Episode 1

24 2 1
                                    

"Selamat datang!!!" Kata pekerja cafe tersebut.

Cafe. Tempat bekerja Y/N , dan cafe itu juga kepunyaan pakcik nya.

Y/N yang asyik mengelap meja dipanggil oleh pakciknya.

"Nah...kamu ambil ni. Pergilah shopping ke apa ke...umur macam kamu ni patutnya buat perkara macam tu...bukannya bekerja..Tak pe lah, kalau kamu tak nak buat macam tu..balik rumah rehat...ok?" Nasihat pakciknya.

Y/N hanya menunduk hormat dan pergi menukar baju.

Selepas menukar baju, Y/N keluar dari cafe dan mula berjalan ke rumah.

Dalam perjalanan ke rumah, Y/N melintasi taman permainan.

"How can they be so happy?" Tanya Y/N dalam hatinya.

Dia berdiri di situ melihat kanak-kanak bermain di situ. Y/N betul-betul lupa bagaimana nak beegembira seperti dulu. Dia begitu terdesak untuk wujudkan balik semua itu tapi...tetap tak berjaya.

Dia mengeluh dan teruskan perjalanan pulang ke rumah.

Y/N tinggal di apartment, dia lebih suka bersendirian walaupun makciknya memujuknya untuk tinggal bersama tapi dia sentiasa menolak. Sejurus saja umur mencecah 18, dia terus meminta izin untuk berpindah keluar, apartment nya pun disewa melalui duit simpanannya.

Sampai di apartment nya. Didepan unitnya penuh dengan kotak, membuatkan dia tertanya-tanya.

Dia berjalan mendekati ke semua kotak itu, dan mengalih beberapa kotak untuk membuka pintu unitnya.

Semasa dia sedang mengalih, seseorang menegurnya

"Maaf....emm, saya nak minta maaf kalau kotak ini menyusahkan awak...saya tak tahu pula ade orang akan datang" kata lelaki yang risau dengan kotak yang sedang Y/N alihkan itu.

Y/N hanya mendiamkan diri, memandang lelaki itu kosong.

"Emm..nama saya Jisung..Han Jisung, awak?" Tanya dia janggal.

"Y/N."

Selepas memperkenalkan dirinya, Y/N terus menunduk hormat dan teruskan mengalih kotak itu.

(Hiatus) Knock My Door~𝐒𝐊𝐙 𝐉𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠~Where stories live. Discover now