Bab 19 : Buka kes

35 10 0
                                    

"Encik Kuraudo, tolong jangan buat begitu!"

Keadaan di hospital sedikit tidak terkawal apabila Boku bertindak untuk mencederakan dirinya sendiri. Sebarang gelas kaca habis dipecahkan Boku. Seterusnya digunakan serpihan kaca tersebut untuk melukakan tubuhnya.

Boku : "Aku tak nak mati.... Aku tak nak mati."

Sekali pandang, diri Boku meroyan ibarat pesakit mental. Dia sukar untuk mengawal dirinya sendiri. Bahkan pujukan daripada jururawat juga tidak dapat menghentikannya.

Itto : "Eh, Boku!"

Tepat pada masanya, Itto, Jefry dan Banchie tiba di sana untuk mengawal keadaan.

Banchie : "Tuan.... Berhenti. Jangan cederakan diri sendiri."

Jefry : "Kau masih nak panggil dia tuan kan?"

Seraya Boku merenung wajah Jefry dengan wajah yang kurang berpuas hati.

Boku : "Kenapa Jefry ada dengan kau orang berdua ini?"

Terkesima Itto dan Banchie mendengar Boku yang nak tak nak bertemu dengan Jefry.

Itto : "B... bukan dia ke peguam yang kau katakan?"

Boku : "Bukan dia. Kenapa tak panggil Uncle Wilder?"

Banchie : "Great grand pa Wilder?"

Boku : "Ya."

Jefry : "Kau kena tahu yang bapa aku dah lama tak ada."

Boku : "Ouh. Ye ke?"

Selamba sahaja reaksi Boku apabila mendapati ayah Jefry yakni Wilder Kuraudo sudah meninggal dunia.

Jefry : "Kau memang tak ada apa-apa perasaan ya?"

Itto : "Apa pun, Abang Jefry ini akan tolong untuk bela nasib kau dan buka semula kes 18/3 itu."

Wajah Boku masih lagi meragukan. Berkerut sahaja wajah Boku sepanjang dia berhadapan dengan Jefry.

Boku : "Abang Jefry kau panggil dia?"

Jefry : "Hei? Why not?"

Boku : "Kau dah tualah. Selayaknya pangkat pakcik yang kena dengan kau."

Jefry : "Eh, kau. Aku dengan kau beza dua tahun sahaja. Kalau aku pakcik, maknanya kau pun pakcik juga."

Boku hanya membuat muka selambanya enggan mendengar penjelasan daripada Jefry. Baginya penjelasan itu membingitkan telinga. Bertepuk dahi Itto melayankan kerenah dua sepupu itu.

Itto : "Apa pun, kau patut bersyukur Abang Jefry ini nak tolong kau tau?"

Boku : "Hmmm.... Betul ke yang kau nak tolong aku ini?"

Intonasi Boku yang kasar kini dilembutkan. Seraya sijil guaman yang telah diperbaharui oleh Jefry ditayangkannya.

Jefry : "Aku penat turun naik bangunan pentadbiran untuk perbaharui sijil guaman aku. Semuanya semata-mata untuk kau."

Boku kian membisu. Barangkali tidak tahu bagaimana caranya untuk dia berterima kasih kepada Jefry. Tidak dinafikan hanya dia sahaja satu-satunya keluarganya yang sanggup membantu.

Banchie : "Sekarang ini, kita nak buat apa?"

Jefry : Uncle akan ke pejabat hakim untuk uruskan pembukaan kes. Mungkin ianya agak rumit. Mengharapkan nasib menyebelahi kita."

Mr Wolf & his Cinderella©Where stories live. Discover now