Bab 1

528 5 0
                                    

Sedari tadi Delilah berasa tidak selesa kerana merasakan dirinya sedang diperhatikan. Sudah lama dia perasan ada sepasang mata sedang asyik memerhatikannya. ‘Iyalah, tahulah aku ni cantik sangat. Tak payah lah pandang lama-lama macam nak terkam orang je gamaknya.’ Getus hati Delilah apabila terpandangkan seorang lelaki berbangsa cina yang berdiri di sebelahnya.

“Hi excuse me, miss. Is your name Delilah?” sedang Delilah leka membelek barangan di hadapannya, tiba-tiba kedengangaan suatu suara garau menyapa halwa telinga Delilah dan serentak dengan itu, barangan yang dipegangnya terlepas daripada tangan halus itu..

“Oh mak kau.” latahnya di hadapan lelaki cina itu.

“Oh, I'm Sorry. I didn’t mean to surprise you. I'm truly sorry..” Serentak dengan itu, lelaki cina itu tunduk untuk mengambil bungkusan barang yang telah dijatuhkan oleh Delilah secara tidak sengaja.“Nah, here you go. By the way, you haven’t answered my question just now..” ucapnya seraya menghulurkan bungkusan itu kepada Delilah sambil tersenyum.

“Oh, eh, ha’ah, I'm Del but.. how did you know my name? Do I know you, mister? Have we ever met before this?” Delilah memandang lelaki cina itu atas bawah sebelum mula melancarkan das-das soalan secara bertubi-tubi kepada lelaki cina disebelahnya itu.

“Whoa whoa.. Slow down, Del. You really haven’t changed at all since the last time we met. Hahaha..” Ucap lelaki itu sebelum memuntahkan tawanya. Delilah mula mencebik dan apabila terpandangkan orang disekeliling yang memandang ke arah mereka, dia mula berkira-kira untuk pergi dari situ. Tidak betah rasanya berdiri lama-lama dengan orang yang tidak dia kenali. ‘Tidak dikenali? Hmm entah, muka macam pernah tengok tapi.. Pelanduk dua serupa kot.’Bisik Delilah di dalam hati.

Tanpa membuang masa, Delilah terus melangkah pergi memandangkan lelaki itu masih tidak berhenti mentertawakannya. ‘kau ingat kau siapa boleh gelakkan aku sesuka hati kau?’  getus hati kecilnya. Namun belum jauh Delilah meninggalkan lelaki itu, tiba-tiba dia merasakan bahawa ada tangan yang memegang lengannya dan serentak itu, dia terus menoleh tajam ke arah gerangan yang tega mencabuli kesucian lengannya . Ah lelaki ini lagi!

“Kau nak apa hah?” Delilah terus melahakan api kemarahannya kepada gerangan asing yang baru sahaja dikenalinya.Hilang terus sopan dan santunnya. Cukuplah dia  sudah bersabar dengan kerenah lelaki asing itu mentertawakan dirinya, kesabarannya juga punya had. Dan kini, lelaki itu tega memegang lengannya tanpa izin. Walaupun berlapik, namun Delilah dapat merasakan ada kehangatan yang menjalar dari tangan sasa itu serentak itu, dia terus menepis laju tangannya apabila lelaki itu bagaikan berkhayal sesuatu.

“Hey Mister Stranger, boleh tak kau lepaskan tangan aku ni?” Delilah mula meninggikan suara ke arah lelaki itu memandangkan tangannya  yang sasa itu masih setia memegang kejap lengan halus miliknya. ‘Mamat ni, kalau tak lepaskan juga tangan aku, memang aku pelangkung kepala dia ni’ Delilah mendongkol kegeraman.

“Ehehe maaflah, saya tak sengaja.” Seraya itu lelaki itu terus melepaskang lengan Delilah dari genggamannya. “ Anyways, takkan lah awak tidak kenal sama saya? We were classmates last 8 years.” Tambahnya lagi.

‘Last 8 years? Maksudnya, dia ni kawan sekelasku semasa Tingkatan 5?’ Delilah  berkata sendirian tanpa mempedulikan lelaki cina di hadapannya itu.“Okay, okay.. I bet you couldn’t recall who I am, right?” tungkas lelaki berbangsa cina ini lagi. “Hey, this is me lah, Del.. Damien..” sambungnya lagi.

“Damien? You meant Damien Toh?” Delilah menyoal sambil mulutnya membuat bentuk ‘O’.

“Yeah! I’m Damien Toh.” Balas lelaki itu sambil tersenyum manis.

“Oh my.. Am I dreaming right now? You look different, man!” Delilah  meluahkan rasa keterujaannya di hadapan Damien tanpa segan silu.

“Yeah, you finally can remember me huh? Sampai hati kau lupakan aku eh.” Balas Damien sambil tersenyum manis menampakkan lesung pipit di pipi kanannya. ‘Ya, senyuman itu. Senyuman itu yang dapat mencairkan hati ramai gadis di sekolah kami 8 tahun yang lalu.’ Delilah berkata sendirian di dalam hati. Mana mungkin dia dapat melupakan lelaki berbangsa Tionghua di hadapannya ini. Lelaki inilah yang banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang ketika mereka masih bergelar pelajar sekolah. Hubungannya dengan Damien sangatlah akrab sehinggakan ada dikalangan rakan sekolah mereka terutamanya gadis-gadis yang sebangsa dengan Damien mencemburui hubungannya rapatnya dengan Damien. Ops, bukan setakat cemburu. Mencaci pun ada juga. Tak kurang juga ada yang mentertawakan mereka dengan memberi gelaran pasangan ‘Drum’. Mana tidaknya, dia berbadan besar seperti tong-tong drum manakala Damien pula berbadan kurus seperti drumstick yang digunakan untuk bermain drum. Hmm memang sepadan. LOL, sepadan ke..

The Perfect Guy (Malay Novel Series)Where stories live. Discover now