"In, duduk sini. Ayah nak terus terang dengan In."
"Apa ayah? Ni siapa?"
"Adil. In kenal?"
"In, pernah nampak di kelab sama Tuan Zafran"
"Kamu melacur juga?"
"Tak Dato, ayah. Adil tak! Adil pernah ke kelab ikut Zafran. Nak tengok hebat sangat ke tempat tu"
"Bagus lah kalau kamu tak jadi macam Zaf."
"Tak mungkin. Adil masih tahu dosa."
"Alhamdulillah. Adil, Ayah dah tandatangan tukar hak milik syarikat. Semua dalam file ni. Adil janji dengan ayah jaga dengan baik. Zafran akan keluar dari pejabat esok."
"Insya Allah, Adil janji akan tetap guna nama Ayah. Setiap bulan Adil akan kirim duit dekat In"
"In, nanti Adil akan phone In, tiap bulan Adil akan bagi duit pada In. Ambil guna sebaik mungkin."
"In tak faham." Adil pandang muka Ingrid.
Cantik sungguh. Tapi malang nasib In. Suami pulak dengan Zafran. Moga Allah lindung In.
"Adil kamu pandang In kenapa macam tu?"
"Tak ayah. Adil cuma rasa simpati. Ayah Adil balik dulu drive jauh"
"Ya. Pergi lah" In dan Anuar hantar Adil ke kereta. Adil pandang In sekali lagi.
"Muka In ada masalah ke ayah?" Ketawa Anuar.
"Tak ada masalah. Kamu terlalu cantik. Amat cantik. Sudah masuk. Macam nak hujan"
"Ayah nak cakap apa?"
"Nanti lah. Ni ada jenazah, ayah nak ke kubur"
"In nak ikut ayah. Kubur mama, lama In tak pergi."
"Hurmm.. cepat ganti baju pakai selendang"
"Lima minit ayah" Anuar duduk pegang dada. Ambil ubat makan. Tarik nafas.
Kalut In kunci pintu masuk dalam kereta. Geleng kepala Anuar lihat.
Kamu masih anak anak lagi Ingrid. Umur kamu patut lihat dunia, belajar, tapi sayang nya. Wajah paras amat cantik.. hidup kamu kosong. Moga Allah beri pelindungan. Ayah akan sentiasa doa satu masa Zafran akan sayang kamu.
"Maaf In terlewat. Tak pandai lilit tudung. Pakai macam ni saja boleh ayah?"
"Ikut kamu. Senget tu In. Perbetul."
"Ayah nanti kita makan nasi di warung boleh?"
"Boleh. Ayah pun teringat nasi warung tadi"
"Chemistry. In belanja ayah. Ayah nak makan semua lauk ambil saja. "
"Tidur di warung lah jawabnya tak balik. Makan tak habis. Nak beli bunga?"
"Nak ayah. Untuk Mak dengan kakak juga"
"Satu masa ayah tak ada. Jangan lupa lawat ayah"
"Tak nak ayah. Jangan tinggal In"
"Dah, jangan menangis. Ayah gurau"
In kesat airmata. Pandang Anuar.😌😌😌
"Tuan Zafran, mana lama hilang. Ada new girl. Seksi good. Ketat"
"My drink please"
"Pimm, suruh bar tender buat. Now. Mau cuba? Malay girl. Part time actress"
"Not interested. Aku ada pelacur yang aku suka. Aku boleh melacur bila bila masa saja aku mahu. Free tak payah bayar duit."
YOU ARE READING
Ingrid Aulia (Completed)
Romance1. Aku tak suka dia. 2. Aku tak cinta dia ayah. 3. Pergi mampus kau! 4. Nyawa kau ditangan aku 5 Tolong jauhkan diri kau 1. Saya tak boleh cakap apa apa. 2. Ayah cakap syurga dibawah tapak kaki suami. 3. Ayah saya tak cinta dia. 4. Pesanan ayah wal...