> 21 ; Cust 25

313 24 2
                                    

Remang cahaya lampu hangat membanjiri ruangan bilik itu, menampakkan satu sosok tubuh sedang memeluk lutut sambil memandang ke arah kanvas yang masih belum selesai. Aneh dan kosong. Tangan yang selalu lancar bergelut di atas ruang kanvas kini jadi kaku.

Bukan sehari dua, bukan lagi seminggu dua namun hari ini tepat dua bulan dia dalam keadaan seperti ini. Kantung yang menghitam di bawah mata menunjukkan bahawa keadaan gadis itu sangat berantakkan. Irdina merenung kosong permukaan kanvas yang masih suci tanpa noda. Untuk ke berapa kalinya dia hanya mengeluh memandang kanvas putih itu.

Keluhan dilepaskan, sesak dada, seksa jiwa.

Dia memandang sekeliling, hampir tidak sedar banyak kertas putih bersama coretan tubuh tanpa wajah yang jelas seorang lelaki memenuhi ruangan lantai biliknya bahkan dia dikelilingi lukisan-lukisan tanpa wajah yang sempurna. Irdina kelu sendiri, miris amat keadaannya saat ini. Jam berdetak ke angka tiga pagi namun hujan ribut di dalam jiwanya tak kunjung juga selesai.

Apa lagi? Apa yang lelaki berbaju hijau emerald itu tinggalkan? Perasaan aneh macam apa ini? Jatuh cinta pada watak mimpi? Gila.

Dua bulan yang berlalu ini cukup membuatkan keadaannya separuh gila. Dikejutkan dengan pelbagai situasi, Irdina lelah sendiri. Penat, penat dengan harapan digantung pada dirinya. Semesta seakan sedang memprovok.

Gadis itu mendengus, tidak sanggup. Dia menarik kanvas berukuran sederhana besar itu lalu dicampak kasar ke atas katil. Telefon miliknya diraih, menaip sebuah pesanan ringkas kepada sang pemilik kanvas.

Cust 25 (canvas)
+ Salam, sorry for interrupting but i have to tell you something. i don't think i can make it. I'm so sorry, i'm having a problem with myself, i can't even handle this anymore. i'm so sorry for dragging the personal issues but this is to make sure i don't ruin anything. sekali lagi saya minta maaf. deposit akan saya transfer kepada encik esok pagi. minta maaf atas segala kesulitan. Tq and good night!

Sent!

Puas hati, Irdina meraup wajah lalu melangkah masuk ke dalam bilik air. Mencuci muka dan melelapkan mata yang mulai lelah, berharap yang segala rasa ini akan berakhir namun baru sahaja kaki kiri masuk ke dalam bilik air. Notifikasinya mula berbunyi menandakan pesanannya dibalas. Dalam jam sebegini?

Dia mengerutkan dahi lalu mencapai ponsel yang tergeletak tadi.

Cust 25 (canvas)
- I don't mind btw, just take ur time cik Dina. The exhibition is at the end of september so you still have a lot more time to go.

- Just take ur time and progressing. Slowly and steady ok?

- Btw can we meet? Saya rasa kita patut discuss semula. Can you make it? Maybe on weekend?

- Oh ya, don't sleep too late cik Dina. Good night and sweet dreams :)

Dejavu. Irdina termangu-mangu.

Cik Dina.. saya.. oh tolonglah katakan yang dia sedang bermimpi.. lagi.

Dia membiarkan pesanan itu tanpa balasan. Masih lagi merasa janggal.

Sincerely, Lelaki Dari MimpiWhere stories live. Discover now