> 7 ; Dina-sour

286 39 1
                                    

" Kalau awak nak mandi, turunlah. Saya duduk sini. " ujar aku lalu melabuhkan duduk di atas batu di gigi air. Air terjun ini meriah sahaja dengan manusia, nasib baiklah port yang aku dan sepupu selalu datang ketika bermandi-manda di sini tak ada orang.

" Jomlah sekali? " aku memandangnya yang sudah bertukar baju, entah aku pun tak tahu bila masa dia tukar dan bila masa tiba-tiba baju wujud buat lelaki itu pun aku tak tahu! Kan ni mimpi, manalah aku tahu!

" Tak naklah, saya tak bawak baju. " balas aku, gila ke apa aku nak masuk dalam air tu berbaju kurung macam ni? Mahunya terselak semua nanti habislah malu tujuh keturunan tak habis. Dia ketawa.

Aku berkerut, dah kenapa ni?

" Oh haah, awak pakai kain. Karang hilang kain awak, susah pulak saya. " balasnya, aku berpaling bersama wajah yang berbahang. Dia ni kan!?

" Diamlah, mandi jelah diam-diam. Banyak cakap pulak! " balas aku masih dengan wajah yang malu, aaaaaa malunya!

" Gurau jelah. " balasnya sebelum perlahan-lahan terjun ke dalam air, aku hanya memerhati sambil tangan ligat membuka plastik keropok Super Ring yang dibeli dalam perjalanan ke sini tadi.

Dia berenang ke sana ke mari dengan wajah yang riang, aku tersenyum melihat gelagatnya yang tak ubah macam kanak-kanak. Namun aku terkejut saat lelaki ini keluar berdiri di dalam air, tshirt hitam yang tersarung pada badannya melekap di badan.

Termalu aku sendiri melihat bentuk abdomen pada tubuhnya kerana tshirt yang melekat di tubuh itu, dada bidangnya yang terpamer tadi mengejutkan aku. Apa kau buat ni Dina? Gatalnya pergi pandang dia kenapa? Sudahlah gaya lelaki itu berenang gaya perenang handal sahaja. Berkuak ke kiri dan kanan penuh santai.

" Sesesejuk.. " entah daripada mana tiba-tiba suara itu berada berdekatan dengan kaki aku yang berendam sedikit di dalam air. Dia tersenyum ke arah aku dengan rambut yang sudah terselak ke belakang.

" Sejuknya. " terketar-ketar dia berkata bersama bunyi lagakan gigi yang kedengaran. Aku ketawa.

" Sebab tu saya tak nak masuk, sejuk gila. " balas aku sebelum mencapai tuala yang berada di atas batu sebelah aku lalu dihulurkan buatnya. Dia mencapai lalu mengelap wajahnya yang basah. Sekali lagi mata aku tak lepas memerhatikannya.

Ya Allah, indahnya ciptaanMu tapi siapa lelaki ini? Jangan bangunkan aku daripada mimpi indah ini, sesungguhnya lelaki itu terlalu sempurna. Entahlah, walaupun tanpa wajah yang jelas tapi dapat aku rasakan yang dia cukup kacak dan comel. Lihat sahajalah caranya memandang sekeliling, persis anak kecil. Comel!

" Dinasour! " aku terkejut, melopong memandangnya.

" Ada apa-apa ke dekat muka saya sampai awak tengok macam tu? " soalnya tak habis lagi mengelap wajah. Aku menggeleng spontan bersama wajah yang masih melopong dan sebab itu juga aku rasa dia ketawa. Aku nampak bodoh!

" Awak ni memang suka berangan ke Dinasour? "

" Apa awak panggil saya tadi? " aku memandangnya tajam.

" Dinasour! " balasnya dengan ketawa kecil dan wajah tak bersalah.

" Nak kena pukul ke? "

" Comel apa Dinasour. Sebab awak merengus macam dinosaur. " balasnya. Aku membulatkan mata.

" What? Sejak bila saya merengus? "

" Setiap kali awak marah, comel je merengus bagai hentak-hentak kaki macam Dinasour. "

" Pandailah awak, kalau saya dinosaur saya pijak awak biar penyek! " balas aku dengan wajah serius namun akhirnya ketawa melihat dia ketawa. Amboi, sukanya dia!

" Dina..ssour! Rawgh! " balasnya, aku ketawa sebelum memercikkan air ke wajahnya.

" Diamlah! "

" Dinaasourr! "

" Yaish diamlah! "

Dan akhirnya ketawa kami pecah bersama. Tawanya yang di dalam kekaburan. Kenapa awak selalu muncul dalam mimpi saya?

Sincerely, Lelaki Dari MimpiWhere stories live. Discover now