Bab 18 : Jefry Kuraudo

33 13 0
                                    

Berdirinya Boku di atas platform yang begitu tinggi. Tali sabut yang tebal sudah tersedia tergantung dihadapannya. Secara paksaan tali sabut tersebut di karung kasar pada lehernya. Tanpa sebarang kata, dirinya di tolak jatuh tergantung pada lehernya.

Boku : "Hah!"

Boku terjaga dari mimpi ngerinya itu. Hampir sahaja dia terlupa bagaimana caranya untuk bernafas. Pantas pasukan jururawat menuju ke arahnya apabila mendapati kadar degupan jantung Boku yang secara tiba-tiba melonjak naik.

"Encik! Bertenang, encik.... Tarik nafas.... Lepas."

Hampir beberapa minit Boku ditenangkan oleh pasukan jururawat. Barangkali mimpi ngeri itu akan terus menghantui dirinya sehingga ke tarikh keramat.

"Minum air sedikit, encik. Pucat muka encik ini."

Salah seorang daripada jururawat menghulurkan segelas air suam kepada Boku. Namun Boku menggelengkan kepalanya tanda menolak pelawaan jururawat itu.

"Minumlah, encik. Boleh? Sedikit sahaja."

Setelah berkali-kali di pujuk, barulah Boku mencapai gelas yang berisi air suam daripada tangan jururawat terbabit. Beberapa teguk diperlukan Boku bagi menghabiskan air suam yang terkandung di dalam gelas tersebut. Gusar hatinya setiap kali memikirkan riwayat hidupnya bakal berakhir dalam keadaan yang begitu tragedis.

🌸🌸🌸

Itto dan Banchie dalam perjalanan menuju ke sebuah taman perumahan yang mana disitulah tempat tinggal Pakcik Jefry seperti yang telah Banchie khabarkan. Sebuah rumah usang ditatapnya Itto tika itu.

Itto : "Biar betul ini rumahnya?"

Banchie : "Kalau diikutkan dalam aplikasi ini, memang di sini lokasinya."

Seraya Itto merampas gadjet dalam tangan Banchie untuk melihat sendiri lokasi yang telah ditetapkan di dalam 'Map'. Tidak di sangkal lagi memang disitulah lokasi sebenarnya.

Itto : "Tapi rumah ini sudah seperti rumah tinggal sahaja. Adakah dia masih tinggal di sini?"

Itto memandang ke kiri dan ke kanan untuk melihatkan orang sekeliling. Mujurlah adanya makcik jiran sebelah yang sedang menyiram pokok. Dengan sopan, Itto menyapa wanita berusia 30-an itu.

Itto : "Tumpang tanya, kak. Di sini ada orang tinggal ke?"

"Ada, dik. Tapi orangnya kerja rasanya. Malam nanti baru dia balik."

Itto : "Oh, begitu...."

"Ada apa ya adik tanya ini?"

Secara rawak wanita itu bertanyakan kepada Itto.

Itto : "Ah, tak ada apa-apa. Saya perlukan khidmat guaman."

Sebaik sahaja wanita tersebut mendengarkan kenyataan Itto, wajahnya serta merta berubah. Apakah yang membuatkan wanita itu bereaksi sedemikian?

Itto : "Urm.... Kenapa ya? Saya silap cakap ke?"

"Saya boleh bagi alamat tempat kerjanya. Cumanya jangan terlalu mengharap sangat tau?"

Sungguh teruja Itto apabila wanita itu hendak membantunya. Hanya dirinya masih terkaku kenapa wanita itu memberi amaran tentang jangan terlalu mengharap. Namun senyuman nipis sahaja yang mampu dibalasnya.

Beberapa  minit kemudian, wanita itu kembali dengan sepucuk surat. Didalamnya terdapat alamat penuh lokasi tempat kerja Jefry Kuraudo yang dimaksudkannya.

Itto : "Terima kasih banyak ya, kak?"

"Ya. Sama-sama. Berhati-hati tau apabila kamu berhadapan dengan dia?"

Mr Wolf & his Cinderella©Where stories live. Discover now