Bab 30: Cerita Umi

39 5 0
                                    

[Kamus]

Ameerah Ketua(perempuan)

Ikhwan Lelaki

Akhwat Perempuan

Pao Bapa

Mae Ibu

🙤 · ┈┈┈┈┈┈ · ꕥ · ┈┈┈┈┈┈ · 🙦

Setelah selesai makan-makan, abah mengajak Fazel duduk di gazebo belakang rumah. Aku menolong umi membasuh mana-mana yang patut.

"Umi."

Tombol pili air ditutup. Tangan merenjis perlahan sisa air pada tangan dalam sinki sebelum dilapkan pada kain lap tangan.

"Apadia sayang?" Umi memandangku.

"Tu." Muncung menghala kepada mereka yang berada diluar.

Umi turut menjenggukan kepala, mengikut arah muncungku.

"Lelaki tu. Kenapa dia panggil umi dengan abah? Rapat betul."

"Oh, kan anak angkat umi dengan abah. Kena lah panggil dengan panggilan yang sama macam kamu guna." Umi senyum sambil menggosok lembut pada tepi lenganku.

"Umiii, kenapa Ya macam tak tahu apa-apa pun?"

"Itulah kamu, masa orang ajak kamu asyik bizi je manjang." Balas umi sambil menyusun periuk ke dalam kabinet pengering automatik. "Takpelah, yang lepas tu lepas lah." Umi menyambung lagi.

Aku hanya mampu berpasrah. Kain pengelap meja bersama spray serai wangi di bawa ke ruang makan.

Sumpah, ingatkan fostering porgram yang umi dengan abah selalu sebut tu parents just drop the money for them. Anak angkat secara jauh. How can... mamat tu pulak tu... ada dekat sini?

Ah. Nanti nak try tanya dekat umi lah. Tangan ligat mengelap meja sehingga bersih.

Aku menapak ke dapur kembali. Kelihatan umi masih duduk di mini bar sambil bermain telefon.

"Umi."

"Ya sayang?"

Mataku sempat beralih pada jam dibelakang umi.

"Nak naik atas jap."

Aku meminta izin. Shawl dibetulkan semula sebelum naik ke tingkat atas. Lain yang nak sebut, lain yang nak cakap. Jam ni pun satu, kenapa cepat sangat bergerak. Already 11 o'clock.


Cadar katil ditegangkan sebelum menutup dengan alas gebar yang lebih besar. Umi kata, bilik yang orang tak duduk kena tutup dengan sesuatu. Biar tak berdebu sangat bila nak guna nanti.

Aku memerhatikan seluruh bilik sebelum meninggalkannya. Tiada apa-apa yang berubah. Cukup bersih dan terjaga.

Umi masih berada di pintu utama. Aku mula mengikuti langkah mereka di sana.

Ngauman enjin kereta dari luar membuatkan langkah ini terbantut. Menyampah pula bila mamat ni masih lagi tak mahu pulang.

"Syafiyyah?"

Nama penuhku dipanggil abah.

"Nak gi mana siap bawak beg sekali ni?"

"Ha, Ya. Takkan nak balik dah? Tak puas lagi umi tengok anak sendiri."

Aku memandang mereka silih ganti.

PUDARWhere stories live. Discover now