> 11 ; Kau kenapa jebon?

259 36 3
                                    

Aku memandang ruang kafe universiti yang lenggang sahaja tika itu, ya aku sudah kembali ke universiti. Tak ada yang best, seperti biasa hanya kisah kehidupan sebagai pelajar universiti. Tak menarik dan hambar.

Dah sebulan berlalu dan aku telah kembali menyambung semester aku, macam biasa. Mimpi lelaki berbaju hijau? Entah, tak ada apa-apa update pun lagipun lately ni aku selalu tidur lambat sebab siapkan assignments and study maklumlah dah final year kenalah double triple rajin kalau nak grad dengan penuh kebanggaan.

Ceh, hak tuih!

Aku sampai tak ada masa nak tidur, bukan tak ada tapi masa tidur aku ciput. Kadang-kadang sampai ke Subuh pun aku tak tidur lagi, dengan assignment bertimbun, tutorial lagi. Tapi nasib baik kebanyakan kelas aku start macam nak dekat tengah hari macam tu, sempatlah aku curi tidur kejap.

Perkembangan terkini? Alhamdulillah hidup lagi tapi baru-baru ni aku berkawan dengan seorang lelaki ni. Aku kira dia agak kacaklah, sedaplah mata memandang. Muka dia macam Taeyong NCT. Bukan macam, tapi memang macam Taeyong. Entah, dia cakap dulu bias mak dia Taeyong. Terkenanlah kot, tak tak tu aku mengarut. Ye, muka dia macam Taeyong.

Tapi nama dia Amir, aku pun baru tahu kewujudan dia sebab kami ada satu subjek yang kelas sekali. Entah sebelum-sebelum ni tak pernah pulak aku nampak figura dia. Tapi entah, kalau cakap pasal budak popular kegilaan fakulti ni pun aku tak pernah nampak. Bukan tak nampak tapi tak ku kenal pun. Introvert lah katakan lagipun aku malaslah nak ambil port pasal diorang. Bukan boleh tolong siapkan assignment aku pun. Tak bawak faedah langsung.

Lagipun siapa je nak kawan dengan aku? Aku bukan lawa pun hehek, dah lah muka kentang tak masak lepas tu pakai kemeja kotak-kotak dengan jeans hitam. Kalau rajin sikit baru selempang shawl dekat kepala, kalau tak memang aku pakai bawal je sebab aku punya malas tahap gaban.

" Weh Dina! " ah sudah, mesti dia mesti dia! Aku hanya buat-buat mencari sesuatu di dalam beg galas ini padahal bukan ada pun!

" Aku panggil kau tak dengar ke? Allah. " termengah-mengah suara itu sebelum aku menoleh, siapa lagi weh? Ya Allah, mamat muka Taeyong celup ni lah! Tak silap aku nama dia Amir apa entah! Tak tak bukan Amier Arfan, buka Amir Masdi, buka juga Amir Raja Lawak! Aku pukul korang nanti!

Hah, nama dia Amir Qazran!

" Asal panggil aku? "

" Jom makan. " dan tak semena-mena tali pemegang beg aku ditarik sebelah seolah-olah kami berpegangan tangan namun in halal way! Kepal otak dia!

Dia ingat cerita Sweet Dreams ke? Lagi satu, dah kenapa pulak ajak aku?

" Makan? Taknaklah! "

" Takde takde, teman aku makan! "

" Amir! "

" Takde takde, jom makan! "

Ya Allah, dia ni kenapa? Teringin sangat ke nak makan buku Harry Potter aku tu? Ke nak kena sumbat dengan berus lukisan?

Namun lambat-lambat aku ikut jugak sebab aku takut tali beg yang aku beli dekat Shopee ni terputus pulak!

Apa masalah Amir ni?

Sincerely, Lelaki Dari MimpiWhere stories live. Discover now