Bab 16 : Rahsia yang tersemat

51 11 0
                                    

Itto : "Baiklah, Encik Aioi. Bagitahu saya kali terakhir encik nampak mak encik?"

Itto yang dalam mood wartawannnya sedang menemuramah Boku di ruang legar rumahnya.

Wajah jelek hanya ditayangkan Boku tika itu. Seraya telapak tangannya diletakkan pada dahi Itto. Aneh Itto dengan tindakan spontan Boku tika itu.

Boku : "Kau demam ke apa ini?"

Pertanyaan Boku langsung tidak membantu Itto. Bahkan membarakan jiwa raganya.

Itto : "Aku serius ini!"

Boku : "Satu lagi, aku bagi amaran. Kau jangan nak panggil-panggil aku dengan nama Aioi."

Itto : "K... kenapa pula? Itu sememangnya nama kau kan?"

Boku : "Kau dengar sini ya? Jikalau adanya kerabat aku tahu aku ini Aioi, naya aku selepas ini."

Wajah Boku begitu tegas mengalahkan seekor singa yang sedang merenung mangsanya. Namun wajah tertanya Itto kian mengatasi ketegasan Boku.

Itto : "Adakah ini termasuk dengan Banchie?"

Boku : "Ya. Jangan bagitahu dia apa-apa pun mengenai ini."

Itto mulai membisu seketika. Kepalanya mula memikirkan adanya sesuatu yang begitu besar disorokkan oleh Boku mengenai dirinya.

Itto : "Kenapa dengan kerabat kau sebenarnya ya?"

Boku : "Eh, kau ini banyak tanya pula. Kau fikir aku ini kaunter khidmat pelanggan ke?"

Itto : "Aku tanya sebab aku mahukan kepastian."

Langsung Boku membisu di tempat dia berada. Sebatang rokok dibakarnya seperti kebiasaan. Itto kini dibiarkan tergantung sepi tanpa jawapan daripada Boku.

Itto : "Hei? Jawablah persoalan aku ini!"

Boku : "Kau lupakan sahajalah hasrat kau itu, Itto. Ke kau nak balik rumah kau sebenarnya?"

Itto : "Aku tak nak balik! Tak nak selagi aku tak selesaikan kes kau itu!"

Suara Itto ditinggikan hingga ke tahap tertinggi. Dirasakan bergetar gegendang telinga Boku di situ. Silap-silap hari bulan dia mungkin akan kehilangan deria pendengarannya.

Boku : "Ahh.... Telinga aku...."

Itto : "Kalau kau tak faham lagi apa yang aku cakap ini, aku tak tahulah."

Boku : "Kau nak selesaikan macam mana kes ini?"

Sebaik sahaja Boku bertanyakan soalan demikian, Itto kian terpaku. Namun begitu dia enggan mengalah.

Itto : "Adalah caranya."

Boku : "Tch, kau sendiri tak tahu nak mula dari mana kes ini kan? Itu yang aku cakap. Lupakan sahaja. Kau teruskan dengan urusan kau, aku teruskan dengan urusan aku."

Nafas hela dilepaskan oleh Boku setelah dia berleter panjang kepada Itto. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan Itto di saat itu. Pelbagai cara telah di buat untuk memujuk Boku namun dia tetap enggan.

Itto : "Bagus! Duduklah kau dekat sini. Suatu hari nanti kalau kau mati, tak akan ada sesiapa yang akan ingat kau. Kau akan terkubur tanpa orang sedar sepertimana mak kau dulu!"

Terlihat sedikit perubahan pada wajah Boku apabila Itto mengungkapkan kata-kata itu. Namun Boku langsung tidak bersuara bahkan dia memalingkan wajahnya daripada Itto.

Lalu Itto mengorak langkah meninggalkan Boku sendiri di balkoni. Hilang sahaja bayang Itto, Boku menghempas kerusi yang didudukinya deras ke lantai. Tangannya sedikit menggigil setelah berbuat demikian.

Mr Wolf & his Cinderella©Where stories live. Discover now