Bab 8 : Blackout

70 28 28
                                    

Itto : "Sejuknya...."

Banchie : "Kak Itto sudah bangun?"

Banchie yang sedang meletakkan kain lembap pada dahi Itto terus membutangkan matanya.

Itto : "Apa yang sudah berlaku?"

Banchie : "Kakak demam. Tadi pun kakak pengsan.

Itto : "Siapa yang bawa saya ke sini?"

Tiba-tiba satu suara yang kurang menyenangkan menyapanya.

Boku : "Aku syak kau ini mesti kerja dulu menguruskan pesakit mental. Kalau beruk yang angkat kau, tak adanya kau sampai ke sini."

Itto : "Kaulah itu beruknya."

Dahi Boku yang licin daripada tadi terus berlipat apabila mendengar kata-kata Itto. Maka bergoleklah datang rancangan jahat Boku.

Boku : "Ah, Banchie. Tolong kukuskan pau. Perut aku tiba-tiba laparlah."

Itto : "Eh?"

Banchie : "Okey, tuan."

Banchie mengorak langkah keluar daripada bilik Itto. Itto hanya menggunakan isyarat tangan untuk menghentikan gerak geri Banchie. Namun Banchie tidak perasan akan isyarat tangan Itto itu.

Hilang sahaja bayang Banchie, senyuman senget terukir pada bibir Boku. Pintu bilik itu di tutup rapat lalu dikuncinya. Itto mulai rasa tidak sedap hati dengan gerak geri Boku itu.

Itto : "Apa yang kau nak buat dekat aku?"

Boku : "Akhirnya, aku nak balas dendam!"

Itto : "Wargh! Pergi berambus kau daripada sini!"

Dengan pantas Itto melemparkan segala benda yang berada disekitarnya ke arah Boku.

Itto : "Pergi jauh!"

Boku : "Kau ini bisinglah!"

Itto : "Mak.... Aku nak balik...."

Terkebil-kebil Boku mendengar kata-kata rayu daripada Itto.

Boku : "Anak mak rupanya."

Itto : "Kau diamlah, jantas dayus! Pergi! Kau jangan sentuh aku."

Itto terus menarik selimutnya. Adakalanya dia terbersin dek kerana terlalu sejuk.

Boku : "Aku hidupkan mesin pemanas."

Boku terus ke bahagian penjuru bilik untuk menghidupkan mesin pemanas di dalam bilik tersebut.

Itto : "K.... kau ada mesin pemanas?"

Boku : "Duduk dekat hutan lebih sejuk daripada duduk di bandar."

Itto kembali membisu. Dia hanya memerhatikan gerak geri Boku yang tidak sama seperti Boku yang dibencinya. Usai sahaja Boku menghidupkan mesin pemanas, dia kemudiannya duduk di sebelah Itto.

Itto : "Kenapa kau baik sangat hari ini?"

Boku : "Aku baik ke? Sekejap. Aku nak matikan semula mesin pemanas."

Boku acah-acah hendak bangun daripada kerusi dan bertindak untuk mematikan mesin pemanas bilik itu.

Itto : "Eh? Kau nak buat apa itu?"

Boku : "Tahu pun takut. Orang dah buat baik, jangan nak di tanya."

Boku kembali melabuhkan punggungnya di sebelah Itto.

Mr Wolf & his Cinderella©Where stories live. Discover now