Bab 11 : Perang dingin

62 23 27
                                    

Boku : "Kau cantik dan baik orangnya. Jadi gunakan segala kecantikan dan kebaikan kau pada jalan yang sepatutnya."

Kata-kata yang begitu dalam maknanya oleh Boku itu telah membuatkan Itto angau seharian. Sehinggakan di dalam bilik air pun dia boleh berangan di dalam tab mandi. Namun begitu satu kejutan menantinya.

'Pak!'

Pintu bilik mandi tersebut terbuka dengan luasnya. Terkejut si Itto yang khusyuk mengelamun daripada tadi.

Itto : "Kya! Keluar daripada sini!"

Boku : "Cakap orang. Dia pun sama sahaja tidak kunci pintu ketika mandi. Kau ingat dengan cara begini kau boleh menggoda aku ke?"

Itto : "Aku cakap keluar daripada sini!"

Itto menyorokkan dirinya di dalam tab mandi dan hanya menjengah sedikit kepalanya ke arah pintu di mana Boku sedang berdiri.

Boku : "Aku nak ambil sesuatulah. Kau duduk sahajalah di dalam tab itu. Aku tak akan ke sana."

Itto terus kembali mematikan dirinya di dalam tab mandi yang kini dipenuhi dengan air berbuih sabun. Kedengaran bunyi tapak kaki Boku menuju ke arah singki bilik mandi yang bertentangan dengan tab mandi.

Itto hanya membisu tanpa sebarang suara. Sehinggalah telinganya mengecam satu bunyi ini.

'Ktik!'

Seakan dia cukup mengenali bunyi itu. Tidak lama kemudian, barulah Itto bertindak.

Itto : "Hei! Itu bukan ke bunyi...."

Malangnya sudah terlambat. Boku sudah tiada di dalam bilik mandi itu.

Itto : "Aku kenal sangat bunyi itu. Itu bunyi loaded gun! Dia nak buat apa isi peluru pistol itu? Aku kena menghalang dia cepat sebelum terlambat!"

Itto kelam-kabut bersiap untuk mengejar jejak bayang Boku. Larian kencangnya terhalang dengan suara teguran Banchie yang begitu hairan melihatnya.

Banchie : "Kak Itto? Kenapa ini?"

Itto : "Kamu ada nampak Boku tak?"

Banchie : "Tuan? Dia baru sahaja keluar tadi."

Itto : "Tak guna! Dia mesti ke bandar ini. Apa yang aku patut buat sekarang ini?"

Reaksi Itto bertambah panik apabila mendapati Boku sudah pun terlepas ke bandar. Tidak lama kemudian, satu bunyi memecahkan suasana hening itu.

'Bang!'

Kedengaran bunyi tembakan di belakang rumah tersebut.

Itto : "Ha!"

Itto bingkas berlari ke belakang rumah itu. Tekaan Itto tidak tepat sama sekali. Boku sedang berlatih tembakannya di belakang rumah. Itto segera menepuk dada yang risau daripada tadi. Bersyukur sangat bahawa Boku tidak melakukan apa-apa tindakan yang bodoh kali ini.

Itto : "Hoi, jantan dayus!"

Boku terus memandang ke arah Itto yang terkedek-kedek berjalan ke arahnya.

Boku : "Apa dia kau ini?"

Itto : "Aku ingatkan kau ke bandar buat kecoh tadi. Aku baru nak menangkap kau."

Boku : "Aku ini tak adalah sebodoh itu nak ke bandar dalam keadaan aku begini. Memang alamatnya in a second pihak polis akan menahan aku."

Itto : "Jadi kau tengah buat apa? Sengaja nak menarik perhatian orang ke?"

Boku : "Kawasan ini mana ada orang. Orang tidak berani nak masuk ke sini.

Mr Wolf & his Cinderella©Where stories live. Discover now