> 6 ; Dia lagi!

291 40 8
                                    

" Kerja ke sekarang? " soal suara itu, dia terbaring menghadap aku yang sedang bersila di sebelahnya.

" Taklah, study lagi. Sekarang tengah study law. Kenapa? " soal aku kembali, mata masih lagi leka memandang handphone. Tak ada apapun, aku cuma tengah check sale dekat Shopee ni. Nak beli handsocks baru sebab aku punya asyik hilang sebelah.

" Bakal lawyer la ni? " soalnya lagi sambil tersenyum, aku hanya tersenyum tipis.

" Insya Allah. " balas aku. Sedari tadi kami hanya berbual kosong sementara menanti hidangan diluar disediakan dan aku pula diminta papa untuk menemaninya berehat di tengah-tengah ruang rumah nenek ini.

Memang keadaan ruang tamu dalam rumah ini kosong tanpa sofa kerana telah diangkat naik ke ruang tamu tingkat atas sebab bacaan Yasin yang dijalankan disini tadi. Papa minta aku untuk duduk disebelah lelaki berbaju Melayu hijau ini sementara lelaki itu berbaring untuk berehat. Kata papa, karang kalau lelaki ini sahaja disini takut orang terpijak pula. Walaupun aku rasa alasan tu macam tak logik. Mustahil orang tak nampak dia yang berketak dekat bawah ni.

"  Tapi more to loyar buruk bukan lawyer. " balas aku sekadar berbuat jenaka namun kedengaran tawa kecil. Aku terkesima disebalik handphone. Kenapa indah sangat bunyi ketawa lelaki ini? Mata cuba difokuskan pada wajah itu tapi aku tak nampak!

Kenapa aku tak nampak muka dia!

Kenapa muka dia kabur! Geramnya aku!

Tapi senyuman dia dan cara dia bercakap aku nampak. Siapa dia ni ya Allah?

" Kelakar, baguslah boleh dapat dua job. Jadi lawyer, loyar buruk too. " balas lelaki itu bersama senyuman yang tak lekang di wajah.

" Ma, cuba mai tengok depa ni dok buat maksiat ma! " satu suara itu membuatkan aku berpaling laju, tahu dah gerangan suara itu. Siapa lagi kalau bukan sepupu aku yang bernama Erin ni? Aku tak tahu dia ada masalah apa tapi cukup suka betul cari pasal dengan aku! Entah apa dosa aku dengan dia pun tak tahulah!

Sampai ke dalam mimpi aku pun dia nak menyelit, menyakitkan hati betullah!

" Cakap baik sikit nah, ingat aku macam kau ke suka buat benda tak senonoh? " balas aku geram, Erin menjeling. Ya Allah, nak je aku cungkil biji mata perempuan ni!

" Hek eleh yela tu! Hang tu duduk jauh dekat Kuala Lumpur tu. Sapa ja tau kalau hang buat maksiat pun? Dalam rumah ni pun boleh dok menyendeng laki ni! Tak malu ka! " balasnya, aku mengetap bibir. Malu dihina sebegitu di depan lelaki berbaju hijau ini. Lelaki ini sudah bangun dari pembaringannya bersama wajah yang ketat.

" Kutuk dah berdosa, fitnah campur dengan hati busuk penuh hasad dengki. Tak takut balasan Allah ke cik? " laju lelaki itu berkata bersama wajah yang ketat. Aku terkejut.. dia.. dia backup aku ke?

" Tak hang tak payah masuk campur, hang tu orang luaq! " balas Erin, kali ini dapat aku lihat lelaki itu mengetap bibir.

" Memang saya orang luar tapi saya tak bodoh nak menilai manusia dengki macam cik ni. Bawak-bawak bertaubatlah sebelum mulut tu berbuih kena laknat. " aku terkejut, suaranya jelas keras sekali memberi amaran. Yang paling membuatkan aku tak sangka apabila lengan bajuku ditariknya.

" Jom. " aku hanya diam sahaja saat ditariknya. Mengekor langkahnya macam lembu dicucuk hidung, dia berhenti di hadapan papa.

" Uncle, saya bawak Dina keluar kejap eh. Jalan-jalan kampung kejap. " dan surprisingly papa angguk dan benarkan weh! Gila! Siapa lelaki ini sehingga dia ada mandat sebesar itu membawa aku keluar?

Walhal sebelum ini, semua sudah sedia maklum yang papa tegas orangnya. Encik Arshad aku ni seorang yang tegas, semua kawan aku dan Iris semua papa kenal tapi lelaki ini belum apa-apa lagi selamba meminta izin papa. Wah! Siapa dia ni? Entah aku tak tahu, muka dia pun aku langsung tak nampak!

" Mana kereta awak? " soalnya. Aku yang mengelamun tadi hanya menunjuk ke arah Perodua Iriz milik aku. Dia menganggukkan kepala lalu membawa aku situ dan menarik pintu kereta. Dia menjuihkan bibir sedikit dengan senyum tak lengkang di bibir. Aku hanya mengikut masuk ke dalam kereta.

" Tadi masa saya pusing-pusing kampung ni sebab tersesat, saya jumpa kawasan air terjun. Jom pergi sana. "  ujar dia bersama senyuman, lelaki ini sentiasa betul menghulurkan senyuman manis itu. Dia tak tahu ke dia senyum macam tu boleh buat hati aku meleleh cair macam aiskrim.

" Nak buat apa? Awak nak mandi ke? " soal aku menghulurkan kunci kereta padanya, nasib baik masa aku mengelamun tadi sempat juga ditarik purse dan kunci kereta hehehe bukan apa. Takut adik aku yang seekor tu naik, dia tu sekarang tengah gila stereng.

" Boleh ke? Saya ingat nak pergi tengok-tengok je, bawak awak tenangkan diri. " balasnya, aku simpan senyum. Comel!

" Oh ikutlah, jom. "

" Saya drive ni, boleh ke? " soalnya, aku ketawa.

" Dari tadi awak dah masuk, siap tolak saya duduk tempat penumpang ni lepastu awak minta izin pulak nak bawak? Bawak jelah! " balas aku, comel sangat lelaki ini.

"  Hehehe okey. " aku terkesima lagi melihat lelaki itu seperti malu-malu. Ya Allah, comelnya dia ni!

Muda dari aku ke tua dah? Kenapa adorable sangat perangai ni? Malu-malu sampai telinga merah sambil usap belakang leher! Aduh!

Dari sisi ini dapat aku lihat dia tersenyum sepanjang perjalanan. Siapa awak lelaki baju hijau?

Sincerely, Lelaki Dari MimpiWhere stories live. Discover now