Cry Baby

359 38 61
                                    

3017.

Beberapa dekad lalu, negara metropolitan ini begitu mengejar Gagasan 3000, dimana anak-anak digalakkan untuk mendapatkan pendidikan seawal yang boleh. Seawal 4 tahun, anak-anak yang masih berbau bayi ini akan dihantar ke tadika untuk belajar tentang perkara asas seperti attitude class. Secara ringkasnya, kelas semaian akhlak.

Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

Keluarga aku juga tidak terkecuali, apabila umi. Yang sedang membelai rambut ikal mayangku di atas ribanya mula menyuarakan, "Kalau umi hantar Ya masuk hostel nak tak?".

Dan kata-katanya disambut oleh abahku, yang berada pada sofa. Matanya tertumpu ke arah dinding putih yang memancarkan cahaya bergambar saiz hd -- lebih mesra dipanggil televisyen.

Teknologi canggih yang bersaing diantara satu sama lain dengan dasar yang manakah teknologi yang paling hebat sudah cukup membuktikan bahawa dunia yang aku hidup hari ini teramatlah mencabar. Namun begitu, tanpa perkembangan teknologi,‎ agak sukar hendak menggerakkan satu bentuk revolusi industri. Dalam kehebatan penciptaan manusia, mesti ada kekurangannya. Kerana sebaik-baik kesempurnaan, hanyalah Dia. Dia yang maha sempurna.

Ingin saja ku bangkang pada mulanya, namun apabila mengenangkan aku seorang sahaja anak perempuan yang mereka boleh harapkan.. Aku terpaksa mengikut rentak mereka. Aku tidak mahu berjauhan dengan umi, walaupun umi suka berleter kepadaku. Aku juga tidak mahu berada jauh pada mata abah walaupun dia selalu sibuk dengan urusan kerjanya.

**







Setelah selesai bersarapan pagi tadi di rumah nenek, wanita tua itu membetulkan tudung labuhku yang menyenget sambil memesan sesuatu kepadaku.

"Paka ni biar molek sikit. Bagi kemas, kan nok duduk asrama nanti."

Lebih menarik, dia sempat membekalkan aku sebekas nasi putih berlaukkan rendang ayam. Aku tidak tahu mengapa harus diberikan bekal sedangkan di asrama nanti juga akan disediakan makanan tengahhari. Kata nenek lagi, aku mungkin akan lapar apabila berada disana.

Atap yang dipasangkan tabir layar sememangnya nampak gah apabila terkena pancaran matahari. Pada setiapnya pula, terukir corak yang berunsur tumbuhan seperti daun dan bunga. Tetiang yang ada di sekeliling dinding tepi juga berfungsi untuk mengelakkan terkena air bah pada musim tengkujuh. Ia turut memberi laluan angin agar penghuni didalamnya tidak berasa panas. Keunikan ini juga dibina tanpa menggunakan sebatang paku. Paku diganti dengan alat yang dipanggil tanggam untuk menguatkan sambungan pada bahagian yang tertentu. Binaan telah menjadi bukti bahawa tukang rumah pada zaman dahulu mahir dan kreatif dalam kebijaksanaan mengadaptasi ilmu bidang seni bina bersama agama, adat dan cuaca.

An Nuur Integrated Madrasah

Mata meliar di sekeliling binaan tersebut. Al maklumlah, orang moden seperti aku jarang melihatnya kerana binaan seperti ini kian pupus. Tempat ini tidak ubah seperti istana zaman kesultanan dahulu. Kagum dengan kecantikan tempat ini kerana ini adalah satu warisan melayu daripada orang-orang dahulu.

Klasik.

Perkataan yang sesuai untuk ku ungkapkan dalam penceritaan ini.

Daripada perspektif yang berbeza, klasik itulah yang menjadikan madrasah ini nampak menarik. Jika sekolah lain hanya mempunyai sebidang tanah untuk bermain bola sepak, madrasah ini mempunyai tanah tiga kali ganda yang juga seluas padang bola sepak. Dimana menempatkan kandang kuda di sebelah bahagian utara. Pada bahagian selatan pula terdapat tempat untuk melakukan aktiviti memanah.

PUDARWhere stories live. Discover now