Bab 4 : Misi untuk lari. TERBATAL!

82 31 20
                                    

Hari begitu cerah dan Banchie membawa Itto berjalan-jalan di luar rumah Boku. Rumah kabin milik Boku ini begitu besar dan mewah. Mengalahkan resort 5 bintang.

Terlopong mulut Itto melihat suasana yang cukup indah di tengah-tengah hutan belantara itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terlopong mulut Itto melihat suasana yang cukup indah di tengah-tengah hutan belantara itu.

Itto : "Besarnya rumah ini."

Banchie : "Tuan pewaris tunggal keluarganya. Jadi tidak hairanlah dia mampu membina rumah sebesar ini."

Itto : "Tapi rumah ini terlalu besarlah."

Banchie : "Yup. Rumah ini tuan yang binanya sendiri."

Bertambah terkejut Itto mendengar kenyataan Banchie.

Itto : "Kamu tidak bergurau bukan?"

Banchie : "Tidak. Saya sendiri yang melihatnya."

Itto : "Berapa tahun kau orang ambil masa untuk membina rumah ini? "

Banchie : "Lebih kurang lima tahun?"

Itto : "Seriously? Agak pantas juga untuk seorang lelaki membina rumah sebesar ini."

Banchie : "Sebab itulah tuan sangat kuat orangnya. Setakat tiga guni beras, itu benda biasa baginya."

Itto terus membisu.

Banchie : "Kita orang berdua dulu tinggal di atas pokok sahaja."

Itto memandang pelik ke arah Banchie. Lantas Banchie menarik tangan Itto terus ke arah sepohon Pokok Ara yang sangat besar.

Banchie : "Ini rumah lama kita orang."

Itto dengan perlahan memegang Pokok Ara tersebut.

Itto : "Aku akui yang dia sudah menjaga kau dengan sangat baik."

Banchie : "Ihihih.... Jadi Kak Itto ubah fikiran untuk menjadi girlfriend tuan?"

Riak wajah Itto terus berubah sebaik sahaja Banchie menukar topik perbualan mereka.

Itto : "Tak. Dia masih lagi seorang penjenayah. Kamu tahu sudah berapa ramai manusia dekat luar sana yang menderita disebabkan oleh dia?"

Banchie : "Alaa...."

Itto hanya membisu. Dia masih dengan pendiriannya untuk tidak menjalinkan apa-apa hubungan istimewa dengan Boku. He's dangerous.

Tidak lama kemudian, Banchie membawa Itto berjalan-jalan di dalam rumah mereka yang setinggi tiga tingkat itu.

Banchie : "Maaflah. Tingkat tiga ini agak berhabuk sebab saya jarang naik ke sini. Tuan sahaja yang rajin naik ke sini."

Itto : "Dia buat apa selalunya dekat sini?"

Tiba-tiba Itto terbatuk-batuk menghirup asap yang begitu berbisa.

Itto : "Asap apa ini? *Koff!"

Mr Wolf & his Cinderella©Where stories live. Discover now