> 20 ; Sebatas mimpi

292 44 3
                                    

Sedar tak sedar seminggu telah berlalu, dan hampir seminggu itu jugalah keperibadian seorang Irdina berubah tunggang-langgang. Kantung hitam di bawah matanya kian jelas, wajah lesu terpamer hampir tiap hari malah dirinya menjadi lebih pendiam dari biasa. Bisu dan kaku.

Semuanya kerana seorang lelaki dari mimpi. Pfft kelakar. Mimpi? Bukankah hanya sebatas permainan? Apa yang dia harapkan? Sebatas apa mimpi itu mampu membawa pengaruh seluruh kehidupannya? Apa dia kurang waras? Apa dia percaya dengan aturan mimpi? Ah sudah terang, mimpi itu hanya sebatas mimpi.

Mustahil. Malah tafsirannya sahaja sangatlah musykil.

Irdina mengeluh, memandang sekeliling ruangan bilik yang menjadi saksi air matanya sering kali menghujani. Mimpi yang hadir seminggu lalu bagaikan tusukan belati tepat mengena hati. Pedih malah dia sudah berdarah jerih. Rasa itu bagaikan hidup. Senyuman, tingkah malah baju hijau yang menjadi simbol pertemuan ini bagaikan terus memporak-perandakan ketenangan hatinya.

Tapi apa? Hanya sebatas mimpi.

Irdina memandang gumpalan kertas yang memenuhi ruang meja belajarnya. Ada bekas cawan Tealive yang sudah kosong, begitu juga bungkusan-bungkusan keropok yang isinya sudah lama habis. Namun hal itu langsung tak mendatangkan kesan padanya. Dia hanya termenung tanpa noktah. Berharap yang dirinya tak pernah terbuai dalam mimpi bodoh itu.

Krek..

Bunyi pintu dikuak langsung tak membuatkan pandangannya yang menghadap jendela berpaling, malah Irdina kembali memejamkan mata. Berharap yang semua ini juga mimpi. Mengapa rasa sakit itu bagaikan hidup?

" Ni, bubur Mcd yang kau pesan dengan Hot Latte Medium. Jangan lupa makan. " hanya itu, sebelum Iris membuat pusingan U bersama keluhan di bibir. Membiarkan kakaknya terus hanyut di dalam duka yang pastinya tiada siapa mengerti.

Irdina mencelikkan mata lalu dengan rakus, nota bergaris coklat dicapai sebelum dicoret sesuatu bersama air suam yang bertakung pada kelopak netra yang sarat dan berkaca-kaca.

" Menemuimu. "

" Aku ingin terus menunggu. "

" Tapi kita tidak lagi dalam jumantara yang sama. "

Maka dengan tu sekaligus, pecahlah lagi empangan titisan suam itu. Terus menghujani pipi yang semakin tirus. Gila. Ini semua gila.

Jikalau menyimpan rasa pada idola ternama juga sudah pedih berdesit, bagaimana rasanya menjadi peminat setia manga? Apakah melecur pedih pada sesuatu yang pada asalnya tidak wujud? Apa melecur sendu cukup untuk menggambarkan sakit itu?

Malah bagaimana pula dengan dia yang berharap pada karakter di dalam mimpi sendiri?

Hahaha. Katakan dia gila.

" Ya Tuhan, hati ini sudah cukup pedih. Rasa apa ni ya Allah? Kenapa terlalu perit? " di dalam esakan dia merintih.

Apa wajar asal cerita yang sepatutnya ceria dan berjalan santai kini malah memberat dengan konflik air mata?

Angin semilir yang menerobos jendela itu menjadi saksi bahu seorang Nurin Irdina terhinggut-hinggut menahan perih duka.

Ah, semua ini gila!

Sincerely, Lelaki Dari MimpiWhere stories live. Discover now