𝙋𝙧𝙤𝙡𝙤𝙜𝙪𝙚

38 5 1
                                    

"Y/N apa awak rasa sekarang ni?"

"Tak rasa apa-apa...."

"Awak masih teringat akan kejadian yang lalu?"

Jantung Y/N mula berdegup kencang.

"Berhenti! Saya tak nak ada kaitan lagi dengan benda tu!!"

Y/N bangun dari kerusi dan keluar dari bilik itu. Dahinya mula dibasahi dengan peluh.

12 tahun yang lalu....

Bunyi kaca pecah mengejutkan Y/N dari tidur nya. Dia perlahan-lahan turun dari katilnya dan keluar dari bilik.

Suara ibu bapanya yang menjerit antara satu sama lain menakutkan Y/N. Dia menyorok dibelakang pintu biliknya dan menutup telinga nya. Tangisannya makin deras. Tidak lama kemudian, keadaan tiba-tiba sunyi. Hanya bunyi pintu depan rumah nya yang berbunyi.

Y/N keluar dari tempat soroknya dan turun ke bawah.
Dia melihat pintu rumahnya terbuka luas, tetapi apa yang lebih mengejutkan Y/N, ditombol pintu terdapat kesan darah. Y/N mula ketakutan. Dia menunduk ke bawah, ada kesan darah. Dengan mengikut kesan darah tersebut dia berhenti.

Badannya mula bergetar, degupan jantung semakin laju seperti jantung nya boleh tercabut pada bila-bila masa sahaja, dia terkejut dengan apa yang berada di depan matanya sekarang.

Ibunya yang terbaring disitu berlumuran darah, Y/N mula menjerit ketakutan.Jeritannya membuatkan, jiran berdekatan terjaga. Y/N menangis sekuat hati, mengharapkan seseorang menolong.

Tidak lama kemudian, salah seorang jirannya datang ke rumah. Jirannya pelik dengan keadaan rumah Y/N dengan pintu depan yang terbuka luas. Terlalu risau dengan apa yang dia dengari tadi, dia pun masuk berhati-hati.

Jirannya berjalan lurus, sehingga terjumpa Y/N yang menangis ditepi ibunya yang sudah lagi tidak bernyawa.

Jirannya terus membawa Y/N keluar dari rumah tersebut dan terus menelefon polis.

Selepas menelofan polis, beberapa minit kemudian mereka pun sampai. Ambulans juga datang ke situ. Y/N diperiksa untuk sebarang kecederaan tetapi tiada. Y/N pula, melihat dari jauh mayat ibunya dibawa pergi oleh polis yang bertugas.

Sejak dari kejadian itu, Y/N dijaga oleh makcik dan pakcik nya.

(Hiatus) Knock My Door~𝐒𝐊𝐙 𝐉𝐢𝐬𝐮𝐧𝐠~Where stories live. Discover now