Y/N bersiap untuk pergi membeli barang keperluan dapur. Selepas dia bersiap, singgah ke dapur sebentar untuk minum air. Semasa dia sedang asyik meneguk, dia teringat tentang kek beras yang diberi jiran barunya itu yang bernama Jisung.
Dia memandang kek beras yang pastinya sudah basi kerana tidak disimpan dengan betul. Buang. Itu yang dilakukan Y/N.
Dia pergi memakai kasut, dan keluar.
Sebaik sahaja dia keluar, Jisung juga keluar.
"Selamat pagi!!" Ucap Jisung.
Y/N menunduk hormat dan terus beredar.
"Tungguuuuu!!!" Jerit Jisung membuatkan Y/N berhenti dan memusingkan badannya.
"Huh...awak nak pergi mana?" Tanya Jisung.
"Supermarket." Jawab sepatah
Y/N"Ouhhh...kalau macam tu saya nak ikut boleh? Sebab saya pun nak tahu kat mana Supermarket yang dekat kat sini" kata Jisung sambil tersenyum lebar.
Y/N hanya mengangguk dan mula berjalan diikuti Jisung yang terkejut dengan pergerakan tiba-tiba Y/N.
Dalam perjalanan ke sana, Jisung banyak bertanya. Dalam hati Y/N, inilah kali pertama dia banyak bercakap walaupun hanya sepatah dua kata saja yang dikeluarkan.
Sampai di Supermarket, mereka berdua disapa oleh cashier.
"Oh! Y/N...kamu datang dengan kawan hari niii" kata cashier yang sudah berumur itu.
Y/N hanya mengangguk manakala Jisung pula riang menyapa cashier itu.
Y/N mula mencari barang yang dia perlukan , Jisung pula hanya mengikut Y/N dari belakang.
Selepas beberapa minit, Y/N siap membeli barang. Mereka berdua keluar dari Supermarket tersebut.
"Ok lah...terima kasih sebab tolong saya...kita berpisah disini dulu ya...bYeee" kata Jisung dan pergi ke arah yang bertentangan.
Y/N hanya memandang Jisung pergi dan pulang ke rumah.
YOU ARE READING
(Hiatus) Knock My Door~𝐒𝐊𝐙 𝐉𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠~
FanfictionWe will be together, just wait. I will knock you door. Start: February 4 2021