> 4 ; Cik Dina

333 44 2
                                    

" Dina, panggil dia masuk! " suruh papa pada aku, siapa pulak dah yang datang ni?

" Sat, orang tengah bawa tembikai nak letak dekat depan ni! " balas aku sambil mengangkat bekas berisi buah tembikai. Ada kenduri makan-makan sedikit di kampung ibu ni.

Sajalah, dah lama tak berkumpul tapi aku kurang berkenan sebab anak-anak makcik aku ni kebanyakkannya ni kurang adab dan tak ada law.

Selesai meletakkan bekas tembikai itu aku berlalu ke pintu depan, dari jauh sudah dengar bunyi bising orang lelaki bersembang. Siapa pula yang datang?

" Siapa datang? " soal aku dan kemudian terlihat kelibat seseorang. Papa dan atuk sedang bersembang bersama seorang lelaki yang aku tak tahu siapa gerangannya.

Aku tak nampak wajahnya! Geram betullah!

" Bawak dia sat, tunjuk bilik solat. Dia nak tumpang solat sebab sesat dalam kampung ni, dia patutnya datang kenduri kawan dia tapi dia silap rumah. " balas papa menyuruh aku, eh? Aku pulak kena!

"  Oh, okey jomlah masuk. " eh sejak bila pula aku peramah gila ni? Dengan lelaki pulak tu? Gila!

" Terima kasih. " dan aku terkesima melihat senyuman lelaki itu. Bagaikan dejavu, hati ini berdegup. Mengadanya kau ni Dina!

Namun aku tetap teruskan langkah, gila ke nak berhenti? Buat malu je nanti! Tapi dah kenapa pula ryhthm hearbeat aku ni laju gila? Derap tapak kaki yang membontoti langkah aku ni buat aku berdebar.

Kau kenapa ni Dina?!

" Awak ambillah wudhuk dulu, bilik air dekat dapur. Awak pergi je cakap nak tumpang bilik air. Kalau ada orang dalam tu, awak pergi paip belakang rumah. " arah aku padanya namun lelaki itu tak bersuara tapi masih lagi tersenyum.

Stop it, ingat comel ke?

Okey I admit memang comel pun!

" Terima kasih, er boleh tolong pegangkan barang saya? " soal lelaki itu. Aku yang teragak-agak akhirnya menganggukkan kepala.

Tangan aku dihulur menanti barangnya, dia meletakkan jam tangannya bersama dompet dan telefon bimbit ke atas tangan aku bersama wajah tak lekang dengan senyuman.

" Saya tunggu dekat ruang tamu atas tau, nanti awak lalu sini. " beritahu aku lagi, takut jugak tersesat kang.

" Okey, thanks again. " dan lagi sekali, dia tersenyum. Yang pastinya aku hanya nampak bentuk senyumannya. Mukanya masih kabur.

Aku berlalu masuk ke ruang tamu atas rumah batu dua tingkat itu, sejadah milik aku dihampar menghadap kiblat. Manakala barang-barang milik lelaki itu disimpan ke dalam beg tangan.

Aku ni dahlah cuai, karang hilang pulak barang lelaki itu! Sudahlah dompet berjenama, Iphone pula pakai yang paling latest. Tak termasuk jam mahal lagi! Kaya betul.

Dia ni stok-stok lelaki ceo cliche pewaris syarikat papa ke?

Bunyi derap tapak kaki mematikan spekulasi aku, cepatnya dia ambil wudhuk. Dan tubuh seorang lelaki mula kelihatan sedikit demi sedikit saat tangga didaki sudah mencecah tingkat atas.

Dapat aku lihat wajahnya basah dengan wudhuk dan dia sedang meraup rambut kebelakang dan kemudian memperbetulkan lengan baju Melayu yang berwarna...hijau?

Hijau lagi? Dia lelaki yang sama kah?

" Awak solatlah dulu, saya nak turun tolong diorang. " ucap aku baru sahaja ingin bangun dan berlalu namun suaranya menahan.

Bersama pegangan di lengan yang berlapik ini. Oh, sekali lagi aku rasa dejavu. Keadaan ini sama, situasi yang sama.

" Boleh tak tunggu sampai saya err habis solat? " pintanya segan sambil mengusap belakang leher.

Dan ajaibnya aku menghadiahkan senyuman manis padanya.

" Okey, solatlah. Saya ada dekat sofa ni. " sambung aku pula lalu melabuhkan duduk di atas sofa itu. Dapat aku lihat yang dia kembali tersenyum.

Belum pun sempat dia membuka mulut, aku terus memintas laju.

" Tak payah cakap terima kasih, solat cepat. Tak baik tahu lambatkan solat. "  tegur aku, dia yang sedang memperbetulkan sedikit sejadah itu tersenyum lagi.

" Okey fine then Cik Dina. " lalu dia berdiri tegak menghadap kiblat. Aku hanya memerhati, sayup-sayup kedengaran iqamat berkumandang dan tak sekuat mana.

Aku senyum. Gatal betul!

" Allahuakbar Allahuakbar, Laillahailallah. "

Merdu.

Hanya itu yang aku mampu katakan. Tersangatlah merdu suara itu. Tapi hairan, wajah siapa yang tersembunyi disebaliknya? Seseorang yang dia kenal atau apa?

Lelaki itu menunaikan solat Zohor empat rakaatnya dengan tenang dan aku rasa jantung aku nak terkeluar dan hearbeat ini berentak luar biasa!

" Tengok apa tu cik Dina? " soalnya dengan nada mengusik.

Cik Dina? Oh my heart!

Sincerely, Lelaki Dari MimpiWhere stories live. Discover now