.

"Kau baca apa tu?"

"Entahlah, aku main beli je tadi"

"Oh, tapi penggunaan bahasa kat komik tu jangan guna sangat. Dekat sini, kita guna bahasa melayu baku tau masa waktu formal. Tapi sebab senior year, kita mix jugak kadang-kadang." Panjang lebar Imran menjelaskan.

PUDARWhere stories live. Discover now