Episode 14

15 3 3
                                    

Selepas mendengar cerita tersebut Y/N hanya dapat diamkan diri. Dia tidak tahu apa yang patut dia respon.

Sunyi tiada apa-apa bunyi.

Han bersuara.

"Saya balik dulu..." Kata Han bangun dari sofa.

Y/N hanya memandang Han bangun dari sofa.

Han keluar dari rumah Y/N dan kembali ke rumahnya.

Y/N tidak sangka apa yang sedang berlaku pada Han. Jauh di lubuk hatinya ada, satu perasaan yang membuatkan dia mahu tolong.

Keesokan harinya,

Hari ini Y/N kena gantikan tempat salah satu pekerja waktu pagi, jadi dia terima.

Selepas memeriksa barang yang kemungkinan tertinggal, Y/N keluar dari rumah di sapa oleh Han yang nampak ceria dari semalam.

Y/N memberanikan diri.

"Awak ok?" Tanya Y/N

"Ok..saya ok je. Awak nak pergi pasar raya ke?" Tanya Han pula.

"Tak. Saya nak pergi kerja." Jawab Y/N

"Ouh..kalau macam tu boleh saya ikut? Lagipun pagi-pagi ni saya rasa macam nak minum americano!" Kata Han sambil tersenyum.

Y/N pelik macam mana dia boleh tersenyum dengan keadaan sekarang ni.

Y/N mula berjalan. Han ikut dari belakang seperti budak-budak.

Sampai di Cafe.

"Wahh...cantik jugak cafe ni" kata Han matanya melilau ke seluruh pelusuk cafe.

Y/N memandang Han buat kali terakhir dan pergi menukar pakaian nya.

Han pula pergi membuat pesanan terlebih dahulu sebelum mencari tempat untuk duduk.

Y/N keluar dari bilik persalinan dan mula membuat kerja.

Pesanan Han sampai di mejanya. Han perlahan-lahan menikmati Americano nya itu sambil diam-diam memerhati Y/N.

Hampir beberapa jam, Han duduk di situ masih tidak lagi beredar.

Han P.O.V

"neomu yeppeuda." Kata saya tidak sedar.

Pak!

Saya menampar pipi.

"Apa ni?? Kenapa tiba-tiba ni!!" Kata saya dengan diri sendiri.

Saya sambung memandang Y/N. How can I fall in love with someone who is barely want to talk with me?

Kejadian semalam memberi impak besar pada saya. Macam ada sesuatu yang membuatkan saya....saya...

Aduhh...susah lah nak cakap. Kata-kata tak dapat terangkan apa yang saya nak luahkan ni.

"Awak dah berpunya?"

Saya terdengar seperti suara 'buaya'. Saya mencari arah suara tersebut dan berhenti pada Y/N yang sedang mengemas meja seorang pelanggan lelaki.

Mata saya terbeliak. What is he doing!!!???

Saya mula mencuri dengar.

"Heyy...jawablahh jangan jual mahal.." kata dia lagi.

Saya berpura-pura seperti mahu muntah selepas mendengar ayatnya itu.

Y/N masih mendiamkan diri terus membuat kerjanya.

Saya melihat tangan lelaki itu seperti mahu memegang bahagian belakang Y/N.

Saya bangun dari tempat duduk dan meluru ke Y/N

"Mwohanya?!! (Awak buat apa) " kata saya sambil menahan tangan lelaki tersebut.

(Hiatus) Knock My Door~𝐒𝐊𝐙 𝐉𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠~Where stories live. Discover now