> 8 ; Macam budak-budak

265 38 0
                                    

" Kan dah cakap tak nak dengar, berapa kali nak pesan ni Nurin Irdina, Iris Zarin? " marah ibu, aku hanya menundukkan kepala memandang lantai.

" Tapi ibu, bukannya salah kakak. " balas aku takut-takut, dengan ibu jangan buat main. Memanglah Puan Izzah aku ni lembut sahaja orangnya tapi kadang-kadang meletus juga suara itu.

" Habis pecah, ibu dah pesan dah jangan dok main bola dekat luar tu. Tak dengar cakap! Habis pasu aku! Tu siapa nak ganti? " soal mama, aku berpandangan dengan Iris.

" Iris bu Iris, dia yang pergi tendang bola kuat-kuat sampai kena pasu ibu! Marah dia ibu! " kata aku sengaja batu api, Iris menjegilkan mata. Eleh, macamlah aku takut!

" Apa pulak bu, kakak ah dia yang ajar adik skil tendang baru. Marah dia bu.. " balas Iris, kali ini menjelirkan lidah senyap-senyap ke arahnya. Iris menjulingkan mata.

" Tak ada, ibu tak nak cakap banyak. Korang ni bukannya kecil lagi! Masing-masing dah dewasa dah, dok jugak main bola luar rumah macam anak jantan. Sekarang ni ibu nak kamu kemas lepas tu belanja ibu pasu baru sebab lepas ni ibu nak pergi NSK beli barang. " balas Puan Izzah, aku senyum senget.

" Yelah ibu, cakap jelah yang ibu nak pau kakak. Maklumlah sejak-sejak akhir ni business painting orang maju kan. Tak apalah, rela diriku dipau oleh Puan Izzah tercinta! " balas aku bersama sengihan mengusik ibu. Bahu ibu dipeluk, Iris tak lepas juga mendekati ibu.

" Entah ibu ni, macam tahu-tahu je adik baru dapat duit Youtube semalam. Pandai eh Puan Izzah nak pau kita! " balas Iris, kami tersenyum sebelum tubuh ibu yang dipeluk erat. Sayang ibu!

Oh lupa nak cakap, adik aku si sengal ni ada channel Youtube sendiri. Saja nak cari duit lebih sementara sebelum masuk semester keduanya. Adik aku baru sahaja memulakan pengajiannya di peringkat universiti, alhamdulillah dia lulus dengan cemerlang dalam keputusan SPM hari tu dengan membawa pulang 5A. Cemerlanglah tu!

" Tapikan ibu, ibu nak pergi NSK beli apa lagi? Bukan semalam papa cakap dia nak beli barang dapur ke? " soal aku pada ibu.

" Ha papa kamu tu lupa nak beli barang, sibuk pulak dengan kuliah dia dekat universiti. " balas ibu, kami melepaskan pelukan. Aku hanya menganggukkan kepala. Papa aku Encik Arshad itu memang sentiasa sibuk. Kerjanya sebagai pembantu tadbir di universiti. Manakala ibu seorang pekerja bank.

" Bu, abang ada cakap ka dia nak balik hujung minggu ni? " soal Iris, aku hanya memandang wajah adik aku yang macam monyet tu.

" Tak adapun, sebab Kak Sha korang on call. " balas ibu, aku hanya menganggukkan kepala maknanya si Irsyad tu tak baliklah!

" Izz bu? Dia balik ke? " soal aku pula sambil berpandangan dengan Iris. Bukan apa, kami ada projek nak buat hujung minggu ini. Heheh, projek adik beradik.

" Yang tu ibu tak tahu tapi sebab katanya mak mertua dia tak berapa sihat. Besan ibu tu kan baru je buat operation. "

" Oh macam tu. Ibu, kalau kitorang pergi camping hujung minggu ni boleh tak? " soal aku bersama senyuman senget.

" Benda gila apa lagi hampa nak buat ni? " soal ibu, Iris ketawa kuat. Mesti ibu dah faham sangat karenah aku dengan Iris. Ada je benda kami nak buat tambah-tambah pulak sejak cuti ni. Makin bergeliga lah otak ni!

" Nak camping dekat depan rumah, lepas tu kita buat BBQ bu. Abang dengan Izz pun tak balik, amanlah ibu! " balas Iris menjawab bagi pihak aku.

" Suka hati koranglah, malas ibu. " balas ibu, pelukan dilepaskan lalu ibu berlalu ke dapur. Aku dan Iris ketawa kuat macam orang gila! Suka tengok muka surrender ibu ada anak tak cukup zat macam kami hehe.

" PASU AKU JANGAN LUPA!! "

" Allah, Ris tengok ibu kau ni. Tak lupa pasu dia! "

" Kau ah bengong pergi ajak aku main bola! "

" Diamlah Ris pendek! "

" Pergi mandilah, bersiap nak pergi NSK. " laung ibu dari ruang dapur. Aku dan Iris berbalas pandang.

" Sapa masuk tandas dulu dia menang! " dan berdesup aku dan Iris berlari naik ke atas rumah.

Riuh-rendah.

Sincerely, Lelaki Dari MimpiWhere stories live. Discover now