Bab 20 : Trauma

39 7 1
                                    

Baru beberapa hari selepas kematian datuk angkat kesayangan Boku, keluarga Kuraudo sudah mula porak peranda.

Pn. Rosalin : "Jangan, Harris! Jangan apa-apa kan, Aioi!"

Teriakan Puan Rosalin bergema di kediaman Kuraudo. Perbalahan yang dahsyat bakal berlaku di antara kedua-dua belah pihak itu.

En. Harris : "Kau berambuslah, Rosalin! Kau dan anak haram kau tak layak tinggal di dalam rumah ini."

Tegas Harris yakni anak sulung kerabat Kuraudo bermaharajalela. Tanpa pembela tegarnya, keluarga Rosalin terus kekal di tindas oleh keluarga angkatnya.

Pn. Rosalin : "Harris, saya tahu saya hanyalah anak angkat dalam keluarga bangsawan ini. Akan tetapi jikalau benar ayah percayakan awak, kenapa ayah serahkan keseluruhan hartanya kepada saya dan bukan kepada awak?"

En. Harris : "Itu sebab mulut jahat kau sudah meracuni ayah selama ini. Eh, jangan panggil ayah aku sebagai ayah kaulah, Rosalin. Geli aku!"

Pn. Rosalin : "Gamak betul awak ya? Benarlah apa yang ayah katakan. Hati awak ini busuk!"

'Tap!'

Sekuat tenaga Encik Harris menampar pipi mulus Puan Rosalin di hadapan anaknya, Aioi.

Aioi : "Mak!"

Bingkas Aioi memeluk erat maknya. Seraya dia menghalang bapa saudaranya, Harris daripada terus diapa-apakan olehnya. Tersenyum sinis Encik Harris melihat Aioi yang baru setahun jagung itu melagak hero.

En. Harris : "Hahahh.... Kasihan kau. Datuk dah tak ada untuk bela kau ya? Ish.... Ish...."

Dengan selamba Encik Harris melangkah pergi meninggalkan dua beranak itu dalam keadaan teraniaya.

Pn. Rosalin : "Aioi.... Mak minta maaf. Maaf...."

Teresak-esak Puan Rosalin memohon keampunan kepada Aioi. Tindakan rendah diri ibunya membuat Aioi tidak senang duduk.

Aioi : "Mak di tindas pun mak masih nak minta maaf? Sepatutnya orang tua itu yang patut minta maaf. Mak ini kenapa?"

Pn. Rosalin : "Maaf sebab mak tak dapat nak memberi kamu kehidupan seperti kanak-kanak normal. Mak minta maaf, Aioi...."

Begitu rendah dirinya sikap Puan Rosalin. Sungguhpun dia di tindas oleh abang angkatnya, dia enggan untuk berdendam dengannya.

Kehidupan mereka terus di ancam oleh keluarga sendiri. Encik Harris tidak jemu-jemu mendera Puan Rosalin. Sudah dijadikan tabiatnya barangkali. Sehinggakan Aioi terkena tempias amukannya sekali.

Aioi : "Lepaskan aku, orang tua!"

En. Harris : "Heh, lepaskan kau? Dalam mimpi sahaja!"

Encik Harris mengheret Aioi terus ke bilik bawah tanah. Tanpa belas kasihan, tubuh kecil Aioi dilemparkan di atas tanah. Belum sempat untuk Aioi kembali menapak, Harris memijak kasar lengan kirinya.

Teriakan kecil dilepaskan Aioi. Namun begitu cukup enggan sekali dia menunjukkan rasa lemahnya terhadap bapa saudara angkatnya. Berbeza dengan Puan Rosalin yang masih mahu berlembut dalam situasi sedemikian.

En. Harris : "Ceh! Aku jamin bangsa kaulah yang akan mencalarkan nama baik keluarga ini. Kenapa ayah sayang sangat dengan keluarga haram ini?"

Aioi : "Datuk sentiasa berpesan.... Kita kena merendah diri dan sentiasa berperilaku mulia jikalau mahu di pandang tinggi. Dengan sikap uncle yang begini, sudah semestinya tiada sesiapa yang akan hormat kepada uncle!"

Mr Wolf & his Cinderella©Where stories live. Discover now