Bab 33: Exit

16 3 0
                                    

Walaupun tidak bersetuju dengan topik usrah baru-baru ini, aku tidak menyalahkan Sara atau naqibah sepenuhnya. Dia hanya mengikut. Yang bertanggungjawab dalam hal ini mestilah orang yang menyediakan modul untuk membahaskan topik-topik begini.

Mana boleh hentam kromo je!

Sepatutnya, bergaul lah dengan mereka supaya lebih faham situasi yang menyebabkan mereka menjadi begitu.

Kan?

Bukan semua orang dibesarkan dengan suasana Islam. Sementara menunggu waktu antara maghrib dan isyak ada sedikit sesi usrah bersama keluarga.

Satu benda yang kena faham, bertuah sangat bila seseorang itu tahu perkara asas dalam agama.

Cuma atas diri masing-masing saja nak amal atau tak.

Kalau kita selalu bercerita, kita selalu nampak islam itu mudah di negara orang. Mengapa tidak jika permudahkan islam di negara sendiri?

Maksudnya lebih kurang begini, jangan sesuka hati menghukum seseorang.

Jangan jadi judgemental.

Sampai satu keadaan, berkawan dengan orang yang nampak jahil lagi seronok berbanding dengan orang yang tahu agama. Kalaulah mereka tahu, mulut-mulut yang berpakaian tertutup ini suka mengata, pasti mereka akan terasa hati.

Bukankah, berdakwah itu menggunakan akhlak?

Sedangkan apabila ditanya oleh Sahabat, Saiditina Aisyah akan berkata bahawa akhlak nabi seperti al Quran yang berjalan.

Dengan sesuka hati menghukum. Apakah itu yang agamamu ajar? Apa itu hasil yang dipelajari dari mendengar tazkirah? Dengan mengambil alih kerja Tuhan?

Kenapa? Kita ini sudah cukup hebat sampai mengganti tugas malaikat Raqib dan Atid?

Aku bingung.

Pagi tadi, semua orang memandangku pelik. Aku sendiri pelik, kenapa mereka melihatku sampai begitu sekali? Baju sendiri dibelek. Takde comot, takde kedut. Jauh sekali dengan memakai baju terbalik.

Posisi tubuh dibetulkan dengan gaya selesa. Tak sempat nak on laptop, Anna mendekati aku.

"Apa cerita ni? Tiba-tiba berkelubung macam perempuan arab."

Lelaki yang duduk dihadapanku menyapaku dahulu sebelum sempat Anna membuka suara.

"Ada-ada jelah you ni."

Mataku menjeling sekilas sambil berpura-pura ketawa.

"Eh, eh... Syasya! You look different today!"

Itu dia, kata-kata dari seketul Anna.

"Dah nak kahwin la tu."

Ini sorang lagi. Macam-macam pesen la manusia dalam muka bumi ni.

"Guys, cuba bawak bertenang sikit."

"I... pakai macam ni... sebab i suka. Yela, dulu tu cerita dulu la. Boleh?" Mata dikerdipkan secara gedik.

Tudung instant ditunjuk.

"Ni kawan I bagi, saja pakai. Nak ambik feel last day kerja sini."

Lagi beberapa minit nak masuk lunch hour, ingat nak stay dekat pejabat je bagi membersihkan mana-mana yang patut sebelum mengangkat kotak kertas A4.

"You okay ke angkat sorang?"

"Okay je, dont worry lah. Nampak je macam ni."

Aku percaya bahawa rezeki itu berada dimana-mana.

PUDARWhere stories live. Discover now