"Assalamualaikum Puan Ingrid Aulia, saya ustazah Hanim, saya akan bantu Puan. Cerita dengan saya apa masalah puan dengan suami, En Zafran"
"Kena cerita dari mula?"
"Maksud Puan?"
"Macammana mula kenal?"
"Boleh juga. Tapi mesti jujur"
"Iya, saya akan jujur" In tarik nafas, senyum pada Ustazah. Cerita segalanya.
"Allahuakbar" Ketawa In, lihat ustazah, Istifar, mengucap.
"Terkejut Ustazah"
"Ya, saya simpati pada Puan."
"Apa pendapat ustazah? sekarang faham kan kenapa saya nak cerai sangat"
"Lepas suami pulang dari Sarawak?"
"Lepas, dia balik, seminggu duduk dengan saya. Dia tunai janji, tukar nama dan sijil lahir anak saya keatas nama saya. Setiap hari lepas kerja terus balik. Makan dirumah. Main dengan Mira, semua okay. Yang jadi gaduh. Saya tak bagi dia bawa Mira balik KL. Saya suruh pengasuh Mira datang duduk dengan saya. At least saya ada sama pantau pengasuh anak saya. Zaf nak stay di KL, dia cakap letih nak ulang alik, dan suruh saya duduk dengan dia. "
"Allahamdulillah, Puan setuju?"
"Iya, untuk anak saya, saya tak boleh nak berpisah dengan Mira. Zaf, balik. dengan Mira hari Isnin. Zaf cuti nak ambil maid. Saya ada kelas. Hari selasa saya balik. Zaf dengan Sally dirumah. Berdua di dalam bilik. Anak dan maid dirumah Papa saya. Zaf dalam bilik tidur dengan Sally, dua² dalam keadaan bogel. Saya tak tahu nak buat apa,terkejut. Nak menangis airmata tak keluar, tapi saya rasa sakit hati sangat, rasa cemburu, rasa bodoh. Saya panggil Zaf bangun. Bila dia sedar tengok saya. Dia tak terkejut, tak cakap apa. Ambil selimut, tutup badan Sally. Betina tu suka, senyum peluk Zafran. Saya letak kunci rumah, saya keluar. Masa ke lif baru airmata saya mengalir. Saya ingat Zaf akan datang pujuk saya. Sampai sekarang dah lepas seminggu, saya tak jumpa anak saya. Zaf cakap kalau nak jumpa Mira, balik rumah. Ustazah faham tak apa perasaan saya. Saya tak tahu kenapa dia tak nak cerai saya. Saya sakit hati, ada kala saya rindu Zaf. Tapi benci, meluat lebih. Saya nak buat apa Ustazah?"
"Susah nak faham perangai suami Puan. Apa yang dia mahu sebenarnya. Maaf saya bertanya, agak peribadi. Masa bersama, Puan ada bersama dengan suami?"
"Ada. Selama dia dengan saya."
"Puan, pernah cakap dengan apa yang dia mahu dari Puan?"
"Macam macam ustazah. Saya tanya dia jawab, Aku tak akan cerai kan kau. Faham tak!. Tu yang selalu dia cakap bila saya minta cerai"
"Okay. Sekarang Puan nak apa dari suami? Nak bersama demi anak atau cerai juga?" Ingrid diam pandang ustazah.
"Dua dua saya nak."
"Macammana tu?"
"Saya nak suami, anak saya, walau saya benci dia. Tapi saya suka Zafran. Setiap kali dia sakit kan hati saya, saya nak cerai. Lepas tu saya akan ingat dia. Saya nak gila ustazah"
"Kalau di beri satu pilihan?"
"Cerai!"
😓😓😓😓
"In, letak bag ni, mana bag make up"
"Kenapa ni?"
"Jangan banyak soal. Ambil bag make up cepat"
"Apa hal."
"Sini, touch up blusher sikit, rambut lepas, spray perfume. Wangi nya. Lipstick pakai yang merah ni"
YOU ARE READING
Ingrid Aulia (Completed)
Romance1. Aku tak suka dia. 2. Aku tak cinta dia ayah. 3. Pergi mampus kau! 4. Nyawa kau ditangan aku 5 Tolong jauhkan diri kau 1. Saya tak boleh cakap apa apa. 2. Ayah cakap syurga dibawah tapak kaki suami. 3. Ayah saya tak cinta dia. 4. Pesanan ayah wal...