> 2 ; Mainan tidur

434 49 4
                                    

" Ya Allah anak dara ni! Tak bangun lagi masya Allah! " suara lantang itu membuatkan aku terpisat-pisat.

" Bu, orang cuti ni bagilah chance nak qada tidur. Penat belajar tak habis lagi ni. " balas aku dengan suara serak serak basah, tak senonoh betullah perempuan ni!

" Banyaklah chance, bangun cepat! Siap-siap mandi semua, teman ibu pergi market. Banyak bahan basah dah habis dalam peti tu, yang papa kamu tu pulak nak makan asam pedas ikan pari hari ni! Cepat bangun! " langsir bilik aku diselak oleh ibu, hailah Puan Izzah yang seorang ni! Nasib cayang!

" Ibu tau tak semalam orang mimpi buruk! Ada ke patut orang dituduh penyebab seorang perempuan tu mengandung! " beritahu aku pada ibu.

" Merapulah kamu ni! Mimpi tu kan mainan tidur! " balas ibu sebelum menarik selimut aku. Ni yang sayang lebih ni!

" Baiklah bondaku! Give me 30 minutes! " aku mengeliat lalu ikatan rambut yang terurai dikemaskan kembali.

" Okey, make it fast. " lalu ibu meninggalkan bilik aku yang berlatarbelakangkan warna grey. Sebab tu ibu sibuk tarik langsir. Kalau tak lambat lagi aku nak bangun, gelap-gelap ni buat tahi mata best gila!

Sempat pulak Puan Izzah kita ni speaking! Eh kejap kejap, mimpi semalam? Dramatik gila! Menyampah aku! Dahlah bangun subuh tadi siap ada sisa air mata dekat pipi.

Beria betul kau ni! Tapi tapi, siapa lelaki dihujung mimpi itu? Entah! Malaslah fikir! Sebelum ni pun memang banyak crush aku yang dah terjah mimpi aku.

Baik aku pergi mandi sebelum kena bebel dengan ibu. Oh ya sebelum tu baik aku perkenalkan diri, nama aku Nurin Irdina binti Mohd Arshad. Tak menarik kan? Nama yang cliche.

Tapi tak apa, aku bersyukur. Aku merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik dan kedua-kedua orang abang atas aku ialah lelaki dan adik aku perempuan. Abang aku yang sulung namanya Irsyad Danial dan sekor lagi nama dia Izz Ariez manakala adik aku Iris Zarin. Nama aku je simple hurm.

Umur aku 23 tahun dan merupakan seorang penuntut tahun akhir di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Bachelor in Business dan sekarang tengah cuti semester.

Dahlah aku nak mandi, eh lupa nak cakap yang cerita ni sebenarnya short story jadi chapter dia pendek-pendek je kecuali semalam! Selamat membaca!

Tapi mimpi semalam macam real je, sebab aku sampai menangis dalam tidur! Tapi kalau jadi betul, siapa lelaki tu? Aku nampak dia senyum tapi tak nampak muka dia! Scary siot!

" Nurin Irdina cepat!! "

Ah sudah, menggelupur aku masuk dalam bilik air.

Sincerely, Lelaki Dari MimpiWhere stories live. Discover now