B18: Garam Luka

50 11 10
                                    


Tenkiyu, Tenkiyu,

Dis wan, For yu :3


🙤 · ┈┈┈┈┈┈ · ꕥ · ┈┈┈┈┈┈ · 🙦


Bau masakan nenek tersebar hingga ke pelusuk ruang tamu. Tanpa menunggu lama, kaki terus melangkah menuruni anak tangga. Tujuannya hanya satu, pergi ke dapur.

"Wah, nenek masak apa tu?"

"Hah, Syaf. Nenek masak gulai ekor batang pisang ni. Dah nak siap dah pun haa", kata nenek sambil menjenguk periuk yang berisi kuah gulai tersebut.

"Apa tu? Lily? Mana si budak tu. Ajak dia makan nasi sekali lepas potong buah tembikai nanti."

"Lily ada dalam bilik nenek, nanti Syaf panggilkan dia." Aku menjawab pertanyaan nenek tadi sambil mengeluarkan tembikai dari dalam peti sejuk. Umph, yummy!

Selesai menghidangkan lauk tengah hari, tangan terus mencapai telefon pintar. Snap! Gambar yang diambil tadi terus send kepada Lilian.

"Panjang umur, baru je nak call kau tadi."

"Sorry, tadi tengah call dengan mama. Dia kirim salam dekat Afaf dengan nenek."

"Waalaikumsalam..." kami menjawab serentak.

"Ehh, takpelah dah mak nak menelipunnya. Ni tolong angkat pais dekat belakang, bawak gi depan."

Eh nenek ni ada lagi ke?

Alhamdulillah, kenyang makan hari ni boleh tahan sebulan. Makan nasi bertemakan kampung style amatlah menyelerakan. Lauk yang tersedia pada hari ini agak lain dari yang lain kerana aku tidak pernah merasai lauk seperti ini. Makan nasi panas-panas dengan gulai ekor batang pisang dan pais patin tempoyak em dapnye *suara khairulaming

"Sedaplah Nek Som masak, ni first time tau Lily makan." Lilian berkata sambil menuangkan air masak untuk kali yang kedua.

"Betul tu nenek, takleh dapat kat kedai ni." Aku menambah. Periuk yang telah dibilas bersih diletakkan di rak.

"Kan nenek kabo doh, kabo je nak makan lauk apa nenek bulih buat." Jawab Nek Som yang baru saja selesai mengelap meja.

"Petang nanti nak pergi round tengok-tengok pergilah. Nenek nak gi rehat dalam bilik ni." Nek Som berkata lagi sambil berlalu pergi meninggalkan kami yang masih berada di dapur.

"Okey Nenek."




Petang itu, Syafiyyah mengajak Sara melihat kawasan di sekitar kampung. Punyalah lama tak balik kampung, jalan yang dulunya tidak berturap kini bersinar dengan tar jalan raya. Begitu banyak perubahan yang telah berlaku sepanjang ketiadaanya disini. Pusing dari satu lorong hingga ke satu lorong, akhirnya sampai juga ke destinasi yang ingin dituju.

Turun saja dari perut kereta, masing-masing sibuk mengeluarkan barang-barang untuk berkelah nanti. Tanpa melengahkan masa, Syafiyyah menghamparkan tikar manakala Lilian pula mengeluarkan makanan yang daripada raga tadi dengan tersusun. Simple but nice. Melihat keadaan sekeliling, kedudukan yang dipilih amatlah strategik kerana dari sini saja mereka boleh melihat beberapa orang lain sedang bermandi-manda di sungai.

Hujung minggu.

Suatu aktiviti biasa untuk merapatkan silaturahim antara keluarga dan sahabat handai. Jadi, wajarlah kawasan sungai kini dipenuhi dengan penduduk kampung bahkan pelancong dari daerah lain juga turut berada di situ.

PUDARWhere stories live. Discover now