Good bye, girls

65 19 31
                                    


I'm glad I met you, I hope you know that

🙤 · ┈┈┈┈┈┈ · ꕥ · ┈┈┈┈┈┈ · 🙦



Pejam celik, pejam celik. Tinggal beberapa hari sahaja lagi aku berada di sini.

Tipulah bila orang tanya, kau tak sedih ke nak tinggal tempat ni? Hello, sudah 8 tahun berada disini. Mustahil lah jika aku tidak sedih. Ya, sedih. Satu ungkapan yang sesuai untuk situasi ini.

Azyan sudah mula sibuk dengan persiapan SPM dia. Setakat penilaian aku ni, doploh pat jam dia bersama buku. Jangan kata nak membawang, pergi mandi pun bawak nota sekali.

Sara?

Entahlah, akhir-akhir ini gadis itu seperti mula menjauhkan diri dariku. Macam pakwe pujuk bini dah, dekat sikit lari. Pegang sikit, tepis.

'Oi aku ni dahlah takde kawan.'

Tudung labuh mengerbang ditiup angin sedaya upaya dipegang. Tangan yang memegang buku teks ditahan dengan kekuatan dada. Tamat saja waktu persekolahan tadi, aku terus ke bilik guru. Urusan pemulangan buku teks ni leceh sikit kalau bukan masa dia.

"Syafiyyah, betul ke kamu nak pindah ni?" Muallimah Kalthum bertanya semasa aku menemani dhabit maktabah memulangkan kunci bilik yang menempatkan buku teks.

"Betul muallimah, saya baru je bagi information letter dekat office tadi." Aku ketawa kecil mengiakan.

"Hm, berkurang dah lah student dalam kelas saya nanti."

"Ehe takpe cikgu, seorang je yang pergi. Saya pun tak pandai sangat, kena menuntut ilmu lebih lagi. Berguru dengan orang lain pulak." Muallimahku ditenangkan sebaik mungkin.

"Takpelah dah awak cakap macam tu. Baik-baiklah tu dekat tempat orang."

Aku mengucapkan terima kasih dan terus pergi dari bilik guru. Segan.

Semasa aku berkemas untuk membuat persiapan terakhir, aku terjumpa surat yang terlipat kecil.

Rasa takde kat situ tadi, surat itu lantas dibuka.

"See you this night. Swimming pool, 9pm sharp."

Sksksksks tahulah aku siapa yang tulis ni kalau bukan..

Orang yang mula menjauhkan diri dari aku,

Bila hari makin suntuk.

Malam itu, aku berseorangan pergi ke kawasan kolam renang  itu. Sunyi.

Start pukul 7 dah jadi forbidden place, so yeah here i am.

Aku duduk di salah satu beach bend yang ada. Menantikan seseorang.

Derap langkah yang ku kenal.

"Hi." Aku cuba menyapanya dengan sebaik mungkin.

"So what bringing us here?"

"We need to talk." Aku terus bangun bila rasa situasi macam tegang

Okey.. let's begin

"Nak tahu tak, apa perasaan bila tahu... Orang yang siang malam share bantal sama-sama, laugh at stupid joke together ni nak pergi jauh dari aku?"

Sa—

Sara mengangkatkan tangan kanannya.

"Jauh dari tempat ni, yang possibility untuk bertemu empat mata tu rendah. Sakit tu makin bertambah, bila news ni dapat dari orang lain."

PUDARWhere stories live. Discover now