Bab 25: Mawar Beracun

34 7 0
                                    




But I got smarter,

I got harder in the nick of time.


Honey,

I roses up from the dead,

I do it all the time.





Walaupun baru semalaman menumpang di rumah orang, rasa segan tu sumpah tak boleh nak bawa bincang.

Lilian memandu dengan penuh yakin ke dalam perut basement. Banyak betul duit, rasanya sewa bulanan dekat sini saja dah nak dekat dua ribu riyal.

Sepadan sangatlah kot dengan apa yang dibayar.

Facility completed.

Menariknya, pada bahagian rooftopnya di tempatkan satu taman sebagai sudut untuk bersantai. Berbumbungkan cermin kaca lut sinar, dari jauh, tempat ini mungkin kelihatan seperti rumah pokok.

Oh!

Dan pada bahagian ini juga terletaknya sebuah kolam renang yang berhamparkan dengan pemandangan kota raya yang gah disebut-sebut ini.

Malah, turut dilengkapi dengan sistem kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) dan guard house yang beroperasi selama 24 jam.

Terlalu sempurna.

Baik secara indoor mahupun outdoor.

Ahah, inipun setelah di search semula dengan artikel yang pernah viral sebelum ini.

Dalam berfikir-fikir, ada baiknya juga jika mengikuti kelas gim. Alah, yang body builder suka buat tu. Cukup sekadar untuk mempertahankan diri ala-ala kadet badan beruniform. Namun, bukan dalam masa yang terdekat ini lah. Semput jugak nak membayar itu-ini. Bab-bab duit ni jangan dibuat main sangat. Ini pun menyewa sebab company yang bayarkan. Tinggal mengisi nama tuan rumah, sewa bulanan beserta akaun bank. Itu pun semua maklumat berkenaan hanya perlu diisi secara diatas talian.

Sebut pasal company, mereka memberikan leave selama dua minggu untuk aku merehatkan diri bagi mencari semula kewarasan akal dan minda. Udara disedut seketika. Berada di balkoni pada tingkat 20 agak gayat, tetapi seronok! Dari sini dah boleh nampak trek jogging berhadapan dengan taman dan pada bahagian balkoni bilik pula boleh melihat swimming pool.

What a heaven!

Mesti bestkan boleh release stress. Mata terpandangkan dua jejaka yang sedang berenang di bawah sana. Haih, kalau join sekaki boleh feeling ikan duyung sambil ditemani si kacak. Orang kata, sambil menyelam sambil minum air, mana maunya kot bergelen-gelen air dah tertelan sebab tengok anak orang lama sangat.

Ehem, yang handsome sahaja ya. Tak handsome sila ketepi.

Mata dikerling sekilas ke dalam rumah. Tiada tanda-tanda kelibat Lilian pun. Bahu dijungkitkan sedikit.

'Dah masuk dalam bilik la tu kot.' Kataku sendiri.

Pintu sliding door ditutup rapat.


Sudah hampir seminggu terperap didalam rumah ni, aku terperasankan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun masa zaman belajar dulu.

Lily ni...

PUDARWhere stories live. Discover now