Bab 22 : Kejar!

29 4 0
                                    

'Krash!'

Berselerak pejabat Encik Harris ibarat di landa ribut delta.

En. Harris : "Tak guna!"

Encik Harris mengusutkan rambutnya. Serabut dirasakannya memikirkan setiap butir kata yang dilafazkan Jefry.

En. Harris : "Ini mesti kerja anak haram itu. Aku kena buat sesuatu...."

🌸🌸🌸

Sementara di rumah Jefry tidak kurang hebatnya juga ribut yang melanda.

Boku : "Apa? Kau ini sudah gila ke? Aku suruh kau cakap fasal penamaan akaun itu sahaja. Yang kau pandai-pandai menambah itu sudah kenapa?"

Jefry : "Kenapa pun? Aku sengaja nak bagi dia panas sedikit. Nak ingatkan dia apa yang dia telah lakukan."

Boku : "Kepala otak kau!"

Pening kepala Itto melayankan dua saudara itu. Diikutkan hati, mahu sahaja dia humban kedua-dua mereka ke dalam parit.

Itto : "Sekarang ini, apa yang kita perlu buat?"

Boku : "Mesti anjing-anjing orang tua Harris itu sedang memburu kita berdua."

Seraya Boku menjeling ke arah sepupunya.

Boku : "Sudah semestinya dia akan buru kau sebab kau sudah buat dia naik angin."

Jefry : "Hahahh...."

Terdiam kaku seketika mereka memikirkan rancangan selanjutnya. Namun Boku sendiri memecahkan keheningan suasana itu.

Boku : "Tiada pilihan. Kita tukar plan. Jom kita keluar."

Jefry : "Eh?"

Boku : "Ikut aku kalau tak, nahas kau aku kerjakan."

Wajah Boku sangat menakutkan membuatkan Jefry tiada pilihan selain daripada akur dengan arahan Boku. Entah apalah rancangan Boku agaknya?

Kedua-dua mereka bersiap dengan pakaian yang agak menyerlah. Terkejut besar Jefry dengan rancangan Boku.

Jefry : "Urm.... Boku? Apa rancangan kau sebenarnya?"

Boku : "Aku nak cari publisiti."

Jefry : "Apa?"

pantas Boku menarik leher baju Jefry keluar daripada rumah.

Itto : "Eh? Kau orang berdua mahu ke mana?"

Boku : "Ah, betina sundal. Jumpa kita orang di rumah Encik Harris."

Tanpa penjelasan lanjut, Boku bergerak keluar dari rumah meninggalkan Itto yang masih lagi terkaku di tempat dia berdiri.

Itto : "Apa? Aku tidak fahamlah."

Banchie : "Kakak, marilah kita bertolak ke rumah Datuk Harris. Saya dapat rasakan tuan ada rancangan yang sangat besar."

Perlahan Banchie menarik lengan baju Itto.

Itto : "Saya risaukan dia."

Banchie : "Kakak tidak perlu risau. Sudah berapa lama dia bertahan lari daripada pihak polis? Sudah semestinya tuan ada satu rancangan yang hebat sekali."

Kata-kata Banchie telah meyakinkan Itto. Sungguhpun memang tidak dapat dinafikan apa yang telah dikatakan oleh Banchie itu benar sama sekali.

Itto : "Baiklah. Mari kita ke rumah Encik Harris jikalau kamu sudah berkata begitu."

Mr Wolf & his Cinderella©Where stories live. Discover now