B22: Stalker

35 10 5
                                    




Sebenarnya, instinct kita boleh pakai ke tak?

Ke sebab perasaan perempuan tak pernah salah.

🙤 · ┈┈┈┈┈┈ · ꕥ · ┈┈┈┈┈┈ · 🙦

Lena terhenti apabila tulang leher terasa kebas. Badan menggeliat kecil. Mulut yang menguap besar ditutup. Mata digosok-gosok. Jam tangan dibelek. Dah nak dekat pukul 9?!

Suasana sudah lenggang, tidak ramai lagi pekerja yang lalu-lalang menyebabkan aku sedikit berasa takut.

Malah, hanya aku sahaja yang tinggal di aras ini. Seorang diri.

Tak guna betul, semua tinggalkan aku berseorangan dekat sini.

Badan cuba direnggangkan secara selesa.

Selepas pada itu, aku tersedar bahawa aku berada dalam kegelapan.

"Blackout?" Aku bertanya sendiri.

Sambil mencuba mencari suis yang berdekatan dengan bantuan cahaya daripada telefon bimbit.

Klik.

Suis dibuka. Namun, lampu masih tidak terpasang.

Terdengar bunyi sesuatu yang tersepak, aku cuba mengesan bunyi dari mana. Tak sempat mencari, ada 2 orang pengawal keselamatan yang datang.

"Anybody's here?" Lampu suluh digerak-gerakkan.

"Yes."

"Miss? Are you okay?" Mereka berlari kearahku.

"Yes, okay. Just fine."

Sebelum pulang, aku sempat menyinggah di Restoran Mek. Sebuah kedai masakan panas yang agak terkenal di kawasan sekitar kediamanku.

Aku berjalan lemah.Tidak berdaya rasanya untuk melangkah dengan lebih pantas.

Kesan wap panas dari plastik bungkusan Tom Yam membuat perut sedikit berkeroncong. Gabungan lapar dan hujan sebagai penyeri menambahkan lagi perasaan tidak sabar untuk sampai ke rumah.

Kad akses penghuni Suria Apartment diakses pada pintu kaca. Laluan jambatan ini berhubung secara terus antara Subway dengan basement parking apartment. Kerana itu, aku menerima tawaran untuk tinggal di rumah milik company.

Sebaik sahaja pintu terbuka, bahu ditepuk oleh seseorang. Aku sedikit terkujat. Jinjitan beg plastik di tangan hampir terlepas. Sepantas kilat, kepala terus dipusingkan kearah tangan yang berani-berani mencemar duli pada bahu. Mujur saja jantung ini tidak teroncat keluar. Hampir luruh jantung bilamana seorang remaja lingkungan sekolah menengah berada tepat dihadapanku. Bajunya yang nampak lusuh dan wajahnya yang sedikit comot membuatku bertambah yakin bahawa dia bukan penghuni di kediaman ini.

Mungkin peminta sedekah?

Aku cuba beriak biasa. Disebabkan kawasan ini agak terlindung daripada pandangan orang ramai, aku membuka langkah berhati-hati. Mata meliar kearah sekeliling. Namun, percubaanku sia-sia sahaja kerana hanya aku yang berada di sini.

Air liur ditelan.

"Kak, ni... Akak punya." Dia menghulurkan keychain yang berbentuk diamond sebesar guli. Didalamnya, terdapat flower petals.

"Oh, terima kasih ya adik." Tak sempat memandang, remaja tadi sudah hilang.

Suasana yang sunyi serta keadaan sekeliling yang agak suram membuatkan bulu roma terasa meremang.


"Untunglah dapat Manager macam dia." Encik Ed bersuara.

Aku tersenyum malu. "Jadi Manager kena care dekat pekerja. Tak gitu?"

PUDARWhere stories live. Discover now