Y/N bersiap untuk pergi ke cafe.
Keluar dari apartment, Y/N bertembung dengan seorang perempuan yang agak mencurigakan.Y/N mula berjalan melintasi perempuan tersebut tapi dipanggil pula...
"Emm...tumpang tanya.." panggil perempuan tersebut.
Y/N berhenti dan menoleh ke arah perempuan tersebut.
"Emm...cik kenal tak Han Jisung?" Tanya dia.
"Tak." Jawab Y/N
"Emm...boleh saya tanya siapa yang tinggal dekat depan rumah cik ni?" Tanya dia lagi.
"Tak.." jawab Y/N
Tanpa membuang masa Y/N beredar dari situ.
Sampai di Cafe.
Y/N masih teringat tentang perempuan tadi.
"Hmm....kenapa dia tanya pasal Han eh?" Tanya Y/N pada diri sendiri.
Sasaeng?
Y/N teringat tentang satu artikel yang penuh dengan laporan terhadap peminat yang menceroboh privasi artis.
"Takkan lah...mesti Han tahu kan. Biarlah..." Kata Y/N meneruskan kerjanya.
Masa berlalu. Y/N menyiapkan kerja terakhir nya dan bersedia untuk pulang.
Tapi tak sangka pula hari makin senja. Selalunya Y/N akan balik sebelum senja tapi hari ni lain pula ceritanya.
Pak cik nya meminta Y/N untuk menjadi orang yang terakhir untuk menutup kedai, selalunya Pak cik nya yang akan menutup kedai tetapi hari ni ada urusan yang tidak dapat dielakkan jadi dia meminta Y/N melakukannya.
Siap semua, Y/N berjalan ke perhentian bas.
Semasa menunggu Y/N melihat artikel tentang 'sasaeng'.
Bagi Y/N semua yang dibaca tentang 'sasaeng' memang menyeramkan.
Bas sampai.
Skip!
Sampai di perhentian bas yang berdekatan dengan apartment. Turun dari bas dan mula berjalan ke apartment.
Sampai di depan apartment, perempuan tadi masih ada. Y/N memerhati gerak geri perempuan itu.
Y/N menaiki tangga, dia perasan yang dia diikuti perempuan tersebut. Y/N melajukan langkahnya. Y/N menekan pad kunci nya. Masa tu jugak lah Han nak keluar dari rumahnya. Mata Y/N terus terbeliak.
"Oh! Hey Y/-"
Y/N cepat-cepat menutup mulut Han dan menariknya masuk ke dalam rumah.
"Wae? W-wae???" Tanya Han panik dengan kelakuan Y/N.
"Awak....Han Jisung, Rapper J.ONE tu kan?"
YOU ARE READING
(Hiatus) Knock My Door~𝐒𝐊𝐙 𝐉𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠~
FanficWe will be together, just wait. I will knock you door. Start: February 4 2021