B21: Overtime

47 8 30
                                    


🙤 · ┈┈┈┈┈┈ · ꕥ · ┈┈┈┈┈┈ · 🙦


Tiada apa yang menarik sangat jika bercakap mengenai business. Apa yang mereka tahu, nak hit target. Keuntungan. Dalam sebulan berapa, dalam seminggu sepatutnya berapa dan dalam sehari berapa banyak product yang harus terjual.

Tepukan gemuruh diberi.

Presentor memerhati setiap manusia yang ada dalam segenap ruangan bilik itu. Nampaknya, pembetangannya sudah dapat diterima baik dihadapan semua staff yang hadir pada hari ini.

"Sekian, terima kasih." Ujarnya.

Bekerja dengan orang yang berusia daripada kita rasa seolah-olah idea orang muda seringkali diketepikan. Bangkang sedikit mulalah, tak hormat orang tua. Nasiblah bekerja di bawah anak syarikat Jepun, sekurangnya vibes drama-drama melayu waktu petang berkuranglah sedikit.


When you are young, they assume you know nothing.


"Any question?"

Seorang wanita lingkungan 30-an mengangkat tangan. Kedudukanku dibelakang sekali memudahkan aku untuk melihat semua orang.

"The packaging product nampak sama dengan yang dah ada. How it suppose to be limited edition?"

" The different is... every bottle will mark with gold colour. Walaupun bentuk dan packaging masih sama it still different."

"I think kena touch-up lagi lah. How do you guys think?"

"I think so."

"Yeah, me too."

Dan beberapa suara yang lain mengeluarkan buah akal fikiran mereka.

"Keputusan mesyurat meminta agar tukar bentuk ini kepada pump design. More easy. The packaging buat all gold. So people will notice this one special edition."

"Ok baik. Pihak kami akan membuat perbaharuan dengan secepat mungkin."

Dia kembali ke tempatnya dan meneguk air mineral dengan rakus.

Semua sedia beredar meninggalkan dewan mesyuarat. Aku juga turut sama, berjalan mendampingi Kak Hani.

Handbag disandang pada bahagian kanan dan bahagian kiri pula memegang laptop. Kekalutan Kak Hani menyebabkan aku cepat-cepat menutup pintu. Lantas mengekori wanita itu segera dari belakang.


Walaupun sibuk dengan waktu pejabat, aku tetap meluangkan masa untuk menjenguk ibu bapa yang berada di Warisan Hills. Sesekali, ada juga keluar dengan rakan-rakan yang lain memandangkan mereka pun tinggal di sekitar sini sahaja. Hanya kebelakangan ini sahaja aku tidak berkesempatan untuk ke sana. Hidup bersendirian secara tak langsung kesemuanya perlu di urus rapi dengan cermat. 

Dalam masa sehari, aku sudah dapat membiasakan diri untuk bergaul dah boleh jadi geng dengan staff-staff lain di sekitar kubikel. Apa orang zaman sekarang cakap, kamcheng?

Haa, kamcheng.

Rahsianya, berkawanlah dengan semua orang hanya atas dasar kerja sahaja. Ingat, boleh jadi dia baik dengan kita tetapi dalam diam dialah yang ingin menjatuhkan kita.

Kuasa dan pangkat bila-bila masa sahaja boleh mengaburi akal fikiran manusia.

Skrin laptop setia menemani sejak daripada tadi. Sesekali, papan kekunci ditekan-tekan untuk menghantar maklumat kepada skrin. Tetikus pula digerakkan untuk meng"klik" maklumat yang akan dihantar.

PUDARWhere stories live. Discover now