"In, hari ni abang kena balik. Esok abang ada kes awal pagi"
"In, okay"
"Nanti kita buat tahlil 40 hari pulak. Hari yang ke tujuh" In angguk kepala. Angkat pinggan letak dalam sinki.
"Menyesal tak sempat jumpa Pak Long. Aida patut balik. Aida minta maaf."
" Doa banyak banyak untuk Arwah."
"Kau tahu Zaf, pagi aku call kau, ayah cakap mak dengan adik kau ajar buat kopi, goreng bihun. Ayah cakap Mak dengan adik tunggu di ruang tamu nak ajar ayah pergi. Masa di kubur kau tengok ayah gali kubur, macam tenaga sepuluh orang dalam dia. Cukup sejam sebelum Zohor ayah ajar kami balik. Nak solat Dhuha. Lepas mandi, ayah nampak sihat. Ayah cakap kemas wangi macam nak pergi kerja. Aku duduk disini tengok ayah solat Dhuha. Kami sama solat Zohor. Lepas solat ayah rebah. Kata sakit dada. Ayah minta gambar kau. Lama dia cium gambar kau. Ayah pandang aku, In, Pak Samad. Ayah mengucap perlahan tarik nafas ayah dah tak ada. Kau anak yang derhaka Zaf. Kau tak ziarah ayah kau. Kau tak pergi kubur, buat apa kau balik malam ni?"
"Aku nak tahu wasiat ayah" bertumbuk Adil dan Zafran. Terkejut In, dileraikan oleh Samad dan yang lain.
"Kau nak tahu kan. Wasiat Ayah kau? Aku baca bagi kau sekarang. "
"Adil, jangan ikut si syaitan ni. Lepas 100 hari baru baca."
"Kau diam. Kau pun balik pasal nak harta pak long kau"
"Kalau aku dapat pun tak apa. Ada talian darah. Bapak saudara aku. Kau tak ada langsung Zafran. Zero satu titik darah Pak Long aku tak ada dalam darah kau."
Ingrid ke dapur. Duduk ditepi sinki, menangis tutup telinga.
"Ayah, In nak ikut ayah"'
"In, kena kuat. Ayah sentiasa dengan In" In kesat airmata lihat Anuar berjalan pergi"
"Ayah tunggu" kalut yang lain ikut In lari kebelakang rumah.
Adil kejar In. Ditarik tangan.
"In nak kemana?"
"Ayah, tu ayah pergi sana. Ayah suruh In jadi kuat. In tak tipu ayah disana"
"In ayah dah tak ada. Tu bukan ayah. Dalam keadaan macam ni. Syaitan akan ganggu fikiran In"
"In tak tipu ayah lah abang" Adil tarik tangan In masuk kedalam rumah.
Kunci pintu belakang. "Basuh kaki naik atas" In masuk dalam bilik air.
Zafran duduk disofa lihat Adil, lap muka In.
Dia lupa pelacur tu isteri aku. Berani kau sentuh pelacur. Agaknya kau dah melacur dia.
"Saya, minta maaf dengan semua yang ada. Walau amanat ayah, selepas 100 hari, tapi Adil sebagai peguam Dato Anuar. Adil minta maaf ayah. Adil terpaksa baca wasiat untuk si tamak tamak ni semua."
"Amir, kau ambil file biru" sebak suara Adil baca wasiat.
"Semua harta Arwah Dato Anuar. Rumah sekarang ni, Vila di Bukit Tunku, Condo di Bukit Tunku, Rumah di kuala Selangor. Ayah wasiat dekat Ingrid Aulia. Kereta ayah BMW 5series Wasiat dekat Adil, Mercedes beri kepada syarikat Peguamcara, Peguambela Dato Anuar. Pemilik tunggal Adil. BMW 3seris untuk Ingrid Aulia. Honda buat Pak Samad. Duit insurance hayat Jumlah 1M, 50% kepada Ingrid Aulia dan Zafran. 20% share dari syarikat serah kepada Ingrid Aulia. Saya Mohd Adil Iskandar, bersama Amir pembantu saya yang di amanah oleh Dato Anuar untuk menjaga semua hak milik Ingrid Aulia hingga ke satu masa sehingga Ingrid Aulia berusia 35 tahun semua harta akan diserah tanpa pengawasan peguam. Sekian terima kasih"
YOU ARE READING
Ingrid Aulia (Completed)
Romance1. Aku tak suka dia. 2. Aku tak cinta dia ayah. 3. Pergi mampus kau! 4. Nyawa kau ditangan aku 5 Tolong jauhkan diri kau 1. Saya tak boleh cakap apa apa. 2. Ayah cakap syurga dibawah tapak kaki suami. 3. Ayah saya tak cinta dia. 4. Pesanan ayah wal...