Bab 15 : Kes 18/3

64 20 6
                                    

Itto : "Lalala~"

Itto sedang mengemas bilik yang begitu lama diinapnya. Tiba-tiba pintu bilik Itto terbuka dengan luasnya.

Dengan sekali toleh Itto memandang ke arah pintu biliknya. Ianya Banchie sedang tercegat dihadapannya.

Itto : "Eh, Banchie? Kenapa ini?"

Banchie : "Saya terjumpa sesuatu yang bernilai."

Banchie memanggil-manggil Itto yang sedang sibuk dengan sesi gotong-royong biliknya. Itto pun menghentikan kegiatannya dan mengikuti Banchie ke sebuah bilik yang dikatakan begitu berharga.

Itto : "Bilik apa ini, Banchie?"

Banchie : "Bilik ini sudah lama tuan menguncinya."

Itto : "Sudah lama dia menguncinya? Jadi bilik ini masih berkunci ke apa?"

Banchie : "Saya sudah jumpa kuncinya."

Banchie menunjukkan sebentuk kunci kepada Itto.

Itto : "Eh? Daripada mana kamu dapat kunci itu?"

Banchie : "Daripada tuan."

Itto : "Boku bagi ke?"

Banchie : "Dia sedang tidur. Jadi tidak mengapa agaknya?"

Begitu beraninya Banchie tika itu. Apabila diherdiknya Boku, mahu dia menangis terlalak.

Itto : "Betul ke tidak mengapa ini?"

Banchie : "Tuan kalau sudah tidur, lama dia akan tidur. Sementara dia tidur inilah kita boleh tengok apa yang berada di sini? Kak Itto tak nak tahu ke?"

Itto : "N... nak. Tapi...."

'Ktik!'

Banchie sudah membuka pintu bilik itu sebelum sempat Itto menghabiskan kata-katanya. Dengan selambanya Banchie berjalan masuk ke dalam bilik tersebut.

Itto : "Eh, Banchie!"

Itto pun tiada pilihan, terpaksa masuk sekali ke dalam bilik yang penuh misteri itu.

Masuk sahaja mereka berdua ke dalam bilik itu, betapa kagumnya mereka berdua melihat satu ruang yang sangat mewah di dalam itu.

Terdapat begitu banyak bingkai gambar lama yang bergantungan pada dinding bilik itu.

Terdapat begitu banyak bingkai gambar lama yang bergantungan pada dinding bilik itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Itto : "Bilik apa ini?"

Banchie : "Ini gambar kerabat Kuraudo."

Itto terkaku mendengarkan penjelasan daripada Banchie itu.

Itto : "Biar betul ini?"

Banchie : "Bagaimana tuan boleh mempunyai kesemua gambar ini?"

Mr Wolf & his Cinderella©Where stories live. Discover now