> 10 ; Wake me up

244 37 0
                                    

Hari hari berlalu seperti biasa, mimpi si lelaki berbaju hijau? Tak ada, mungkin hanya mainan mimpi sahaja. Aku mengeluh. Penat, terlampau penat walaupun sebenarnya aku tak adalah buat apa-apa pun.

Aku hanya ingin memetik bintang di langit
Si dia yang paling terang
Yang paling menyerlah
Dan yang paling menarik hati ini
Bagai kutub magnet berlainan paksi

Aku hanya ingin terus berangan
Bagai diawang-awangan
Bersama dia
Disuluh mentari dan sinar bahagia
Hanya dia
Dan aku
Bersama.

Aku hanya ingin terus bermimpi
Bertemankan suara lunak dan manja
Usikan tawa
Berbual mesra
Belaian kasihnya
Hanya dia.

Tapi,
Mengapa perlu teruskan angan-angan ini?
Mengapa perlu terus memetik bintang tertinggi?
Mengapa perlu terus menanti si dia yang tidak pasti?
Mengapa perlu terus menyakiti hati sendiri?

Tak perlulah terbang ke langit tertinggi.
Kembalilah dan berpijak pada bumi.
Mungkin tetapan Sang Ilahi ada yang menanti.
Di sini.

Aku mengesat air mata. Buku yang dipenuhi quotes dan poetry itu ditutup.

" Tak Dina, dia hanya mainan mimpi. Bangun Dina, dah sampai masanya kau bangun dari mimpi tu. "

Entah kenapa bangun sahaja daripada tidur pagi ini, hati aku bagai diserang sesuatu. Rasa sakit bagai ditikam sesuatu, aku sendiri tak tahu yang pastinya ada kaitan dengan mimpi malam tadi. Tak, aku tak bermimpi lelaki itu. Tak langsung.

Bukan hanya malam tadi, malah sudah berhari-hari aku tak mimpikan dia. Aku tak tahu, tapi pagi ini hati bagai sedang sarat menahan rindu. Bodoh ke apa aku nak rindukan orang dalam mimpi ini? Aku tak nampak muka dia, dia tak wujud jadi macam mana pula aku boleh beria rindukan dia?

Kau dah hilang akal lah Dina! Lama sangat hidup single macam ni lah! Lelaki dalam mimpi pun nak admire! Gila!

Sebenarnya, aku rasa.. aku dah fall in love dengan dia.. dia si lelaki dari mimpi..

Sincerely, Lelaki Dari MimpiWhere stories live. Discover now