Bab 12 : Kisah lampau

60 26 37
                                    

Itto : "Tinggal bendera untuk istana ini dan... siap!"

Ianya Itto ketika usianya lima tahun. Dia sedang seronok membina istana pasir di petak pasir di sebuah taman permainan.

Itto : "Wah.... Cantiknya istana pasir ini."

Baru sahaja Itto hendak meraikan kejayaan istana pasirnya, adanya seseorang mengancamnya.

'Pssk!'

Istana itu telah pun di sepak oleh dua orang kanak-kanak lelaki yang hampir sebayanya.

"Eee, buruk betullah istana awak ini."

Lantas meneruskan kegiatan memusnahkan istana pasir Itto itu.

Itto : "Eh? Janganlah! Apa yang awak buat ini?"

Kanak-kanak lelaki itu tidak mengendahkan amaran daripada Itto dan meneruskan sesi perobohan istana itu. Itto memeluk kaki lelaki itu untuk menghentikan tindakan mereka. Namun dengan dia-dia sekali di sepak oleh mereka.

"Eh? Apa awak ini peluk-peluk kaki orang? Nak kena saman dengan papa kita orang ke?"

Itto : "Tolong.... Jangan musnahkan istana pasir saya ini."

Air mata mula jatuh berjurai ke pipi Itto. Bertambah kuat kedua-dua orang budak lelaki itu mengejeknya.

"Ahahah.... Ciwek menangis. Budak ciwek...."

Berpusu-pusu kedua-dua orang budak lelaki itu mengejek Itto yang serba tidak berdaya. Tiba-tiba kedengaran suara keempat menyampuk perbualan mereka.

"Hoi! Apa yang kau orang buat dekat budak perempuan itu?"

Ianya seorang kanak-kanak lelaki lebih kurang sebaya mereka semua menghampiri mereka.

"Bagaimana kau boleh ada di sini haa?"

Soal budak lelaki yang sedang seronok membuli Itto daripada tadi. Tanpa menjawab persoalan tersebut, budak lelaki yang baru sahaja tiba di situ terus bingkas membantu Itto yang terduduk di atas tanah.

"Awak tak apa-apa?"

Itto : "T... Tak. Saya okey. N... nama awak siapa?"

Aioi : "Aioi. Nama saya Aioi-?"

Belum sempat untuk Aioi menyebut nama panjangnya, dua orang kanak-kanak lelaki tadi segera mengheretnya.

"Awam ke sini! Berani awak mengabaikan kita orang!"

Dengan segera Aioi di bawa pergi oleh mereka. Itto hanya memerhatikan Aioi yang di heret kasar oleh mereka berdua pergi daripada situ.

Itto : "Ai...oi...."

🌸🌸🌸

Itto : "Hmm...."

Itto terjaga daripada mimpinya seketika tadi.

Itto : "Mimpi ini...."

Itto dengan perlahan bangkit daripada baringnya.

Itto : "Aioi.... Dialah budak lelaki yang selalu tolong aku dulu. Tapi setiap kali dia menolong aku, dia mesti akan terkena teruk dengan budak-budak itu. Kenapa aku tiba-tiba sahaja termimpikan semua ini? Aku cuma teringin nak berjumpa dengan dia. Ke mana agaknya dia menghilang ya?"

Itto terus mengorak langkah ke bilik air mencuba untuk menenangkan fikiran.

Adakah masih wujudnya kanak-kanak bernama Aioi yang sentiasa membantu Itto 12 tahun yang lepas?

Mr Wolf & his Cinderella©Where stories live. Discover now