> 14 ; Oksigen please!

217 39 0
                                    

Aku memandang sahaja pinggan berisi nasi dan lauk itu, tak berani doh nak angkat muka sebab lelaki tu ada depan ni! Dia duduk bertentangan dengan aku dan kami sedang menikmati makan tengah hari bersama keluarganya. Tapi apa kaitan keluarganya dan aku? Dan kenapa kakak kepada lelaki ini sedari tadi asyik tersenyum sahaja memandang aku? Makcik tu pun sama! Ibu apatah lagi, senyum-senyum dah kenapa?

Muka aku ni nampak macam lauk atas meja ni ke apa? Menakutkan je asyik tersenyum-senyum sampai naik segan aku. Pfft, kau reti segan ke Dina?

" Dina study lagilah ni? " soal makcik tadi, yang sebaya ibu memandang ke arah aku yang sedari tadi hanya mati kata. Aku tersenyum kekok.

" Ye aunty, saya student lagi. " balas aku kekok.

" Dia jurusan undang-undang Kak Na. " tambah ibu, amboi Puan Izzah kita ni. Yang nak habaq semua tu awat? Malulah cek.

" Oh bakal lawyer lah ni? " soal wanita muda itu atau tadi ibu panggil dia Hana. Aku kena panggil dia Kak Hana ke? Kalau nama dia Hana, lelaki ini nama apa? Hanan? Hanat? Hanerd? Hanah Montana? Bodoh kau ni Dina.

" Insya Allah. " balas aku ringkas.

" Ni bakal lawyer mesti pandai bercakap. " aku sengih sahaja mendengar hujahan Aunty Na itu. Na apa pun aku tak tahu, ibu panggil Kak Na je. Korang cakap Na Jaemin, aku rembat kang.

" Betullah tu Kak Na, kuat melawan Dina ni. "

" Ibu, orang bercakap benda yang betul je. " potong aku. Malulah ibu ni, pecah lubang pulak!

" Malulah tu. " aku tunduk sahaja mendengar ujaran Kak Hana itu.

" Hehe comel. " kali ini aku terkedu, terdengarkan tawa kecil suara garau yang datangnya dari arah depan aku. Aku mengangkat wajah perlahan namun tetap, wajahnya kabur cuma aku dapat lihat senyuman indah dan tawanya yang cukup merdu kedengaran di halwa telinga.

Allahuakbar, aku betul-betul tak ada idea siapa lelaki ini? Awak ni siapa sebenarnya?

" Amboi Hana, tengok adik kamu tu. Senyum-senyum pulak tengok anak dara orang. " tegur Aunty Na itu membuatkan aku terenjat sendiri. Allah, aunty jangan attack dia macam tu. Comel sangat anak aunty ni!

" Pa, boleh dah ni kahwinkan je adik ni dengan anak Aunty Izzah ni. " balas Kak Hana yang membuatkan aku terkedu sendiri. What?!

" Berbesanlah kita nanti Chad? " soal ayah kepada lelaki ini pada ayah aku, Encik Arshas. What?!

Aku memandang semua orang yang sedang memandang ke arah sini sebelum menoleh memandang ke hadapan dan ternyata lelaki itu tersenyum manis. Cukup manis untuk buat aku kena potong kaki wah mengada betul ya kau Dina.

Dia pun kau tak kenal siapa? Siapa awak ni, ya Allah? Awak tak ada nama atau pun apa?

" Jangan usik dialah akak. Merah dah muka awak. " aku tercengang saat dia tersenyum ke arahku bersama sisa ketawa kecil tanda mengusik. Selambanya dia!

" Amboi! "

Allah, aku nak oksigen! Bagi aku oksigen sekarang! Cepat sebelum aku mati terkena serangan jantung disebabkan usikan ini! Siapa kau ni hah!?

Sincerely, Lelaki Dari MimpiWhere stories live. Discover now