bab 29

2 0 0
                                    

Moonbin pov.

"Lama betul sinb ni bersiap." aku mula merungut sambil membetulkan rambut.

Lima belas minit menunggu akhirnya kelibat sinb keluar.

Aku memerhati sinb yang masuk kedalam kereta bahagian penumpang di sebelahku.

"kenapa lambat sangat ni?" soal moonbin.

"aku tak sedap badan la pagi ni" balasnya.

Aku meletakkan tangan ku ke dahi sinb.

"panas ni. Kau nak pergi sekolah jugak ke?" soal ku ingin kepastian.

Sinb hanya mengangguk sebagai jawapan. Kemudian sinb menyandarkan dirinya dan melelapkan mata untuk mendapatkan sedikit  rehat.

Aku menggeleng melihat sinb lalu mencapai hoodie yang terletak di seat belakang lalu menyelimutkan sinb.

Mata sinb terbuka lalu memandang ku.

"pakai hoodie aku dulu sejuk ni." kataku membalas pandangan sinb.

Tanpa disuruh bnyak kali sinb menyarung hoodie dark blue milik moonbin.

"selesanya."kata sinb kemudian berpeluk tubuh.

Aku mengusap kepala sinb perlahan sebelum menggerakkan kereta ke sekolah.

Skip

Aku menggoncang tubuh sinb perlahan. "sinb ah.. Ireona dah sampai ni"

Sinb membuka mata perlahan lahan kemudian mengeliat kecil.

"jom. Kita dah sampai" ajakku lalu mencapai beg sinb.

"biar aku bawak beg kau." pelawaku.

Sinb hanya mengangguk. Kami jalan beriringan naik ke kelas.

Aku masuk kelas berseorangan kerana sinb ingin ketandas.

Aku segera meletakkan beg sinb di tempatnya lalu kembali ke tempatku semula.

"mana sinb? Aku nak pulang buku dia" soal jungkook sambil memegang buku nota sains milik sinb.

"dia pergi tandas sekejap. Nanti dia masuk." balasku kemudian menghantar jungkook ke tempatnya dengan mata.

Aku memerhati pergerakkan sinb masuk ke dlam kelas. Tanpa membuang masa aku segera bangun menuju kearah sinb.

"okey tak?" soal ku

Sinb hanya mengangguk.

Aku memegang kedua dua belah muka sinb lalu melihat bibirnya yang sedikit mengelupas.

"pakai lipbalm tak ni?" soal ku lagi.

"tak sempat." balas sinb lemah.

Aku segera mengeluarkan lipbalm sinb yang sentiasa berada dipoket. Aku menarik kerusi lalu melabuhkan punggung.

"pandang aku." arah ku.

Sinb hanya mematuhi arahan.

Aku mengoleskan sedikit lipbalm pada bibir sinb. "dah siap."

Sebelum kembali ke tempat aku meletakkan tanganku didahi sinb  lalu menghulur setablet panadol.

"tak larat sangat nanti pergi bilik rawatan." kataku kemudian berlalu.

End moonbin pov

Tepat pukul 7 pagi kereta jhope sudah meluncur masuk ke kawasan skolah.

Dia segera memilih parking lalu pergi ke kelas.

15 minit didalam kelas tubuh moonbin muncul dengan mengendong 2 beg.

Jhope tidak mengendahkan moonbin yang masuk lalu fokus pada bukunya semula.

jimin menghampiri jhope lalu membisikkan sesuatu ditelinganya.

Jungkook yang kebetulan lalu disitu menyampuk.

"mana ada dorang couple. Moonbin dengan sinb tukan dah berkawan dengan sinb bertahun. Moonbin pun dah ada yeoja dia sendiri. Dia cuma anggap sinb tu macm adik dia je." jelas jungkook kepada jimin.

"kenapa moonbin bagi sinb pakai hoodie dia? Kenapa moonbin pakaikan lipbalm kat sinb? Kenapa moonbin bawa beg sinb." soal jimin bertubi tubi.

"sinb sejuk. Bibir sinb kering. Sinb sakit." balas jungkook sekaligus menjawab ketiga tiga soalan.

Jimin hanya mengangguk faham lalu menyenggol lengan jhope.

"apa kau nak?" soal jhope dingin.

"ada chan la ni" balas jimin.

Jhope menroll kan matanya.

Skip

Loceng waktu rehat berbunyi membingitkan telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Jhope tidak terasa hendak ke kantin dia segera menyusun langkah ke taman yang terletak berhampiran padang sekolah.

Dari jauh dia sudah melihat tubuh seorang yang sangat dikenalinya tapi malangnya tubuh tersebut mula terkulai jatuh ke tanah.

Jhope segera berlari kearah wanita itu.

"eunbi.." panggil jhope menggoncang tubuh sinb.

[Who's Your Lover]✨JUNGHOSEOK✨Where stories live. Discover now