5 bulan yang lepas...
Populariti Han makin melonjak selepas debut sebagai seorang rapper. Han bangga dengan pencapaian nya. Tapi kegembiraan itu mula bertukar kepada mimpi ngeri.
Han mempunyai seorang peminat. Dia (peminat) menyokong Han dari awal karier Han sehingga lah Han mula dikenali. Pada awalnya, Han amat menghargai sokongan dia. Setiap kali konsert,fan sign semua lah! Dia akan datang.
Nama yang diberitahu pada Han ialah Lin. Han pasti akan mengecam dia setiap kali ada apa-apa acara yang ada. Han memandang Lin sebagai penyokong yang setia. Tapi pada Lin, Han lebih pada itu.
Ada pada satu acara fan sign, Lin memberi nombor telefon pada Han. Semasa Han diberi nombor tersebut, Han hanya membalas nya dengan ketawa.
"Kenapa awak ketawa?" Tanya Lin.
"Hahaha...saya cuma tak sangka awak bagi saya nombor awak." Kata Han.
"Ahahah....saya serius bagi awak nombor ni." Kata Lin dengan tone suara yang serius.
Han hanya tersenyum janggal.
Bodyguard Han yang sudah membaca keadaan di situ meminta Lin untuk beredar memberi peminat yang lain pula masa bersama Han.
"Saya perhatikan awak."
Itulah kata-kata terakhir Lin yang diberi pada Han.
Han hanya tidak mengendahkan pesanan itu kerana dia fikir itu hanyalah sebuah jenaka. Sehingga lah...
1 minggu selepas fan sign itu,
Han mula mengemas barang nya di studio untuk pulang ke apartment nya. Semasa sedang mengemas, telefon nya menyala menandakan ada notifikasi.
Han memeriksa mesej yang baru sampai itu.
=Kenapa awak tak mesej saya?
=Nak saya mesej awak dulu eh?
=Mesti awak malu nak mesej
saya kan? 😂☺️
= Tak apa, saya dah mesej awak
jadi jangan lah malu lagi😚Han tergamam dengan apa yang dibaca nya itu. Han terus memblock (faham ii lah ya) nombor tersebut. Dia keluar dari studio nya dan menuju ke van nya.
Han memberi tahu perkara tersebut pada manajer nya.
Keesokan harinya, Han bangun dari tidur. Perkara pertama yang dia buat ialah melihat mesej.
Han terus duduk tegak selepas melihat apa yang ada pada kotak mesej nya itu.
=Kenapa awak block saya?
=Awak buat hati saya sakit.Jantung mula berdegup kencang.
Tiba-tiba ada gambar di hantar. Han membukanya dan....
= Mana satu unit awak eh?
Han tergamam dengan apa yang dia baru lihat ini. Han bangun dari katilnya dan pergi mengintai di luar. Tiada sesiapa.
Satu lagi mesej sampai.
=Kalau saya ada masa, saya datang.
Han terus block nombor tersebut.
Tamat.
YOU ARE READING
(Hiatus) Knock My Door~𝐒𝐊𝐙 𝐉𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠~
FanfictionWe will be together, just wait. I will knock you door. Start: February 4 2021