Bab 10 : Anjing bertopengkan serigala

61 24 34
                                    

Boku : "Kau jangan ingat yang aku tidak tahu yang kau sengaja memaksa Banchie untuk menghantar kau balik tengah-tengah malam ini!"

Suasana kini terasa begitu hening dengan keberadaan Boku.

Banchie : "Bukan.... Saya sendiri yang nak menghantar Kak Itto balik."

Wajah Boku yang menegang dari tadi terus mengendur sebaik sahaja mendengarkan kata-kata Banchie.

Boku : "Kau jangan nak berbohonglah, Banchie. Kalau betina sundal ini memaksa kau untuk menghantarnya balik, kau bagitahu sahaja kepada aku. Tidak perlu takut dengan betina ini."

Banchie : "Tak. Memang ianya rancangan saya."

Itto : "B... Banchie."

Wajah Boku kembali dibengiskan.

Boku : "Kau masuk ke dalam bilik aku sekarang!"

Arah Boku kepada Banchie dengan nada suara yang tinggi.

Itto : "Woi! Kau nak buat apa dengan dia?"

Boku : "Kau senyap! Kau kenapa tak nak halang dia? Kau memang sengaja nak membiarkan dia kena makan dengan serigala dekat luar itu ke?"

Itto hanya membisu. Wajahnya cuba diketatkan memandang wajah Boku. Tindakan Itto itu telah menaikkan lagi darah Boku.

Boku : "Kau memang sengaja nak mencabar aku kan?"

Itto : "Memang patut pun mak kau mati. Dia betul-betul tak dapat bertahan hidup dengan makhluk yang tidak kenal erti kemanusiaan seperti kau ini."

Boku terus membisu mendengarkan kata-kata Itto. Dengan kasarnya Itto berjalan masuk ke dalam rumah meninggalkan Boku yang masih terkaku di hadapan rumah. Sungguh kata-kata Itto itu menusuk tajam ke dalam dadanya.

Boku : "Sh*t...."

Boku terus menghempas pintu rumahnya dengan kuat.

Boku : "Argh! Dasar betina sundal!"

Langkah Boku di atur deras ke biliknya. Pintu biliknya di hempas dengan kuat. Maka tertampaklah susuk tubuh Banchie yang sedang teresak menangis daripada tadi.

Boku : "Banchie...."

Banchie : "*Hiks.... Tuan.... Saya minta maaf, tuan...."

Jiwa Boku yang mengeras daripada tadi terus mencair sebaik sahaja melihatkan keadaan Banchie itu. Boku menutup pintu biliknya dan terus melutut di hadapan Banchie.

Boku : "Aku yang sepatutnya minta maaf. Aku tak dapat nak tunaikan permintaan kau sebelum ini. Aku minta maaf."

Banchie : "Tuan...."

Banchie terus memeluk Boku dengan erat tanpa mengendahkan kecederaan pada bahu Boku itu. Boku mencuba sedaya upaya untuk menahan kesakitan daripada kecederaannya agar Banchie tidak bertambah terbeban. Akan tetapi kecederaan itu tidak dapat disorokkan apabila bandage Boku diselaputi darah.

Banchie : "Tuan! Bahu tuan berdarah."

Baju Boku kini telah dibasahi dengan darah.

Boku : "Ah, tak guna."

Boku terus membuka t-shirtnya. Tertampak jelas bahu terkoyak Boku akibat di baham oleh serigala tadi.

Banchie : "Tuan...."

Boku : "Aku okey. Janganlah risau."

Boku mengatur langkah ke arah lacinya yang sedia maklum sudah disepahkan oleh Itto sebelum ini.

Mr Wolf & his Cinderella©Where stories live. Discover now