> 17 : Mengarut!

227 38 2
                                    

" Kau ni kenapa? Tak cukup tidur ke? " soal Putri sambil memandang aku yang sedang menyuap kimbap ke dalam mulut dengan wajah tak bermaya.

Macam mana je nak bermaya, aku dah tiga hari tak dapat tidur dengan sempurna. Semuanya sebab terlalu takut mimpikan lelaki itu, bodoh? Ya, Dina menjadi bodoh seperti selalu. Tak tahulah, macam obses sangat ni pun susah tapi nak buat macam mana. Aku nak hentikan semua ni. Cukup-cukuplah.

Lelaki baju hijau? Mimpi? Mengarut!

" Haah, aku tak tidur lagi hari ni. " balas aku selamba lalu menyedut pula mi daripada bekas mi cawan itu. Lapar, sudahlah semalam aku malas nak keluar. Habis semua biskut dalam loker di selongkar. Lepas tu sekarang ni, kebulur.

" Bodoh, bahayalah gila. Boleh mati tau tak. " balas Putri memandang wajah aku, aku senyum hambar.

" Aku tahu aku bodoh, tak payah ulang. " balas aku acuh tak acuh. Penat. Putri dah tayang wajah pelik.

" Kau kenapa ni Dina? Lately ni pelik je, tak pernah tau kau macam ni. " soal Putri lagi, aku sengih sebelum mengangkat bahu.

" The problem is, aku sendiri pun tak tahu kenapa aku macam ni. " balas aku malas-malas sebelum sambung menyuap baki kimbap yang dibeli melalui Foodpanda tadi. Aku memandang kawasan menunggu bas dihujung sana.

Ramai pelajar berebut-rebut turun di situ, itu mesti student yang ada kelas pagi ini. Itulah, lain kali datang awal lagi supaya tak perlu berebut-rebut. Huh, Dina. Kau sembang, kau pun sama je suka bangun tepat-tepat masa lepas tu bising pulak cuma bezanya kau ada kereta sendiri je Dina.

" Kau ada problem ke? " soal Putri, aku kembali memandang wajahnya. Mencari secebis kekuatan dan kepercayaan. Patutkah aku luahkan semua ni pada Putri?

Lama kami jeda sebelum akhirnya.

Aku mengeluh.

" Tak apalah, aku penat je sebab yelah kita dah final year. Bertimbun assignment, aku okey. Tak ada apa pun, penat sikit. " balas aku dan Putri menganggukkan kepala.

" Yelah, kau tu study hard sangat. Kena jaga kesihatan juga, makanlah dulu. Aku nak pergi jumpa Madam Aina, nak hantar assignment. Nanti aku datang sini balik, kau tunggu tau! "

Aku ketawa. Simbol jari okey diangkat.

" Ye, aku tunggu! " balas aku cuba menceriakan keadaan, Putri bangun sebelum perlahan-lahan langkahnya menjauh pergi. 

Aku memandang sekeliling sebelum kembali menyuapkan baki kimbap ke dalam mulut. Entahlah, aku pun tak tahu kenapa aku semakin hari semakin hambar. Penat perah otak, tapi kenapa eh? Kenapa dalam mimpi tu aku budak law? Padahal aku study business kot in real life.

Law dengan business? Jauh tu beb.

" Akh! Eish, tak nampak ke apa?! " suara seseorang membentak kecil membuatkan aku menoleh memandang ke arah laluan masuk ke dalam kafe. Hm, ada orang berlanggarlah tu. Entah, kafe tu spesial sikit. Kalau tak ada accident dekat situ memang tak sah.

Aku menoleh memandang manusia yang dilanggar dan manusia yang melanggar di situ. Tak berminat nak masuk campur, lantaklah. Aku kembali memandang mi cawan di sebelah aku namun seketika kemudian tubuh ini statik.

Dan sekali lagi aku menoleh pada laluan ke kafe.

Yang melanggar tadi..

Lelaki berhelmet full face dan berbaju hijau emerald?

" Urgh, stop lah Dina! " pantas bekas makanan dibuang sebelum aku berlalu pergi.

Tak mahu terus hanyut dengan mainan mimpi.

Mengarut!

Sincerely, Lelaki Dari MimpiWhere stories live. Discover now